The Presidential Cars

Baca dua artikel yang mengisahkan kereta Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama

cadillac_one_1Obama’s ‘Beast’ of a car revealed

It looks like something out of a James Bond film.
But the presidential seal on the side marks this hulking limo out as something not even the superspy will be able to get his hands on.
These are the first pictures of the new armoured limousine which will be used to ferry Barack Obama around.
Nicknamed “The Beast”, the Cadillac will make its debut on 20 January, as part of the inaugural parade.
It is traditional to show presidential cars off for the first time in this way.

‘State of the art’
The Secret Service said the 2009 limo would provide it with a “valuable asset” in providing its occupant with the highest level of protection.
As expected, they are not giving too much away about the car, but Nicholas Trotta, their Assistant Director for the Office of Protective Operations is quoted in their news release:
“Although many of the vehicle’s security enhancements cannot be discussed, it is safe to say that this car’s security and coded communications systems make it the most technologically advanced protection vehicle in the world.”
Observers say the car is likely to include bullet proof glass, an armoured body, a separate oxygen supply, and a completely sealed interior to protect against a chemical attack.Obama_Cadillac_limousine_in_2009_inaugural_parade
Some joke the car is so tough it could withstand a rocket-propelled grenade. Its tyres are said to work flat, so the vehicle will keep going even if shot at.
While the car’s interior is a closely guarded secret, there is no doubt “The Beast” has been kitted out with the best and most up-to-date equipment.
David Caldwell, a spokesman for General Motors which makes Cadillac, told the BBC that the car is made to specifications that the company is given by the federal government.
“One of the specifications is that we don’t talk about the specifications,” he said.
But Mr Caldwell did reveal that the car has been made in keeping with the design of a contemporary Cadillac, and would include a hand-crafted interior.
When asked if it included such extras as an iPod dock, he said he could not comment specifically, but added that the limo would have “state of the art electronics”.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/7829475.stm


The New Presidential Car

Obama boleh menggunakan telefon setalit yang boleh membuat panggilan terus kes Pentagon dan Deputy President.

Obama boleh menggunakan telefon setalit yang boleh membuat panggilan terus kes Pentagon dan Deputy President.

High priority is being flexed as to where the new presidential butt cheeks reside on the way to work or while in the Oval. A fully armored 2009 hermetically sealable Cadillac with CD player and access to The Google is ready for its debut on Inauguration Day. On the 20th of January, the presidential stretch limo might be the only thing GM makes that gets a two-mile solo worldwide debut this year. Professional gearheads are giving the hulked-up design an Ebert-like thumbs down. The Secret Service is giving the security accoutrements a raise the roof high five as they practice situational tactics in the non-lacquered primer version, affectionately dubbed, The Beast.
Already, spy photos of the limo — with patches of gray primer — have leaked out. And already, the reviews: “Ugly as sin,” says one car enthusiast on an auto Web site.\
“Can’t we make a hotter ride for our pres?””Sheesh,” says another, “why don’t they just transport the president around in an Abrams tank.”
One news agency, noting its 8-inch-thick doors, says the limo can withstand a “direct hit from an asteroid.” But GM spokeswoman Joanne K. Krell laughed off the comments. (CNN Photo)
Considering that President Obama will have the keys to the nuclear arsenal at noon on that Tuesday, it is fitting the “car” should be able to take a Hell Fire licking and keep on trucking with the President safely tucked in his seat. The First Families’ maximus glutinouses will ride upon hand sewn leather, inhaling that fresh new car smell on the first day on the job, with secure satellite phones in a moving cone of silence unless the window is down. Fat chance on that. The Secret Service is so protective of the car that upon delivery it is stripped down, checked for bugs and other creepy crawlies, then rebuilt from the tires up. Good on gas or mileage in something this fossil fuel ravenous will put a black hole in Obama’s plan to green the White House. A total deficit on reducing the carbon footprint before he’s even returned with the family back to 1600 and more bullet proof glass at the parade hut outside the executive mansion.thebeast
Meanwhile, as Barack gets back to the White House his chair should already be behind the desk he has chosen. And it is just not any old ergonomic chair for the Oval Office. It is named Washington. It is bulletproof and from another long time presidential vendor, Gunlocke. JFK ordered the first one to help out a bad back and 9 more presidents ordered their own to add to the unveiling of their Oval Offices. To the side of the desk are rosewood chairs, rather businesslike and straight backed for lesser mortals, that have been part of the Oval decor since 1933 and the time of FDR. Like Noah’s Ark, two couches and two Parson chairs sitting as sentinels in front of the fireplace complete most of the seating for the Oval Office. The Chair closest to the Rose Garden Door is always the presidents and it is within reach of his “call” button that summons everything from a glass of water to his Chief of Staff.
Then there is the lush recliners and seating aboard the famous Air Force One. But I’ll save that for another day. For more on the transition series.
For those who want to know more, there is a greatly detailed book, Air Force One: A History of Presidents and Their Planes, is chock full of their stories. Kenneth Walsh covers their history and dome of the latest gadgets inside the planes knows as AF1 only when the Commander in Chief is aboard. After January 20th, Renegade, is in charge.

