Rezeki bukan hanya duit

Allah dah janji dengan umatnya, rezeki bukan datang dalam satu bentuk, sebaliknya pelbagai bentuk.

Kesihatan yang baik juga rezeki.

Kegembiraan, menggembirakan orang, kedua ibu bapa, anak yatim dan orang disekeliling kita juga mendatangkan rezeki.

Kadang kala kita hanya fikirkan duit dan duit, langsung tidak fikirkan peluang-peluang dan kesempatan lain yang dianggap rezeki.

Mempunyai sahabat yang prihatin juga nikmat rezeki yang tak terhingga.

Bagi aku, aku sangat bersyukur dengan limpah kurnia rezeki yang KAU berikan kepada ku YA ALLAH.

Selain wang ringgit, harga benda, kesempatan kesihatan, kerjaya, peluang berjumpa dengan orang ramai yang pelbagai latar belakang adalah rezeki yang tidak terhingga bagi aku.

YA ALLAH, aku berdoa kepada MU agar memurahkan rezeki aku seluas-luasnya, KAU tuhan yang Maha Kaya.

Amin YRA, Insha-ALLAH…

Salahkah Fathul Bari kahwin di Thailand

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya seorang yang gentleman, berani menceritakan perkara sebenar berhubung pernikahannya.
Cuba layari video ini, penjelasan yang disampaikannya cukup jelas berhubung perkahwinan keduanya.


Sikap yang ditunjukkan beliau membuatkan orang lebih yakin kepada ulama.
Apa salahnya kahwin di Thailand, kenapa baiknya kahwin di Amerika dan Europe.
Sedangkan Islam tidak melarang umatnya berkahwin di mana-mana malahan membenarkan seorang lelaki kahwin hingga empat.
Perkahwinan kedua beliau dengan seorang Kristian dari Filiphina membuatkan seorang lagi bukan Islam bersama kita.
Contoh yang dibuat Fathul Bari membuatkan bukan Islam lebih tertarik dengan Islam.

Wallahualam…

Gembiranya kita gembirakan mereka

KUALA LUMPUR, 19 Julai -- GEMBIRA ... Seramai 35 anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor begitu gembira ketika dibawa membeli-belah pakaian serta kasut raya bagi persiapan menjelang Aidilfitri dalam program yang dianjurkan oleh UDA Holding Berhad di pusat membeli-belah AEON, Taman Maluri, Cheras di sini, hari ini. Ini merupakan kali pertama bagi anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah menerima sumbangan sempena Aidilfitri dan sebanyak RM200 diperuntukkan kepada setiap seorang anak yatim untuk membeli pakaian dan kasut baru. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

GEMBIRA … Seramai 35 anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor begitu gembira ketika dibawa membeli-belah pakaian serta kasut raya bagi persiapan menjelang Aidilfitri dalam program yang dianjurkan oleh UDA Holding Berhad di pusat membeli-belah AEON, Taman Maluri, Cheras.
Ini merupakan kali pertama bagi anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah menerima sumbangan sempena Aidilfitri dan sebanyak RM200 diperuntukkan kepada setiap seorang anak yatim untuk membeli pakaian dan kasut baru.

Tadi aku tertengok sekeping gambar yang dikeluarkan Agensi Berita Nasional (Bernama) berkenaan satu majlis meraikan seramai 35 anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor oleh UDA Holding Berhad di pusat membeli-belah AEON, Taman Maluri, Cheras.
Sungguh tersentuh melihat kegembiraan mereka diraikan membeli pakaian untuk menyambut hari kemenangan 1 Syawal selepas sebulan berpuasa.
Bagi kita yang tidak pernah mengalaminya, mungkin adalah biasa, tetapi penderitaan mereka tiada siapa tauhu.
Bulan Ramadan adalah rezeki melimpah ruah buat mereka.
Banyak pihak, baik agensi kerajaan, swasta dan perseorangan tidak melepaskan peluang memberikan sumbangan ikhlas.

Bagi aku sendiri tahun lepas pernah bersama Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata memberikan sumbangan buat beberapa rumah anak yatim.
Aku ikut satu saja, sebab tak sempat dek kekangan tugas.
Peluang berkenaan melihat mereka sangat gembira menerima ole-ole dari kami.
Kumpulan yang diasaskan oleh pasangan suami isteri kemudiannya berkembang melalui media sosial FB.
Paling menarik, mereka menghembahkan pakaian saiz apa yang diperlukan, tanpa menerima wang tunai dan menyampaikan kepada mereka yang benar-benar perlukan.
Sungguh menarik idea ini, dengan tagline, “bantu kami untuk bantu mereka.”
Pendekatan digunakan juga adalah memberi baju baru, bukannya baju yang hendak dibuang.
Itulah yang dikatakan “Sehelai Baju Untuk Menyapu Si Air Mata”.

Berkat balik umrah, insha-ALLAH

Masjidilharam - Mekah

Masjidilharam – Mekah

Balik kerja tadi, aku berkesempatan berjumpa dengan seorang kawan yag baru balik mengerjakan umrah lebih dua minggu lalu.
Siapa sangka dia seorang yang panas baran dan perongoih itu semakin berubah.
Lama juga kami berbual, lama tak jumpa.
Katanya, alhamdulillah, sifat marah tak menentunya itu berjaya dikawal, malahan tekanan darah tingginya itupun semakin ok.
Berkat 10 hari di bumi ambia membawa perubahan besar buat dirinya.
Erti kehidupan sebenar dia pelajari, bukan lahi duit dan duniawi semata-mata, sebaliknya perlu diimbangi dengan akhirat.
Sepanjang dia disana, ada beberapa kali kami saling bertanya khabar melalui bbm, sempat juga aku meminta jasa baik mendoakan aku beberapa perkara.
Terima kasih tak terhingga.
Aku jua mendoakan dia terus berubah dengan keadaannya kini.
Jadilah diri sebenar, jangan kita memaksa menjadi orang lain, kita pasti boleh.
Insha-ALLAH.

Doakan aku berpeluang ke sana juga ya.

Tanda-tanda Sakit Di Badan

408459_601130226563690_346734260_n1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA: Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Pulut Ayam Kak Wati

Kalau berkunjung ke destinasi perlancongan sempadan Padang Besar Perlis, jangan lupa menikmati pengalaman merasai makanan Thailand.
Antaranya, somtam, pulut ayam dan tomyam.
Ini antara menu wajib dirasai oleh pelancong.
Jika tidak, memang tidak lengkap percutian anda.
Bagi aku, sebagai anak jati Padang Besar, aku rasakan lokasi terbaik adalah kedai Kak Wati yang terletak di Perumahan RPA Padang Besar.
Aku terlupa nak dapatkan alamat penuh, tapi kalau tanya anak jati Padang Besar, boleh dikatakan semuanya tahu dimana dan siapa Kak Wati.

20130714-125340.jpg
Bagi aku sendiri, setiap kali balik kampung, walaupun perjalanan mencecah 30 km, aku tetapi mengunjungi kedai kak wati.
Kedainya cukup simple, hanya berniaga depan rumah selepas terpaksa menutup kedainya kerana desakan pembangunan di Padang Besar.

20130714-125633.jpg
Cubalah, memang tidak rugi kalau mencuba.
Berbaloi-baloi…