Sinar Harian Utara – 27 Januari 2013

Sinar@_20140127_018_UTRKolum – Kalis

Perlis Maju 2015, harapan kita…

Azlan Man, Menteri Besar baharu Perlis seorang bekas pegawai kerajaan, jawatan terakhirnya Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam yang memiliki jiwa yang amat besar dalam meneruskan agenda negeri Perlis Maju 2015.

Bukan baru setahun jagung dalam politik, sebaliknya menyertai Umno sejak 1981.

2013, beliau yang diberikan kepercayaan menjadi ketua sebuah negeri yang amat kurang hasil bumi dan sumber ekonomi memaksa beliau mengerah idea bagi menjayakan agenda negeri maju yang kurang berbaki setahun lagi.

Antaranya meletakkan sasaran kehadiran pelajar dari tiga pusat pendidikan utama negeri, Unimap, Politeknik dan UiTM menjadi penyumbang ke arah itu.

Azlan juga menjanjikan Perlis menjadi negeri pertama yang memiliki capaian
Internet berkelajuan tinggi sehingga 20 megabit sesaat apabila kemudahan Pelan Jalur Negara di negeri itu siap menjelang 2016 dengan nilai pelaburan keseluruhan RM49.2 juta.

Rakyat hendaklah yakin akan kebolehan 
Azlan membawa negeri kepada negeri maju sungguhpun terdapat pelbagai kekangan, bagaimanapun beliau tidak pernah mengaku kalah dan terus berusaha dengan memperkenalkan juga pembangunan secara menyeluruh dan seimbang meliputi aspek ekonomi, pentadbiran dan sosial.

Mungkin juga perlu terus memperbesarkan mempelam harumanis dengan skala lebih  besar, tanaman padi dan keunikan produk pelancongan untuk mewujudkan nilai tambah dan meningkatkan produktiviti negeri.

Sungguhpun terdapat pelbagai aktiviti perlancongan yang berpotensi, Perlis sering dilihat sebagai negeri yang gagal mengurus pembangunan pelancongan bagi jangka panjang.

Ini cabaran besar buat Azlan…

Lihat bagaimana dengan Taman Burung,

Taman Ular dan Reptilia, Ladang Anggur Sungai Batu Pahat, Gua Kelam 2, Chalet Bukit Air, Terinai dan Taman Herba, apa sudah jadi akhir ini?

Projek pembangunan gerai perniagaan juga kebanyakkannya dilihat gagal, dan juga kurang penguatkuasaan barangkali membuatkan peniaga mengambil kesempatan atau sikap ambil mudah.

Perlis sering menghadapi kekangan kewangan terhad, tetapi sumber yang ada juga dilihat tidak dimobalisasi dengan sebaik mungkin adalah satu kegagalan.

Rakyat yakin kepada Azlan, dengan formula dari Putrajaya beliau dapat merealisasikan impian hampir 240,000 penduduk.

Jangan Perlis terus maju dengan kegiatan seludup diesel kepada negara jiran
sahaja…

– Teringat musim angin timoq, orang Perlis main wau berdengung…
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

Kelantan – Cameron Highlands, enjoyed trip

Baru-baru ini, 17-19hb Januari 2014 aku; Dzofeer dan isteri, Wardah dan Atet ke Kelantan untuk kenduri adik Dzofeer, Syeefak.

Oh terlupa budak kecik anak Dzofeer dan Wardah, Dzuqran juga ada.

Dari Damansara singgah Tanjung Malim pekena kuih pau yik mun dulu, rasanya boleh la bagi aku, tak sedap mana sangat.

Cuma sebab dah ada nama tu menjadi tumpuan.

Kemudian kami terus ke Kelantan, saja memilih ikut Simpang Pulai, Jeli, Dabong. Melalui jalan dikira pedalaman adalah pengalaman baru yang menyeronokkan, cuma agak bosan.
image

Apabila sampai Tanah Merah, kami terus ke Rantau Panjang untuk hantar aku ke rumah mak angkat, Mak Cik Rose.

Sebaik sampai kami dijamu dengan nasi kerabu paling best yang aku pernah makan. Dzofeer dan Wardah boleh comformkan juga keenakkannya. Mungkin Atet yang pertama kali makan mungkin masih belum pandai untuk menilai.

