Airmata Mike Tyson Tumpah Di Raudhah…

Mike Tyson

Mike Tyson

mike-tyson-muslim-umrah

Mike Tyson

Mike Tyson

“ANGKAT kotak tu!” jerkah sekumpulan remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.

Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D’Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.

Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.

Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun.

Belajar Islam di penjara

Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, ‘mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam’.

Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: “Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam.”

Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.

Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.

Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.

Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.

Doa setiap hari

Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.

“Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.

“Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar,” katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.

Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.

Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.

Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.

Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.

“Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah,” katanya.

Sumber: MyNewsHub

Agenda Memperkasakan Bumiputera, ASB semakin menurun

Dalam kesungguhan dan kegigihan kerajaan menaikkan agenda Bumiputera kita amat besyukur dan berterima kasih.
Kerajaan juga membuatkan satu dasar baharu, “Memperkasakan Agenda Bumiputera”, satu Malaysia dicanangkan, kerajaan semakin positif.
Bagusnya kerajaan, kembali kepada landasan, ingat kepada Bumiputera yang mengekalkan kerajaan hari ini.
Ramai bersoarak gembira, mungkin juga ada menang sorak kampung tergadai.
Masyarakat juga syukur, dalam kenaikan pelbagai nilai isi rumah, kerajaan juga prihatin menurunkan nilai aset Bumiputera, iaitu Amanah Saham Bumiputera.
Syukurlah masih ada penurunan untuk Bumiputera.
Amanah Saham Bumiputera, jelas hak Bumiputera.
Boleh dikatakan kesemua Bumiputera miliki akaunnya.

Nota: Keseluruhan dividen ASB tahun ini adalah 8.70 sen seunit.

Model Playboy berhijab – Felixia Yeap

1482805_10153531100510655_257259933_nFelixia Yeap rasanya bukan asing bagi peminat model dan semestinya mengenali siapa wanita ini.
Sebelum aku menulis panjang, aku perlu mendoakan agar dia terus diberikan nur ALLAH agar terus mendekati Islam.
Insha-ALLAH…

Gadis Cina-Malaysia, masih belum memeluk Islam.
Pernah menjadi guru tadika, sebelum mengembangkan kerjaya dalam bidang modeling.
Mungkin menjadi puncak kerjaya modelingnya apabila beraksi untuk majalah Playboy.
Sungguhpun dikenali sebagai majalah model yang mengairahkan dan agak seksi, gadis itu menegaskan dia tidak pernah bergambar tanpa pakaian dan paling maksimum menunjukkan badannya adalah berpakaian mandi.
Kononnya menceburi kerjaya itu adalah memberikan nilai tambah kepada keluarganya, ya lah anak mana tidak mahu memberikan kesenangan kepada ibu bapanya, itu cara dia, asalkan dia tahu hadnya.
PicsArt_1386417908533Apa yang dilakukan adalah kerana kerja, tidak lebih dari itu.
Mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia berhijab akhir ini, dia kini tampil persis wanita Muslim, lengkap dan santun.
Katanya, ketika mula berpenampilan demikian, kotak-kotak komunikasinya riuh dimasuki komen-komen memuji dan tidak kurangnya ada yang memperkecilkannya.
Tetapi itulah lumrah kepada mereka yang hendak berubah, ada saja tak kena.
Bagi Felixia cukuplah dia berseksi dengan kerja, dan pilihan untuk berhijab adalah kerana melihat pakaian berkenaan lebih selamat dan mengangkat darjat.
Cukuplah dia seksi ketika kerja.
Menarik sekali dia kata, tidak mustahil dia akan kembali menjadi cikgu tadika selepas kewangannya mencukupi.
Dekat blog ini aku rasakan tidak perlu lagi untuk aku publishkan gambar ketika dia menjadi model, cukuplah dengan perubahannya itu.
Untuk mengetahui suara hatinya sendiri boleh lah baca di Truth behind My Hijab dan Coretan hatinya.

Tentang harapan & tanda tanya

image

Akhir ini aku sering teringat pesan mak dan abah masa aku kecik-kecik dulu, jangan terlalu beri harapan dan harap balasan.

Rupanya bila dah besar baru aku sedar benda itu penting.

Kisahnya masa sekolah rendah, aku adalah atlet sekolah.

Apa yang aku tak main, bola sepak, hoki, sepak takraw, touch rugby, bola tampar dan juga bola baling.

Olahraga pun aku main, tapi acaranya lontar peluru saja, sebab tak penat.

Masa tu mak dan abah pesan, “kalau tak suka nak main tu, cakap saja dengan cikgu, jangan bagi depa dok tunggu dan tak gi latihan”.

Mak selalu kata, jangan susahkan orang kalau dah kita tak suka.

Aku masa tu buat tak tau saja, bila dah hampir 22 tahun berlalu barulah aku sedar akan pesanan mak dan abah itu penting.

“Apabila dan cikgu pilih tu jangan pula dok harap nak dapatkan jadi pemain utama pulak,” ikut kebolehan.

Tetapi alhamdulillah, sepanjang itu aku langsung tidak pernah menjadi pemain simpanan dan dikeluarkan dari pasukan, termasuklah kena kad, macam Radhi Mat Din.

Itu cerita dulu, sudah 22 tahun berlalu.
image

Mereka yang berjaya mengesan bakat aku adalah Ustaz Yazid Mat Zain dan Cikgu Azahar Hassan.

Sejak aku bekerja, masa aku terlalu banyak aku habiskan dengan kerja dan pejabat.

Aku mula terfikir apa yang aku lakukan kepada diri aku sendiri selama ini. Cukupkah bekalan aku ke sana nanti.

Apa yang aku ada hari ini? Untuk siapa semua ini dan kenapa aku jadi begini.

