Gembiranya kita gembirakan mereka

KUALA LUMPUR, 19 Julai -- GEMBIRA ... Seramai 35 anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor begitu gembira ketika dibawa membeli-belah pakaian serta kasut raya bagi persiapan menjelang Aidilfitri dalam program yang dianjurkan oleh UDA Holding Berhad di pusat membeli-belah AEON, Taman Maluri, Cheras di sini, hari ini. Ini merupakan kali pertama bagi anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah menerima sumbangan sempena Aidilfitri dan sebanyak RM200 diperuntukkan kepada setiap seorang anak yatim untuk membeli pakaian dan kasut baru. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA

GEMBIRA … Seramai 35 anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor begitu gembira ketika dibawa membeli-belah pakaian serta kasut raya bagi persiapan menjelang Aidilfitri dalam program yang dianjurkan oleh UDA Holding Berhad di pusat membeli-belah AEON, Taman Maluri, Cheras.
Ini merupakan kali pertama bagi anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah menerima sumbangan sempena Aidilfitri dan sebanyak RM200 diperuntukkan kepada setiap seorang anak yatim untuk membeli pakaian dan kasut baru.

Tadi aku tertengok sekeping gambar yang dikeluarkan Agensi Berita Nasional (Bernama) berkenaan satu majlis meraikan seramai 35 anak yatim dari Rumah Amal Al Rahmaniah, Rasa, Hulu Selangor oleh UDA Holding Berhad di pusat membeli-belah AEON, Taman Maluri, Cheras.
Sungguh tersentuh melihat kegembiraan mereka diraikan membeli pakaian untuk menyambut hari kemenangan 1 Syawal selepas sebulan berpuasa.
Bagi kita yang tidak pernah mengalaminya, mungkin adalah biasa, tetapi penderitaan mereka tiada siapa tauhu.
Bulan Ramadan adalah rezeki melimpah ruah buat mereka.
Banyak pihak, baik agensi kerajaan, swasta dan perseorangan tidak melepaskan peluang memberikan sumbangan ikhlas.

Bagi aku sendiri tahun lepas pernah bersama Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata memberikan sumbangan buat beberapa rumah anak yatim.
Aku ikut satu saja, sebab tak sempat dek kekangan tugas.
Peluang berkenaan melihat mereka sangat gembira menerima ole-ole dari kami.
Kumpulan yang diasaskan oleh pasangan suami isteri kemudiannya berkembang melalui media sosial FB.
Paling menarik, mereka menghembahkan pakaian saiz apa yang diperlukan, tanpa menerima wang tunai dan menyampaikan kepada mereka yang benar-benar perlukan.
Sungguh menarik idea ini, dengan tagline, “bantu kami untuk bantu mereka.”
Pendekatan digunakan juga adalah memberi baju baru, bukannya baju yang hendak dibuang.
Itulah yang dikatakan “Sehelai Baju Untuk Menyapu Si Air Mata”.