Malam tu, aku bawak makcik rose dan adik wan jalan-jalan sekitar pekan Rantau Panjang. Oleh kerana aku drive keta, jadi akulah bawa.

Sabtu, 18hb Januari 2014 – Kenduri Syeefak di Kg Pohon Buloh, Pasir Mas tapi kesempatan ini aku gunakan untuk melawat kawan-kawan mak dan abah. Rata-ratanya kami dah macam adik beradik.
image

Aku berkunjung ke rumah Makcik Wan Hasiah dan Pak cik Bidi. Macam juga Makcik Rose, depa nie macam keluarga angkat aku sebab dari kecil dah kenal semuanya.

Masa tu depa ada di Pengkalan Chepa, Cabang Tiga nama tempatnya.

Sementara nak makan kenduri, depa jamu makan nasi pulak. Masa tu kat rumah depa ada Fatin, kebetulan bercuti dari Sabah.
image

Pakcik Bidi tak ada masa tu, aku call dia, katanya sedang sibuk kerja. Tetapi apabila aku kata ada dirumah dia, terus dia tinggalkan kerjanya ketika itu yang dikira besar juga dan balik ke rumah.

Alhamdulillah bersyukur aku kerana semua kawan mak dan abah macam adik beradik.
image

Tiga hari di Kelantan, aku sering disajikan dengan makanan yang agak berat, kesimpulan yang dibuat menunjukkan mereka memang suka makan.

Kemudiannya terus ke kenduri Syeefak dan sekali lagi makan nasi. Gulai kampung, memang terbaik. Kenduri pun ala kadar, tetapi suasana kampung yang amat menyeronokkan.
image

This is Kota Bahru, mungkin itu perkataan bagi Kelantan, cukup best.

Kawan-kawan aku banyak tertanya-tanya kenapa aku suka pilih Kelantan untuk bercuti hingga ada kata aku ada ‘gewe’ Klate. Huhuu…
image

Bagi aku, kalau tak bersebab aku memang tak nak pi ikut jalan darat. Fuh sungguh mencabar untuk sampai.

Bagi yang tidak suka jalan yang menenangkan boleh melalui laluan Machang, dan terus ke Gua Musang sebelum ke Simpang Pulai.

Malam terakhir sebelum balik, aku bermalam di Khalifah Inn kalau tak salah berhadapan dengan Masjid Negeri atau Masjid Muhamadi.
image

Bermalam dengan Pakcik Basir dan Cikgu Yati serta sedara lain. Banyak juga bilik kami ambik malam tu.

Ada juga Hafeez yang bertindak sebagai pixman. Banyak juga gambar dia ambik, cuma angle tak berapa molek sikit, hehee.

Ye lah semuanya ingat dengan 30 orang ada kot.

Malam tu kami lepak di Wakaf Che Yeh, mungkin destinasi wajib pelancong kot. Ala-ala uptown belah KL dan Selangor la.

Aku rekemen membeli situ murah lagi compare pasar Siti Khadijah, banyak benda lebih murah cuma dia buka sebelah malam.

Satu acara wajib bila di Kelantan, mesti aku kena jumpa kawan baik dari UPM sampai la nie, Zailani namanya. Kalau tak jumpa mengeteh mau kena marah aku.
image

Masa nak balik KL kami singgah pula Cameron Highlands. Saja sambil lalu dan enjoy trip.

Naik Simpang Pulai dan turun ikut Tapah, Atet yang bawak kereta.
image

Pening kepala aku dibuatnya sampai berhenti berak akibat angin naik kepala. Tapi trip kami cukup enjoy.

Cameron Highlands telah banyak berubah, pertama kali aku ke sana 1994 selepas 20 tahun ia amat berubah.

Penerokaan amat berleluasa. Rata-rata kawasan seolah-olah telah dilacurkan kepada pengusaha dan dimana penguatkuasaan undang-undang.

Sayangnya kat Cameron Highlands kami tak beli apa sebab salah plan.

Sempat lepak di Barat Tea ja, itu pun pada masa dah nak turun.