http://mindsorbet.blogspot.com/2009/01/new-presidential-cars-seats.html

Advertisements

UMNO mengidap sakit tua

MAHATHIR

MAHATHIR

1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan, dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

5. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

6. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanahair tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

7. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

8. Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin ynag sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

9. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

11. Kata pepatah Inggeris “Money is the root of all evil” (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.

12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.

13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah PRU13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

14. Justeru itu kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Artikel asal

Pas keluar Pakatan?

Kenyataan penuh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Kaji Hanya Untuk Penambahbaikan

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz

Nik Aziz

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.
Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

TAHNIAH ISMAIL OMAR JADI DUTA PERANCIS

Ketika kunjungan raya ke rumahnya. Kanan sekali anaknya Amshairi.

Ketika kunjungan raya ke rumahnya. Kanan sekali anaknya Amsyairi.

Alhamdulillah dan tahniah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Perancis yang baru.

Ismail antara enam Ketua Perwakilan Malaysia baru yang akan menerima Watikah Tauliah Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara Sabtu.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa, Ismail mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada tahun 1971 dan dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 sehingga persaraan beliau pada 17 Mei lepas.

Ismail Omar yang aku kenali adalah seorang yang tegas dak tak banyak bercakap.

Hanya bercakap perkara yang perlu saja, pernah satu ketika ketika aku berkunjung ke rumahnya selepas dia bersara, tanya sepatah jawab pun sepatah.

Pening kepala dibuatnya, dah lah duduk disebelah aku masa tu.

Jika tidak menjadi duta, sumber terdekat memberitahu dia akan menjadi pensyarah kerana dengan cara itu dia dapat berbakti kepada negara selepas lebih 30 tahun bersama PDRM.

Tan Sri Ismail Omar bersama isteri dan mereka yang sentiasa bersamanya ketika IGP.

Tan Sri Ismail Omar bersama isteri dan mereka yang sentiasa bersamanya ketika IGP.

Tetapi kerana sumbangan kepada negara lebih besar, dan beliau masih diperlukan dalam hubungan diplomatik kita, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Perancis.

Pengalaman aku semasa dia menjawat Ketua Polis Negara tidak kurang mengerikan, dimana pernah juga aku berkunjung ke pejabatnya.

Selepas melalui beberapa pemeriksaan keselamatan, maklumlah nak masuk bilik IGP di Tingkat 31 Menara 1, Bukit Aman aku tidak perlu tunggu lama, sebaliknya terus dipanggil ke biliknya.

Ketika itu, hubungan media dan beliau dikatakan agak dingin, sebaik jejak kaki ke biliknya, perkataan pertama yang ditanya kepada aku!

“Apa yang depa dok kata kat saya?”, belum sempat duduk lagi, aku sudah kena soalan cepu emas.

Aku pun kata, Tan Sri nak jawapan jujur saya atau bagaimana?

Dengan ‘humblenya’ dia kata, saya mahu jujurnya baru saya tahu apa masalah sebenarnya?

Aku pun menceritakan apa yang berlaku diluar saya sejujurnya.

Ingat-ingat balik sejarah aku dengan Ismail Omar memang mengerikan dan ada juga tidak kurang kelakarnya.

Dari seorang yang amat tegas, lembut dan peramah, beliau juga seorang yang penyayang.

Rahsia beliau untuk hilangkan stress adalah bersama cucu-cucunya dan bermain golf.

Atuk mana tak sayang cucukan! Kita pun sama juga, atok garang dengan ayah dan mak kita, tapi dengan kita buat apa saja.