Kalau ke Melaka, cari Parameswara

Khamis, 23 Mei 2014 – Aku ke town Melaka untuk kali ke empat kalau tak salah.

Empat kali masuk town Melaka, sebelum ini hanya lalu saja jika dalam perjalanan ke Johor.

Kebetulan rancang off, aku dan tiga lagi ‘close friends’, menghabiskan seharian cuti. Tujuan utama mencari ikan bakar terbaik di Melaka.

Antara tempat popular ikan bakar di Melaka adalah Alai, Duyung dan Umbai. Tapi kena ingat, Umbai ada dua lokasi iaitu kedai lama dan kedai baru yang terletak berdekatan.

Umbai baru reka-bentuknya seperti terapung, manakala Umbai lama kedai bercirikan tradisional.

Aku pilih Umbai lama, kedai sempoi juga. Kedai yang dipilih adalah ‘Ikan Bakar Parameswara’, yang dilihat mampu menampung pengunjung antara 500-600 orang pada satu-satu masa.

Sebab tu tajuk aku tadi kata mesti cari Parameswara. Sebenarnya Parameswara dikenali sebagai pembuka kota Melaka sebelum memeluk Islam.

image

Tak banyak kami empat orang makan, kat bawah ini aku tunjukkan menu kami. Menu untuk 4 orang, dua jug air tebu dan dua potion nasi.

image

image

Ini menu yang kami makan. Berapa rasanya anda rasa? Bagi aku tak mahal sangat berdasarkan menu ini dan sangat berbaloi bagi kami yang datang dari Shah Alam.

image

image

Sebelum itu kami juga jalan-jalan sekitar Jonker Walk dan Dataran Pahlawan. Kalau di Jonker Walk, aku rekemen makan di kedai lupa nama dia, di alamat 88, Jalan Hang Tuah sekitar pusat bandar.
Menu wajib cuba mee kari dan asam laksa, memang tak reti aku nak komen rasanya.
Memang sedap…

image

Bila makan, mesti ditemankan dengan cendol.
Perghhh…

Tu dia percutian aku hari ini.
Kat bawah ini aku nak share juga gambar ari ini.

image

image

image

image

image

image

Tudia, memang posing sakan. Tapi apa yang aku sukakan Melaka ini sebab bangunan heritage yang sangat banyak.

Insha-ALLAH kalau tak ada halangan, hujung bulan Jun nak pi Pulau Pangkor pulak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s