Eksesori hp murah, cari kedai ustaz

Dah beberapa kali rakan mengingatkan aku kalau nak beli eksesori hp menarik, banyak pilihan dan murah, datanglah ke uptown Kota Damansara.

Ada sebuah kedai, glemer disebut kedai ustaz.

image

Bagi aku, setakat ini harga dia paling best dan better.

Kedainya terletak di Shop Lot baharu sebelah uptown itu. Klu paling mudah adalah sebelah 7 Eleven.

image

image

image

Alamat dia:
No 25, Jalan Teknologi,
The Core Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.
No tel: 0196631704

Advertisements

National Press Club Nite

National Press Club Nite
Hotel Majestic Kuala Lumpur
26hb Mei 2014

Selain Malam Kewartawanan, Malaysian Press Institute (MPI), yang memberikan Anugerah Kajai bagi penghargaan tertinggi untuk wartawan Malaysia yang melakukan penulisan terbaik dari aspek penyiasatan, laporan dan penulisan serta beberapa aspek lain.

NPC Nite juga memberikan penghargaan hampir sama.

Berikut sharing aku yang bersama memeriahkan majlis.

image

image

image

Ho Chi Minh, kota penipuan

Awas orang Malaysia kalau nak ke Vietnam terutamanya bagi mereka yang nak membeli belah dan bercuti.

image

Saya nak share sikit pengalaman saya yang buat short bagpackers ke Ho Chi Minh City atau nama lamanya dikenali Saigon.

Nak share dengan orang kita sebab sepanjang di sana, HCM dah macam Jalan Tar atau Masjid India sebab orang kita terlalu ramai.

Yang pasti bila nak balik mesti beg akan beranak. Cuma jangan risau, beg boleh dibeli pada sebelah malamnya.

image

Hinggakan berbelanja juga boleh dalam tiga mata wang, iaitu USD, Ringgit Malaysia dan Vietnam Dong. Malahan peniaga juga boleh berbahasa Melayu.

Apa perlu ingat, HCM adalah kota penuh penipuan, awaslah kalau terlalu taksub berbelanja.

Perkara pertama sampai paling mengejutkan ada kumpulan kami yang ke tandas memaklumkan tak ada kepala paip pada toilet, susah tu. Mujurlah di hotel penginapan kami ada.
image

Sebelum itu, perkara pertama yang membuatkan kami confuse adalah ‘lefthand drive’. Nak lintas jalan tengok kanan, tapi kenderaan datang dari kiri, memang pening seketika.

Trip aku kali ini tumpang bersama dengan orang berniaga yang mencari barang untuk diniagakan, tapi kira ok juga.

Tak ke mana sangat, tapi enjoy. Depa banyak beli barang untuk berniaga.

image

Selalu yang menjadi tumpuan orang kita adalah ‘Ben Thanh Market’, memang banyak barangan yang boleh dicari. Ibarat produk satu Vietnam dikumpulkan di sini. Baik baju, kasut, souvenir, dan macam-macam ada.

Kat Ben Thanh Market ini yang saya nak ingatkan, urusniaga boleh dibeli dalam tiga mata wang. Kalau nak beli apa terutamanya mintalah kurang sehingga 80 peratus.

image

Kalau dia tak bagi, tinggalkan dan cari kedai lain. Ini pengalaman saya yang membeli kemeja polo, dua helai dijual sehingga RM190, apabila minta kurang saya berjaya dapatkan dengan harga RM50.

Tu dia, harga lari begitu banyak. Ini satu contoh yang dapat dikongsi bersama.

Lagi satu, sebaiknya adalah hari pertama adalah untuk melihat harga terlebih dahulu. Kenapa tadi saya kata jangan terburu-buru dalam membeli kerana sekitar Ben Thanh Market ini akan ada pasar malam pada sebelah malamnya.

image

Harga pasar malam juga berbeza dengan bahagian dalam Ben Thanh Market di mana saya ada beli kain telekung, sebelah malam kita dapat kurang sehingga RM5 lagi.

Begitu juga dengan baju tshirt souvenir, di dalam pasar dijual sehingga RM25, itu harga paling murah. Tetapi sebelah malam harganya adalah sekitar RM7-RM10.

Begitu juga dengan kain telekung, harga sebelah malam juga lebih murah.

Itu sharing berkenaan Ben Thanh Market.

Ini nak cerita juga berkenaan makanan, bersedialah makanan agak mahal sikit. Sekali makan bajet sekepala dalam RM50, jadi prepare. Ini bagi makanan halal, kalau sebaliknya tak tau pula.

image

Dah sampai Vietnam, jangan lupa acara wajib mesti pekena kopi vietnam. Ada dijual di sekitar Ben Thanh Market, hargnya RM3 saja. Menarik sebab dia shaking dan sedap.

image

Itu dah lepas dua bab, bab ketiga kalau nak buat blazzer, boleh buat sekitar Ben Thanh Market atau Binh Tay Market.