Terfikir juga aku, adakah apa yang berlaku hari ini adakah kerana kesalahan terdahulu. Apa yang telah aku lakukan? Aku juga perlu muhasabah diri sebenarnya?

Mungkin ada benarnya: “What you give, you get back”.

Aku juga bukannya tidak bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini, aku bangga segalanya.

Selalu juga mak dan abah pesan, buatlah baik dengan orang seramai mungkin.

“Jadikan kawan itu sebagai saudara, bukan sekadar kawan biasa sahaja.

“Lepas tu apabila tolong orang jangan sesekali mengharapkan balasan mereka, kita kena jujur dan ikhlas”.

Janji ALLAH dengan sedekah, kisah seorang kakak

Dalam perjalanan kehidupan, hendaklah kita laksanakan dengan tiga asas kehidupan.
Iaitu, usaha, doa dan tawakal.
Ingat jangan sesekali terlari daripada perkara ini.
Insha-ALLAH asas kejayaan dalam hidup seseorang itu.
Selain itu, kita juga hendaklah bersedekah, dimana janji ALLAH tidak akan merugikan dan memiskinkan seseorang itu dengan sedekah.

Amalan sedekah
Aku teringat seorang kakak angkat aku yang sering sedekah.
Ya ALLAH rezekinya sangat murah berlipat ganda.
Dia juga tidak pernah lupa dengan anak-anak buahnya yang tidak berkemampuan seperti anaknya.
Setiap kali cuti sekolah, pasti rumahnya akan dipenuhi dengan anak-anak buah, dia berkongsi kesenangannya dengan mereka.
Dalam kesibukannya harian, dia juga mengamanahkan dua anak terunanya untuk meraikan sepupu mereka.
Serius aku bangga dengan akak aku ini.
Sombong jauh sekali, sedangkan kedudukannya agak tinggi dengan perit jerih kehidupannya selama ini.
Mungkin ini juga resepi kejayaan dan kebahagian dia dalam kehidupan.
Sedekah juga ibarat kita menanam padi, ‘iaitu sebiji padi akan tumbuh sepokok padi, setiap tangkainya ada 10 biji padi yang lain lagi’. Begitunya bertambah rezeki jika kita teruskan bersedekah.

Janji ALLAH
Ada 3 janji Allah yang diberikan kepada mereka yang bersedekah.
Janji Allah SWT tersebut telah disampaikan melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW.
Berikut 3 Keutamaan Sedekah

1. Bisa Menghapus Dosa Sedekah bisa menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah. Hal ini berdasarkan hadits Rasulullah SAW, beliau bersabda,“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi).
Tentu saja penghapusan dosa ini harus disertai dengan doa dan taubat nasuha dari perbuatan-perbuatan dosa yang telah dilakukannya. Taubat ini juga bererti harus berhenti dari dosa yang pernah diperbuatnya. Dan sedekah itu juga bukan berasal dari perbuatan yang melanggar syariat, seperti Korupsi, riba, mencuri, berbuat curang, mengambil harta anak yatim dan sebagainya. Mereka sengaja merencanakan hal-hal diatas kemudian bersedekah agar impas, tidak ada dosa. Perilkau seperti itu tentu saja tidak dibenarkan dalam agama Islam. Hal itu ibarat membersihkan kotoran (dosa) dengan kotoran (korupsi dll) yang lain.
2. Mendapat Naungan Di Hari Kiamat Rasulullah SAW menceritakan tentang tujuh jenis manusia yang akan mendapat naungan di suatu hari, yang ketika itu tidak ada naungan selain dari Allah SWT.Salah satu jenis manusia yang mendapatkan naungan itu adalah orang yang gemar bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda, “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421).
3. Harta Tidak Akan Berkurang Janji Allah SWT yang sangat hebat lainnya adalah bahwa harta tidak akan berkurang neski kita sedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat kebutuhan sehari- hari.
Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim).
Lalu apa maksud sebenarnya bahwa hartanya tidak akan berkurang?
Dalam Syarh Shahih Muslim, An-Nawai menjelaskan, para ulama menyebutkan bahwa yang dimaksud di sini mencakup dua hal. Pertama Yaitu hartanya diberkahi dan dihindarkan dari mara bahaya. Maka pengurangan harta menjadi impas tertutupi oleh berkah yang abstrak. Hal ini bisa dirasakan oleh indera dan kebiasaan. Meski banyak juga yang terlihat oleh mata bahwa mereka yang rajin sedekah lalu justru bertambah kaya dan sejahtera. Kedua Jika secara zatnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut impas tertutupi pahala yang didapat dan pahal ini akan dilipatgandakan sampai berlipat- lipat banyaknya.

Itulah tiga janji Allah SWT bagi mereka yang mau bersedekah.

Al-Fatihah Fauzi Shaari

Datuk Fauzi Shaari

Datuk Fauzi Shaari

Pertama kali jumpa bekas Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pada 1 Mei 2012 ketika majlis persandingan Watie dan Azza Elite di rumah Datuk Ruhaidini Abd Kadir.
Selepas itu kami sering berhubung dan bertukar padangan mengenai dunia politik yang disertainya, Pas hinggalah menjadi calon Parlimen Larut tetapi beliau kalah.
Beliau seorang yang mudah didekati dan cukup mesra, beberapa kali minta untuk diinterview dengan Sinar Harian, beliau enggan kerana insan biasa dan tiada apa untuk diceritakan.

Ketika persandingan Watie dan Azza Elite.

Ketika persandingan Watie dan Azza Elite.

Beberapa hari lalu, aku terkejut menerima maklumat beliau sedang menerima rawatan di ICU Hospital Selayang.
Tadi beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2017 hrs, 1 Disember 2013.

-Al Fatihah