Ho Chi Minh, kota penipuan

Awas orang Malaysia kalau nak ke Vietnam terutamanya bagi mereka yang nak membeli belah dan bercuti.

image

Saya nak share sikit pengalaman saya yang buat short bagpackers ke Ho Chi Minh City atau nama lamanya dikenali Saigon.

Nak share dengan orang kita sebab sepanjang di sana, HCM dah macam Jalan Tar atau Masjid India sebab orang kita terlalu ramai.

Yang pasti bila nak balik mesti beg akan beranak. Cuma jangan risau, beg boleh dibeli pada sebelah malamnya.

image

Hinggakan berbelanja juga boleh dalam tiga mata wang, iaitu USD, Ringgit Malaysia dan Vietnam Dong. Malahan peniaga juga boleh berbahasa Melayu.

Apa perlu ingat, HCM adalah kota penuh penipuan, awaslah kalau terlalu taksub berbelanja.

Perkara pertama sampai paling mengejutkan ada kumpulan kami yang ke tandas memaklumkan tak ada kepala paip pada toilet, susah tu. Mujurlah di hotel penginapan kami ada.
image

Sebelum itu, perkara pertama yang membuatkan kami confuse adalah ‘lefthand drive’. Nak lintas jalan tengok kanan, tapi kenderaan datang dari kiri, memang pening seketika.

Trip aku kali ini tumpang bersama dengan orang berniaga yang mencari barang untuk diniagakan, tapi kira ok juga.

Tak ke mana sangat, tapi enjoy. Depa banyak beli barang untuk berniaga.

image

Selalu yang menjadi tumpuan orang kita adalah ‘Ben Thanh Market’, memang banyak barangan yang boleh dicari. Ibarat produk satu Vietnam dikumpulkan di sini. Baik baju, kasut, souvenir, dan macam-macam ada.

Kat Ben Thanh Market ini yang saya nak ingatkan, urusniaga boleh dibeli dalam tiga mata wang. Kalau nak beli apa terutamanya mintalah kurang sehingga 80 peratus.

image

Kalau dia tak bagi, tinggalkan dan cari kedai lain. Ini pengalaman saya yang membeli kemeja polo, dua helai dijual sehingga RM190, apabila minta kurang saya berjaya dapatkan dengan harga RM50.

Tu dia, harga lari begitu banyak. Ini satu contoh yang dapat dikongsi bersama.

Lagi satu, sebaiknya adalah hari pertama adalah untuk melihat harga terlebih dahulu. Kenapa tadi saya kata jangan terburu-buru dalam membeli kerana sekitar Ben Thanh Market ini akan ada pasar malam pada sebelah malamnya.

image

Harga pasar malam juga berbeza dengan bahagian dalam Ben Thanh Market di mana saya ada beli kain telekung, sebelah malam kita dapat kurang sehingga RM5 lagi.

Begitu juga dengan baju tshirt souvenir, di dalam pasar dijual sehingga RM25, itu harga paling murah. Tetapi sebelah malam harganya adalah sekitar RM7-RM10.

Begitu juga dengan kain telekung, harga sebelah malam juga lebih murah.

Itu sharing berkenaan Ben Thanh Market.

Ini nak cerita juga berkenaan makanan, bersedialah makanan agak mahal sikit. Sekali makan bajet sekepala dalam RM50, jadi prepare. Ini bagi makanan halal, kalau sebaliknya tak tau pula.

image

Dah sampai Vietnam, jangan lupa acara wajib mesti pekena kopi vietnam. Ada dijual di sekitar Ben Thanh Market, hargnya RM3 saja. Menarik sebab dia shaking dan sedap.

image

Itu dah lepas dua bab, bab ketiga kalau nak buat blazzer, boleh buat sekitar Ben Thanh Market atau Binh Tay Market.

Aku buat lebih kurang RM260 dan dapat disiapkan dalam masa 24 jam. Kualiti dia juga boleh tahan.

Ok lokasi seterusnya boleh shopping di Binh Tay Market, kat sini lebih kurang Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Sesuai beli kain cotton dan kain suit.

image

Saya beli kain cotton sepasang RM21, sempat borang sebanyak 10 pasang untuk mak dan adik serta kain baju Melayu empat pasang dengan harga RM26 bagi empat meter.

Amaran dan peringatan di sini, pantau dan tengok cara potongannya sebab kain yang dibeli tidak cukup enam inchi bagi dua jenis kain.

Sangat bahaya, ingatlah…

image

Antara tempat yang saya lawati adalah Cu Chi Tunnel saja. Ini gambar ketika kat sana, peluh juga tour dalam tu.

image

image

image

image

image

image

image

image

Sempat juga shopping di Hard Rock HCM.

image

image

Satu lagi sebelum terlupa, apabila sampai nanti tak perlu beli simkad sana sebab selain kedai makan, banyak kedai kain juga provide wifi. Jadi mudah nak komunikasi dengan family di Malaysia kiranya ada kecemasan.

PERINGATAN KERAS: Kalau pergi dalam keadaan couple atau suami isteri, kawalah perasaan cemburu anda kerana peniaga kat sana amat seksi dan adegan tarik menarik pasti berlaku.

Advertisements

6 thoughts on “Ho Chi Minh, kota penipuan

  1. thanks for sharing bro.. byk info berguna.. byk juga perubahan HCM terutama ke atas cara peniaga2 di sana sejak lambakan pengunjung dr malaysia. dulu thn 2008 xde sgt penipuan2 cmni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s