Tahniah abang

image

Bersyukur aku kepada NYA yang teramat sangat kerana selepas sembilan bulan, akhirnya abang aku akan menamatkan latihan sebagai Kadet Inspektor, Sabtu ini di Pulapol KL.

Kerjaya kepolisan bukan asing bagi abang kerana dia telah hampir 10 tahun bersama pasukan penguatkuasa ini.

Sebelum ini sebagai anggota berpangkat terakhir koperal.

Abang berpeluang mendapat kenaikan pangkat yang dipanggil KPSL atau dikenali Kenaikan Pangkat Secara Lantikan, iaitu melalui beberapa tapisan fizikal selain peperiksaan dalam jabatan.

Sepanjang 10 tahun ini, abang berkhidmat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ini adalah kemuncak kerjaya abang buat masa ini selwpas mewarisi darah polis dari emak dan abah yang juga menghampiri penghujung karier.

Abah dah pencen secara rasminya 14hb Oktober 2013 lalu.

Kami mendoakan agar urusan abang dipermudahkan dan abang akan menamatkan zaman bujangnya selepas ini.

Tak sabaq kami nak makan nasi minyak sebenarnya.

Advertisements

Doa Jumaat

Ya ALLAH…
Muliakanlah yang membaca blog ini, lapangkanlah hatin kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang engkau ciptakan.

Ya ALLAH…
Mudahkan segala urusan kami, kabulkan cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka, keji, berkata kasar dan mungkar.

Ya ALLAH…
Jauhkan kami dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-MU.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kita sama tapi tak serupa

image

Tak tahulah aku sebenarnya apa yang terlalu sibuk belakangan ini.
Rehat semakin tidak cukup, 24 jam semakin pendek, apa yang aku kejarkan aku sendiri tidak pasti.
Cuma aku sedari waktu semakin pantas berlalu, sesaat pergi semestinya tidak akan kembali.
Blog yang tidak seberapa ini juga aku pinggirkan sekian lama, hanya aku menjengah di jendelanya sahaja.
Hinggalah aku mendapat satu teguran mengenai blog yang entry semakib pelahan.
Ini semua salah ms fb dan tweeter, sekali klik keluar semuanya.
Bagaimanapun kepuasan masih terletak pada blog.
Dulu aku sedar, aku mudah mendapat input-input entry ketika jiwa kacau, barulah ayat best keluar.
Tapi la nie aku tidaklah terlalu bahagia, cuma mendapat ketenangan sahaja.
Alhamdulillah peluang dan kesempatan yang diberikan menjadi tanggungjawab semakin bertambah.
Sebenarnya blog ini adalah medium aku bercakap sorang-sorang dan merakamkan pengalaman sahaja, ‘no more open secret’ atau sebaliknya.
Pada masa aama baru aku teringat berkenaan prinsip, aku menghormati prinsip seseorang, tetapi jika prinsip itu sebagai alasan, aku sememangnya kecewa.
Mungkin juga itu cara kamu untuk memberikan alasan berhubung sesuatu kejadian.
Aku tidak akan bersama itu pasti.
Aku juga ada prinsip, kita sama tapi tak serupa.