KENAPA KAPAL SELAM TIDAK DIGUNAKAN DALAM OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT B777-200, MH370

Posing atas KD Tunku Abdul Rahman.

Posing atas KD Tunku Abdul Rahman.

1. Saya terpanggil untuk menjelaskan sebab-sebab kenapa kapal selam tidak digunakan untuk operasi mencari pesawat MH 370. Kapal selam pada kebiasaannya tidak sesuai digunakan di dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

2. Sonar yang terdapat pada kapal selam tidak direka untuk melaksanakan carian dasar atau untuk mengenalpasti objek di dasar laut. Sonar tersebut selalunya berkesan untuk mencari dan mengenalpasti objek yang bergerak di bawah air yang menghasilkan bunyi, contohnya seperti bunyi enjin, bunyi pergerakan mahupun transmisi sonar atau radio. Sekiranya kita ingin mencari objek yang berada di bawah permukaan laut, terdapat kaedah lain yang lebih baik seperti menggunakan sonar yang terdapat pada Kapal Hidrografi, Kapal Penyelamat Kapal Selam, Kapal Penyelamat Khas dan Kapal Penyapu Ranjau.

3. Tentera laut tidak menggunakan kapal selam untuk operasi mencari dan menyelamat atas dua sebab iaitu had kelajuan optimum dalam pengoperasian sonar dan risiko perlanggaran dengan kapal-kapal lain yang terlibat dalam operasi itu. Dengan kehadiran kapal selam, kapal-kapal permukaan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat terpaksa mengambilkira Preventing Mutual Interference (PMI) dan Waterspace Mangement (WSM). Ini pastinya akan merumitkan keadaan yang sememangnya sudah sukar. Usaha-usaha menyelamat pastinya akan berjalan lebih lancar tanpa kekangan-kekangan tersebut.

4. Penggunaan kapal selam untuk mencari kotak hitam adalah tidak praktikal. Kotak hitam yang memancarkan isyarat frekuensi yang sangat rendah perlu dikesan dahulu sebelum boleh dijumpai. Sebaliknya ia boleh dikesan menggunakan GIBS (GPS Intelligent Bouys System) yang dilengkapkan pada Kapal Penyelamat Kapal Selam atau sebarang Kapal Penyelamat Khas. Kapal Selam tidak dilengkapi dengan GIBS.

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar
Panglima Tentera Laut

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s