Kalau realiti seperti atas kertas

image

Kalau boleh diulang balik masa, apa yang anda nak lakukan.
Kalau saya, mungkin nak belajar bersungguh-sungguh nak jadi engineer kot.
Sebab itu cita-cita pertama apabila cikgu tanya masa darjah 1.
Kalau tak jadi jurutera, nak jadi doktor atau polis, mungkin sebab pengaruh keluarga.
Tapi semua itu adalah rancangan atas kertas dan hari ini aku menjadi wartawan Sinar Harian.
Alhamdulillah.
Dapat juga berbakti atas nama ALLAH SWT.
Begitu juga dengan apa yang kita rancang atas kertas menarik sangat.
Bagaimana kita menguruskannya untuk menjayakan perancangan itu.
Nak atau tak, terserah kepada kita kan.
Ingat satu, jika gagal dalam kehidupan bukan bermakna gagal selamanya.
Kekeke, cakap pandai…
Satu lagi, kena bersedia apa akan berlaku jika gagal.

MFZA: Syukur sangat-sangat dapat kenali mereka yang sangat baik.

@Ghulam Mee, Kota Damansara. