Berhenti pegawai askar demi anak…

Dia seorang pegawai kerajaan, bagaimanapun kasih sayang kepada anak mengatasi segala-galanya seanggup melepaskan jawatannya selepas 10 tahun berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Bukan semua sanggup melakukan sepertinya dengan karier orang kampung anggap kerja gomen.

Selesa, ada pencen… Tetapi tidak baginya.

Itulah akak Masliza Maaris.

Akak Masliza Maaris

Akak Masliza Maaris

Aku mengenalinya ketika bertugas membuat liputan dengan Kementerian Pertahanan dan ATM di mana Kak Masliza ini amat mudah didekati dan sering memberikan bantuan kepada kami petugas media jika memerlukan bantuan.

Kiranya aku kenai dia sejak 2007 lebih kurang, selepas artikel mengenainya keluar Harian Metro barulah aku tahu betapa besarnya pengorbanan akak Masliza sebagai seorang ibu. Terus aku terkenangkan pengorbanan emak membesarkan kami tiga beradik selama ini.

Beliau kini menumpukan sepenuh masanya kepada anaknya di samping membuat kek sebagai mengisi masa lapangnya.

Menarik juga kek yang dibuatnya kalau tak caya rujuk link bawah dan anda boleh tempah.

Antara kek yang Akak Masliza buat.

Antara kek yang Akak Masliza buat.

Laman web: www.triplesprinkles.com
FB: TripleSprinkles

Berikut sebahagian catatan Harian Metro…

Semuanya bermula selepas kelahiran anak ketiga, Adlan Iman, 4, yang disahkan mengalami sindrom Williams sejak dilahirkan. Ini menyebabkan Masliza Maaris membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Awam Tentera Laut Diraja Malaysia selepas 10 tahun berkhidmat semata-mata ingin memberi tumpuan kepada Adlan.

Pada mulanya dia ragu-ragu dengan keputusan itu memandangkan kerjaya sebagai pegawai tentera menjadi minatnya sejak belajar di sekolah rendah, apatah lagi bertugas dalam bidang perhubungan awam yang memberikan peluang kepadanya untuk bergaul dengan ramai orang daripada latar belakang berbeza.

“Memang saya sukar membuat keputusan memandangkan inilah kerjaya yang menjadi idaman sejak zaman persekolahan. Namun selepas melihat Adlan yang mempunyai ciri-ciri autisme dan dan sindrom Down, saya tidak berlengah untuk bersara awal kerana dia sangat memerlukan saya.

Pavlova adalah kepakarannya...

Pavlova adalah kepakarannya…

“Tambahan pula ketika itu anak kedua, Aiman Adham turut berdepan masalah lambat bercakap dan meng¬gunakan bahasa isyarat. Ini memaksa saya membuat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan anak kedua saya itu hanya me¬ngalami masalah malas bercakap sehinggalah dia berusia empat tahun, barulah dia mampu bertutur dengan baik,” katanya.

Tidak cukup dengan ujian itu, anak sulung Masliza, Amirul Hakimi, 10, turut menghadapi masalah ekzema yang teruk sehingga dia tidak boleh berada di bawah cahaya matahari atau salah mengambil makanan.

Oleh kerana berdepan dengan pelbagai keadaan, Masliza tidak mampu menunggu lama untuk melepaskan jawatannya. Namun seminggu selepas bergelar suri rumah, dia mulai bosan kerana mempunyai banyak masa terluang terutama ketika anak-anak ke sekolah.

 

Erti sebuah persahabatan

Sebenarnya sahabat yang baik adalah orang yang boleh menegur sahabat.
Sebab itu pernah dikatakan pepatah sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh menegur sahabatnya.
Aku setuju perkara itu kerana itulah hakikat dalam persahabatan.
Susah dan sukar, sangat pahit. Tetapi perlu juga dijelaskan.
Setiap yang pahit itu semestinya ada manis.
Dalam realiti kehidupan, bukan seperti menulis planing kehidupan atas sehelai kertas putih, teori hanyalah panduan, yang penting bagaimana dengan pelaksanaannya.
Sebolehnya semua yang manis kita mahu coretkan, langsung tidak terfikir akan pahit dan aral yang melintang lalu.
Sedangkan ia seiring dalam erti kehidupan.
Bagi aku perkara yang aku tidak suka sekali adalah melihat sahabat aku sendiri melakukan kesalahan dan diburukkan.
Serius aku tak sanggup hadapinya hingga aku terpaksa menyendiri. Jika bersuara khuatir akan tersalah luah, tersalah cerita.
Sebab erti persahabatan amat tinggi, mengatasi masa, perngorbanan dan wang ringgit.
Tetapi sifat hormat hendaklah disematkan dalam diri sendiri.
Begitu juga amanah dan kepercayaan, jangan sesekali khianati yang mungkin merosakkan persahabatan.

