Pekasam Perlis yang sedap dapatkan dengan kami

Mak cik dan pakcik, jangan risau kualiti #PekasamPerlis ini, saya tengok tok dan tok wan saya selalu makan.
Depa kata tak masin sangat, ok untuk orang-orang tua macam tok dan tok wan.
Sebenarnya tok dan tok wan bukanlah tua sangat, cuma baru pencen.

image

Saya pun dok jaga kualiti #PekasamPerlis ini sebelum mak dan tok saya pos mengikut tempahan.
Insha-ALLAH kami bagi kualiti terbaik untuk pak cik dan mak cik, kalau ada rasa yang kurang terhadap #PekasamPerlis maklum kami sebab kami akan maklum pembuat.
Satu lagi, sebenarnya mak dan tok saya saja bantu pasarkan ikan #PekasamPerlis nie sebab makcik kampung nie buat sedap.
Kalau tak percaya cuba rasa dulu.
Ramai yang dok beli dengan kami alhamdulillah, tak pernah komplen berkenaan rasa dan kualiti setakat ini.

image

Beli pekasam nie sebenarnya mudah saja, tak perlu ke kedai atau nak call, cukup sekadar bank in duit, kami pos kat pak cik dan mak cik.
Tunggu saja dalam masa tiga hari, posmen akan mai picit hon depan rumah.

Ini cara nak beli pekasam dengan kami.

#PekasamPerlis RM5 sebungkus, berat lebih kurang 250 gram (Ikan campur-campur, antaranya ikan lampam, ikan putih, ikan belida dan sepat).
Untuk segera boleh dipos ke mana saja tetapi caj dikenakan kepada pelanggan, iaitu kadar PosLaju bagi semenanjung adalah RM8.60 sekilogram.
Kami akan pos kepada mereka yang membeli pekasam dalam kuantiti lima bungkus ke atas sahaja.
Jika berminat boleh hubungi kami di talian 012 3167454.
Selepas disahkan pembayarannya, kami akan pos kepada anda.
Waktu urusniaga adalah – 0000 hrs hingga 1300 hrs saja, setiap hari.

Pekasam Perlis, skali try memang tak menyesal

image

Bagi yang tak tahu apa benda nie, mai aku nak perkenalkan.
Ini namanya pekasam, selalunya pekasam nie dibuat dengan ikan darat (ikan air tawar) sebagai ramuan utama.
Sebab kalau tak ada ikannya, nak pekasamkan dengan apa pulak.
Kemudian perkara wajib lagi adalah beras yang digoreng untuk dijadikan serbuknya sebagai bahan utama untuk diperap.
Lain-lain keperluan, aku pun tak berapa tau, tetapi apabila dibuat/proses 3 ke 4 ari, ia boleh disimpan sehingga setahun di dalam peti sejuk.

image

Bagi yang tak pernah tahu macam mana nak makan dan masak pekasam, boleh aku sharekan juga.
Seperti gambar diatas, pekasam boleh dimakan dengan nasi dan pulut. Tak ada apa-apa pantang larang, kalau abang aku dia pernah hentam dengan lemang.
Sebenarnya apa respond yang aku terima, pekasam ini memang pembuka selera kepada sesiapa sahaja.
Boleh makan nasi tengah malam dan berat badan boleh naik mendadak kalau tak pandai kontrol, hehee.

image

Ini kalau nak makan dengan pulut pada menu pagi.
Sebelum aku lupa, cara masaknya mudah saja, panaskan minyak dalam kuali dan sebaik minyak panas, masukkan ikan pekasam anda.
Goreng dengan api perlahan sahaja.
Sebaik sahaja masak, tutup gas anda dan masukkan bawang untuk digoreng sebagai hiasan.
Kemudiannya sebaik bawang tu lembit, terus angkat dan hidangkan.
Insha-ALLAH, saya jamin jika anda kaki pekadam, semestinya anda tidak akan menyesal.
Cuma menyesal tak makan saja.

image

Saya share juga ikan yang telah dibersihkan sebelum dimasukkan beras goreng.
Kalau anda berminat atau teringin hubungi kami seperti dibawah

Keterangan lanjut:-
#PekasamPerlis RM5 sebungkus, berat lebih kurang 250 gram (Ikan campur-campur, antaranya ikan lampam, ikan putih, ikan belida dan sepat).
Untuk segera boleh dipos ke mana saja tetapi caj dikenakan kepada pelanggan, iaitu kadar PosLaju bagi semenanjung adalah RM8.60 sekilogram.
Kami akan pos kepada mereka yang membeli pekasam dalam kuantiti lima bungkus ke atas sahaja.
Jika berminat boleh hubungi kami di talian 012 3167454. Selepas disahkan pembayarannya, kami akan pos kepada anda.
Waktu urusniaga adalah – 0000 hrs hingga 1300 hrs saja, setiap hari.