Alhamdulillah, kami sampai KL selapas dua mamat kereta, Dzofeer dan Atet menjadi raja jalan raya, huhuu…

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian – Zulkifli Noordin

Pejabat Nurul Izzah.

Pejabat Nurul Izzah.

Saya berasa sedih dan terkilan mendengar berita Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya Raja Ahmad Syahrir Iskandar Raja Salim.

Permohonan difailkan menurut Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur awal bulan Januari ini.

Mengikut maklumat, Raja Syahrir telah pada 16.01.2014 menerima sesalinan saman nombor MRSWP No: 14001-055-0023-2014 yang telah disebut dihadapan YA Hakim Syariah Ab Malek Awang pada hari Selasa 21.02.2014 lepas.  Syahrir telah memohon penangguhan dan kes itu dijadualkan untuk sebutan semula pada 18.02.2014.

Saya merasa sedih dan terkilan kerana saya antara orang yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan majlis pernikahan Izzah dan Syahrir pada 09 Mei 2003 di rumah Anwar di No. 8, Jalan Setiamurni 2, Bukit Damansara.

Waktu itu Izzah baru berumur 23 tahun. Baru sahaja lepas belajar di Universiti Teknologi Petronas Sri Manjung. Syahrir, kerabat di raja Johor baru berumur 24 tahun.

Saya pada masa itu masih peguam Anwar, dan beliau masa itu masih merengkok di Penjara Sg. Buloh menjalani hukuman penjara 6 tahun atas sabitan kesalahan salahguna kuasa berkaitan kes meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.

Memang mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri.

Minum bersama Nurul Izzah di Parlimen.

Minum bersama Nurul Izzah di Parlimen.

Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan. Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh. Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.

Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah. Gelak besar masa tu bila Ustaz Shamsul kata ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!

Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri. Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah Menteri Dalam Negeri. Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.

Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka.

Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara aqad nikah Syahrir-Izzah.

Masih saya ingat lagi suasana masa itu. Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Syahrir.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Syahrir.

Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).

Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah. Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.

Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu.

Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua. Pernikahan kamu disempurnakan diatas airmata ramai orang.

Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya. Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum ‘Islamic State: Which Version: Who’s Responsibility’ di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.

Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.

Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juag demi anak-anak mereka yang masih kecil.

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian. Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci Allah.

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua.

Wallahua’lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Rabi’ul Awal 1435
24 Jan 2014

Copy Zulkifli Noordin

Pas konsisten isu kalimah ALLAH

Walaupun Pas konsisten isu kalimah ALLAH, tetapi kenapa mereka tidak menjelaskan kepada rakan PR lain.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, Tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemahkan kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Almursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat, dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Dato Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia.

Kereta Mercedes-Benz S300L Guan Eng, ini hakikat perlu ditelan

Mercedes-Benz S300L digunakan LGE.

Mercedes-Benz S300L digunakan LGE.

Pelbagai pihak mengecam tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pembelian  Mercedes-Benz S300L yang digunakan sebagai kenderaan rasmi.

Entry ini bukan menyokong LGE, tetapi memaparkan kebenaran, jika beliau layak apa salahnya dan kenapa dipolitikkan?

Rupanya LGE bukan hanya layak satu, tetapi dua! Sebagai sebuah negeri yang boleh dikatakan maju, beliau sememangnya boleh menggunakan dan tidak salah dari segi undang-undang.

Cukuplah, tak perlu hurai lebih panjang, baca kenyataan media ini.

KENYATAAN AKHBAR
Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mokhtar bin Mohd Jait pada 3hb Januari 2014.

PEMBELIAN KERETA MERCEDES-BENZ S300L UNTUK YAB. KETUA MENTERI PULAU PINANG
Sebagai penjelasan terakhir, Kerajaan Negeri ingin menggariskan 5 fakta berkaitan dengan tuduhan tidak berasas mengenai pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pertama, kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300. Beliau kini menggunakan sebuah kereta sahaja iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00.

Perlu ditegaskan kereta Toyota Camry 2.5 yang dipakai Ketua Menteri telah diperuntukkan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Ustaz Maktar Shapee.

Kedua, tuduhan bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah datang daripada Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping adalah satu fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukan oleh “dealer” Mercedes-Benz dan tawaran ini diberikan kepada semua yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012.