Miri Aku Datang #Part4

Buat yang pertama kalibdatang ke Miri, semestinya terkejut dengan tahap kebersihannya yang agak baik.

Kadang-kala wajar dijadikan contoh oleh bandar raya lain.

Penyusunan pakir kereta juga agak sistematik, tetapi penguatkuasaannya tidak kurang baik.

image

Miri seperti beberapa PBT lain yang menggunakan kupon bagi caj pembayaran parking.

Dalam satu buku tu dalam RM5, saya tak pasti boleh digunakan berapa kali.

Bagi menjayakan sistem berkenaan, PBT iaitu Majlis Bandar Raya Miri menempatkan petugas yang ramai bagi memantau pengguna kenderaan motokar mematuhi peraturan yang dikenakan.

Kalau tak letak saja kupon berkenaan anda akan di SAMAN.

image

Aku juga telah kena saman, satu saman adalah RM10 dan anda boleh meletakkan kenderaan tanpa kupon selama satu hari bermula tarikh disaman.

Miri Aku Datang #Part3

Kalau nak shoping di Miri, ianya bukan satu keseronokkan. Kebanyakkannya barangannya agak mahal.

Ia diakui penduduk tempatan.

Ketika aku tanya ikan terubuk masin, semua tersenyum.

“Ikan di sini tidak sama di Kuching, sini agak mahal dan bukan terubuk tempatan, kebanyakkannya dari India dan Thailand.

Tapi kalau sekadar nak beli untuk orang rumah atau kenalan, bolehlah singgah di Pasar Tamu Muhibbah, Miri.

image

Dalam town juga, muhibbah yang dikatakan tu adalah dia ada dua lot perniagaan, iaitu diasingkan peniaga Melayu dan Cina.

image

Ada juga macam-macam produk Sarawak, antaranya beras Bario dan Bakalalan.

Yang lain seperti sagu, umbut sawit, umai dan pelbagai lagi adalah yang biasa saja. Cuma mee kolok untuk Linda masih belum aku jumpa.

Handicraft pula boleh beli di Miri Handicraft Centre.

image

Ada dalam 10 gerai yang didirikan dalam dewan lama.

Ok juga harga, boleh tahan. Pandai tawar dapat murah.

Apabila sampai Sarawak, jangan lupa kek Sarawak. Kali ini aky dapatkannya di Siti Payung berhampiran di Waterfront. Seketul RM20, boleh la.

image

Aku tak berapa suka sangat, manis. Tapi saja beli untuk emak di kampung.

image

Satu lagi kedai kek boleh dapatkanya di Safwan Barkery kalau tak salah onwer atau suami owner adalah polis.

Miri Aku Datang #Part2

Awas kalau datang bekerja ke Miri dengan hati dan iman yang tak kuat.

Jujur aku katakan, orang perempuan Miri baik kerja pelayan kedai makan, cashier dan profesional semuanya cantik-cantik belaka.

Mungkin kacukan mereka dengan beberapa suku kaum antaranya Bisaya, Kadazan dan Dusun.

Daripada pembacaan aku selama ini, sangat benar berlaka. Cuma kita perlu kenal diri kita, jangan sesekali terperangkap dan terpedaya.

Ketika membeli belah di Miri Heritage Centre, ada seorang peniaga mengingatkan kami.
Katanya, “Miri adalah bandar seksi, kalau tak upaya lawan anda berhadapan dengan seksa.”

image

Betul juga katanya, mungkin pengalaman bekerja di Semenanjung dan isteri orang Kelantan membuatkan dia faham masalah orang asing di Miri.

Kunjungilah kedainya: Malek Batek Craft di No 1, Miri Heritage Centre, Jalan Merbau.

image

Dia juga menunjukkan kami beberapa lokasi menarik untuk kami lawat.

Kami jalan kaki pusing town Miri hari ini, tak jauh menggunakan En Waze, jumlah perjalanan kira-kira 6 kilometer saja.

