Mencari sahabat sejati

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

Gambar hiasan.

Gambar hiasan.

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anak ku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

• Jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan melindungi kamu;
• Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
• Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
• Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
• Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyambut kebaikan kamu;
• Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
• Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
• Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
• Jika datang sesuatu bencana menimpa diri mu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
• Jika engkau berkata kepadanya, niscaya dia akan membenarkan kamu.

WALLAHHUALAM…

Advertisements

Doa kami Ya ALLAH

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dalam kami mengejar dunia Ya ALLAH kadang kala kami lalai tanggung-jawab terhadap Mu, kembalikan kami ke landasan sebenar.
Ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, keluarga kami dan sahabat kami Ya ALLAH.
Dalam tidak sedar, kadang-kala kami tersakiti hati mereka.
Ya ALLAH, mudahkan urusan kami, satukanlah hati-hati kami, mesrakanlah kami dan jauhilah persengketaan sesama kami. Palingkan kami jika ia akan hadir rasa sakit sesama kami.
Ya ALLAH, kami sujud kepada Mu dalam mencari keredaan yang hakiki.
Sesungguhnya KAU lah yang Maha Mengetahui.

Pingat Kedaulatan Negara, satu pengiktirafan

Posing selepas menerima pingat.

Posing selepas menerima pingat.

Alhamdulillah hampir dua minggu bertugas membuat liputan Op Daulat berhubung pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, Mac 2013 lalu aku dan Nurul Riduan Nor Ashaha mewakili Sinar Harian menerima pengiktrafan negara.

Kami dianugerahkan Pingat Kedaulatan Negara yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 2 Ogos 2013.

Sepanjang operasi itu, Sinar Harian juga menghantar empat lagi wakilnya iaitu Penolong Editor Sinar Harian Kelantan, Zulkhairil Zainuddin; Penolong Editor Sinar Harian Perak, Mustaqim Amir Azuari Mohamed; Ketua Meja Nasional, Mohammad Fairuz Jumain dan Ketua Meja Jenayah, Izwan Rozlin bagi membuat liputan sepanjang operasi berkenaan sejak pencerobohan pengganas Sulu pada 12 Februari 2013.

Pingat Kedaulatan Negara (PKN) julung kalinya diperkenalkan sebelum ini dianugerahkan kepada anggota pasukan keselamatan negara yang cemerlang dalam melaksanakan tugas memerangi pencerobohan pengganas Kiram di timur laut Sabah.

Pingat yang berbentuk bulat dengan Jata Negara di hadapan manakala peta Sabah di belakangnya itu merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan oleh kerajaan terhadap jasa bakti anggota tentera yang terlibat dalam insiden pencerobohan berkenaan dan pemberiannya itu diselenggara Kementerian Dalam Negeri.

Satu ketika dulu, Kuala Lumpur kami yang punya, gabungan kami-kami. Dari kiri, Yunus, Wan, Aku dan Along.

Satu ketika dulu, Kuala Lumpur kami yang punya, gabungan kami-kami. Dari kiri, Yunus, Wan, Aku dan Along.

Kurniaan pingat ini adalah sebagai galakkan kami di Sinar Harian untuk terus melaporkan berita yang Telus dan Tulus.
Insha-ALLAH.