Sinar Harian Utara – 27 Januari 2013

Sinar@_20140127_018_UTRKolum – Kalis

Perlis Maju 2015, harapan kita…

Azlan Man, Menteri Besar baharu Perlis seorang bekas pegawai kerajaan, jawatan terakhirnya Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam yang memiliki jiwa yang amat besar dalam meneruskan agenda negeri Perlis Maju 2015.

Bukan baru setahun jagung dalam politik, sebaliknya menyertai Umno sejak 1981.

2013, beliau yang diberikan kepercayaan menjadi ketua sebuah negeri yang amat kurang hasil bumi dan sumber ekonomi memaksa beliau mengerah idea bagi menjayakan agenda negeri maju yang kurang berbaki setahun lagi.

Antaranya meletakkan sasaran kehadiran pelajar dari tiga pusat pendidikan utama negeri, Unimap, Politeknik dan UiTM menjadi penyumbang ke arah itu.

Azlan juga menjanjikan Perlis menjadi negeri pertama yang memiliki capaian
Internet berkelajuan tinggi sehingga 20 megabit sesaat apabila kemudahan Pelan Jalur Negara di negeri itu siap menjelang 2016 dengan nilai pelaburan keseluruhan RM49.2 juta.

Rakyat hendaklah yakin akan kebolehan 
Azlan membawa negeri kepada negeri maju sungguhpun terdapat pelbagai kekangan, bagaimanapun beliau tidak pernah mengaku kalah dan terus berusaha dengan memperkenalkan juga pembangunan secara menyeluruh dan seimbang meliputi aspek ekonomi, pentadbiran dan sosial.

Mungkin juga perlu terus memperbesarkan mempelam harumanis dengan skala lebih  besar, tanaman padi dan keunikan produk pelancongan untuk mewujudkan nilai tambah dan meningkatkan produktiviti negeri.

Sungguhpun terdapat pelbagai aktiviti perlancongan yang berpotensi, Perlis sering dilihat sebagai negeri yang gagal mengurus pembangunan pelancongan bagi jangka panjang.

Ini cabaran besar buat Azlan…

Lihat bagaimana dengan Taman Burung,

Taman Ular dan Reptilia, Ladang Anggur Sungai Batu Pahat, Gua Kelam 2, Chalet Bukit Air, Terinai dan Taman Herba, apa sudah jadi akhir ini?

Projek pembangunan gerai perniagaan juga kebanyakkannya dilihat gagal, dan juga kurang penguatkuasaan barangkali membuatkan peniaga mengambil kesempatan atau sikap ambil mudah.

Perlis sering menghadapi kekangan kewangan terhad, tetapi sumber yang ada juga dilihat tidak dimobalisasi dengan sebaik mungkin adalah satu kegagalan.

Rakyat yakin kepada Azlan, dengan formula dari Putrajaya beliau dapat merealisasikan impian hampir 240,000 penduduk.

Jangan Perlis terus maju dengan kegiatan seludup diesel kepada negara jiran
sahaja…

– Teringat musim angin timoq, orang Perlis main wau berdengung…
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s