Aku buat lebih kurang RM260 dan dapat disiapkan dalam masa 24 jam. Kualiti dia juga boleh tahan.

Ok lokasi seterusnya boleh shopping di Binh Tay Market, kat sini lebih kurang Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Sesuai beli kain cotton dan kain suit.

image

Saya beli kain cotton sepasang RM21, sempat borang sebanyak 10 pasang untuk mak dan adik serta kain baju Melayu empat pasang dengan harga RM26 bagi empat meter.

Amaran dan peringatan di sini, pantau dan tengok cara potongannya sebab kain yang dibeli tidak cukup enam inchi bagi dua jenis kain.

Sangat bahaya, ingatlah…

image

Antara tempat yang saya lawati adalah Cu Chi Tunnel saja. Ini gambar ketika kat sana, peluh juga tour dalam tu.

image

image

image

image

image

image

image

image

Sempat juga shopping di Hard Rock HCM.

image

image

Satu lagi sebelum terlupa, apabila sampai nanti tak perlu beli simkad sana sebab selain kedai makan, banyak kedai kain juga provide wifi. Jadi mudah nak komunikasi dengan family di Malaysia kiranya ada kecemasan.

PERINGATAN KERAS: Kalau pergi dalam keadaan couple atau suami isteri, kawalah perasaan cemburu anda kerana peniaga kat sana amat seksi dan adegan tarik menarik pasti berlaku.

Kalau ke Melaka, cari Parameswara

Khamis, 23 Mei 2014 – Aku ke town Melaka untuk kali ke empat kalau tak salah.

Empat kali masuk town Melaka, sebelum ini hanya lalu saja jika dalam perjalanan ke Johor.

Kebetulan rancang off, aku dan tiga lagi ‘close friends’, menghabiskan seharian cuti. Tujuan utama mencari ikan bakar terbaik di Melaka.

Antara tempat popular ikan bakar di Melaka adalah Alai, Duyung dan Umbai. Tapi kena ingat, Umbai ada dua lokasi iaitu kedai lama dan kedai baru yang terletak berdekatan.

Umbai baru reka-bentuknya seperti terapung, manakala Umbai lama kedai bercirikan tradisional.

Aku pilih Umbai lama, kedai sempoi juga. Kedai yang dipilih adalah ‘Ikan Bakar Parameswara’, yang dilihat mampu menampung pengunjung antara 500-600 orang pada satu-satu masa.

Sebab tu tajuk aku tadi kata mesti cari Parameswara. Sebenarnya Parameswara dikenali sebagai pembuka kota Melaka sebelum memeluk Islam.

image

Tak banyak kami empat orang makan, kat bawah ini aku tunjukkan menu kami. Menu untuk 4 orang, dua jug air tebu dan dua potion nasi.

image

image

Ini menu yang kami makan. Berapa rasanya anda rasa? Bagi aku tak mahal sangat berdasarkan menu ini dan sangat berbaloi bagi kami yang datang dari Shah Alam.

image

image

Sebelum itu kami juga jalan-jalan sekitar Jonker Walk dan Dataran Pahlawan. Kalau di Jonker Walk, aku rekemen makan di kedai lupa nama dia, di alamat 88, Jalan Hang Tuah sekitar pusat bandar.
Menu wajib cuba mee kari dan asam laksa, memang tak reti aku nak komen rasanya.
Memang sedap…

image

Bila makan, mesti ditemankan dengan cendol.
Perghhh…

Tu dia percutian aku hari ini.
Kat bawah ini aku nak share juga gambar ari ini.

image

image

image

image

image

image

Tudia, memang posing sakan. Tapi apa yang aku sukakan Melaka ini sebab bangunan heritage yang sangat banyak.

Insha-ALLAH kalau tak ada halangan, hujung bulan Jun nak pi Pulau Pangkor pulak.

Anwar retak tulang bahu akibat kemalangan

Lama tak menulis, ini jadinya.

image

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan retak pangkal bahu akibat kemalangan di Dera Sri Hartamas jam 10 malam semalam.

Dalam kejadian itu, beliau bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam bersama keluarganya.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Anwar tidak memerlukan sebarang pembedahan dan dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Damansara.

“Alhamdulillah mereka berdua berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas semalam.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku berpunca daripada sebuah kereta yang tidak menyedari laluan di lokasi kejadian telah berubah.

Pemandu berkenaan secara tiba-tiba merempuh kenderaan yang dinaiki Anwar bersama empat lagi penumpang lain.

image