Ada masuk mall, ke Pasar Tamu Muhibbah dan Pelita Tunku.

image

Miri bukan satu lokasi untuk shopping, hanya tempat hiburan bagi aku. Sebab tidak banyak barang yang ditawarkan kepada kita. Kalau ada pun agak mahal jika dibandingkan dengan Kuching.

image

Ini diakui oleh penduduk setempat.

Ikan terubuk masin, mee kolok dan popular sekaki gambir Sarawak selalu menjadi tumpuan orang, tetapi harga agak tinggi.

Sebelah petangnya pula aku berkesempatan makan mee kolok, makanan tempatan yang cukup popular, tapi aku rasa bukan tekak aku.

image

Memang tak menyelerakan, sekadar melepaskan rasa teringin saja.

Dah sampai Miri acara wajibnya adalah kunjungi Muzium Petroleum di Canada Hill.

image

Muzium berkenaan adalah telaga minyak pertama di Malaysia yang digali pada 1910 dan telah mengeluarkan minyak sebanyak 80 juta barrer di seluruh 624 telaga minyak sekitar ‘Padang Miri’ (istilah petroleum). Tetapi tidak dipastikan sehingga bila data ini.

image

Atas puncak Canada Hill menempatkan model pelantar minyak dan lubang pertama masih ada.

Memang oldskool habaq hampa.

Atasnya juga ada bistro, trek joging dan boleh tinjau seluruh bandar Miri.

image

Rugi kalau sapa tak melawat Muzium Petroleum.

Kami sangat bersyukur kerana ada pak ngah tolong dan bawak kami jalan-jalan.

image

Paling bagus sekali pak ngah juga bagi kereta dia untuk kami gunakan pada 5hb. Bolehlah pi shopping selepas hantar Azirul pi sekolah.

image

Aku pun tak tau apa maksud ‘The Grand Old Lady’ yang disignkan ini.

Miri Aku Datang #Part1

Actually aku nie bukan kaki jalan sangat, selalunya jalan-jalan nie meraikan kawan-kawan atau bersama keluarga.

image

Selepas beberapa kali diajak kawan baik aku, Azirul Azizan untuk teman dia posting ke Miri sebagai tenaga pengajar Kolej Vokasional Miri aku pun ok ja, sebab kebetulan rezeki murah sikit bulan nie.

Sarawak, kali kedua aku jejakkan kaki ke buminya, pertama kali ketika semester tiga pengajian di UPM semasa program bakti siswa dan keluarga angkat QKB010/011 di Kg Kanowit, sekitar Gua Niah.

Aku bersama keluarga angkat yang agak kurang kemampuan tidak berkesempatan membawa ke Miri walaupun jaraknya kira-kira 200 kilometer. Tetapi tak apa, sebab pengalaman ketika itu cukup menarik aku bersama mereka dan DIA bagi peluang kali ini.

Alhamdulillah…

Hari pertama sampai 3hb kira-kira jam 3 pm. Kami naik teksi dari airport ke bandar Miri dengan harga tambang RM22.

image

Kira ok harga tu sebab perjalanannya dalam 10 kilometer juga.

Bandar Miri agak meriah juga sebenarnya, lebih kurang macam Alor Setar ja.

Cuma meriah dengan hotel-hotel dan pub serta pusat hiburan yang pelbagai.

Katanya, ramai orang Brunei menjadikan Miri pusat istirehat dan berhibur pada hujung minggu. Tidak kurang juga ramai orang semenanjung berada di sini bekerja di offshore atau carigali minyak.

Miri adalah bandar raya petroleum since 2005, kapasiti penduduk kira-kira 350,000 penduduk.

image

Kejutan budaya juga mulanya, walaupun pernah ke beberapa negara dan bandar besar kerana di negara ini, makanan dan minuman agak mahal. Roti canai kosong RM1.20 dan teh tarik RM2.30. Wah kalah Shah Alam nampaknya.

Mungkin itu harga dibayar sebab bandar tumpuan penduduk Brunei.

Itu cerita siangnya. Sebelah malamnya kami menghabiskan di rumah kawan-kawan Azirul, depa juga cikgu baru yang bakal mendidik anak Borneo.

image

Selepas melalui beberapa kawasan di Miri, aku terkejut melihat rumah-rumah orang kaya, memang kekayaan lebih kaya dari KL.

Memang orang Miri kaya tak sangga-sangga.