Ketiga, pada peringkat awal, Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk membeli kereta Mercedes-Benz kepada 15 ahli EXCO (termasuk Ketua Menteri) dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana ciri keselamatan dan daya tahan kereta. Ini tidak tercapai kerana kos cukai (sales tax & excise duti) yang tinggi dan urusan bagi mendapatkan pengecualian cukai tidak diperolehi.

LGE dengan kenderaan rasminya.

LGE dengan kenderaan rasminya.

Tambah pula pembekal Mercedes-Benz tidak dapat memberikan jaminan bertulis bahawa tempahan kereta boleh dibatalkan sekiranya pengecualian cukai tidak dapat diperolehi. YAB. Ketua Menteri dan Ahli-ahli EXCO enggan menggunakan kereta Mercedes-Benz yang dibeli dengan bayaran penuh cukai serta tanpa “fleet discount” sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri-negeri lain sebelum ini kerana kosnya terlalu tinggi.

Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai adalah pemohon mesti membeli kereta dahulu dengan mengeluarkan pesanan kerajaan dan kemudiannya barulah membuat permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh Kerajaan Negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan. Pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 buah kereta.

Oleh itu, pembelian 15 buah kereta Toyota Camry diteruskan untuk Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO dan Speaker. Hanya selepas 15 buah kereta Toyota Camry diserahkan pada 31.10.2013, barulah pembekal kereta Mercedes-Benz memberikan surat jaminan yang diperlukan tetapi hanya untuk sebuah kereta Mercedes-Benz S300L. Selepas itu, barulah Mesyuarat EXCO Pulau Pinang memutuskan secara sebulat suara untuk membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L pada 20 November 2013.

Keempat, berdasarkan pengecualian cukai yang diperolehi dan perbezaan besar di antara harga asal RM657,218.00 dengan harga tanpa cukai dan diskaun RM298,263.75 atau pun pengurangan sebanyak RM358,954.25 atau 55%, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes-Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 04 September 1995 iaitu sebanyak RM271,331.22.

Tambah pula kereta jenama Mercedes-Benz sememangnya diketahui umum dan terkenal dengan daya tahan lama dan penggunaan kereta Mercedes-Benz S320L yang lama boleh diguna dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Sebagai perbandingan kos penyelenggaraan kereta Perdana Executive sebagai contoh, kereta PAC 77 yang telah dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36, kos penyelenggaraan untuk 9 tahun pertama sehingga 2013 adalah RM178,105.10 iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM117,026.36. Ini amat merugikan Kerajaan Negeri.

Bagi Mercedes-Benz S320L yang dibeli pada 04 September 1995 dengan harga RM271,331.22, kos penyelenggaraan adalah sebanyak RM110,000 untuk tempoh 9 tahun pertama. Tambahan pula, kereta Mercedes-Benz masih mempunyai nilai terpakai (second hand value) yang baik.

Kelima, kereta baru Mercedes-Benz S300L ini dibeli semata-mata adalah kerana pengecualian cukai serta diskaun sebanyak 55% yang diperolehi. Tanpa diskaun 56% ini, pembelian tidak akan dibuat. Kereta baru Mercedes-Benz S300L akan menjadi milikan Kerajaan Negeri selama-lamanya dan mempunyai “economic value for money” dari segi jangka masa panjang. Ini adalah kerana YAB. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menyatakan tidak akan membeli untuk sendirinya selepas bersara.

Dato’ Haji Mokhtar bin Mohd. Jait
Pegawai kewangan Negeri Pulau Pinang

Air Force One? Pesawat baru kegunaan VVIP Malaysia

Kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri berhubung penggunaan pesawat khas

Malaysian Government VVIP jet ACJ319 with tail number 9M-NAA

Malaysian Government VVIP jet ACJ319 with tail number 9M-NAA

Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.

Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.

Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

screen-shot-2014-01-03-at-2-28-05-am

The ACJ319 with the tail number 9M-NAA in a more recent livery

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari – 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.

Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
3 Januari 2014

Menjawab kepada isu blog yang dimainkan Rocky’s Bru dan Big Dog.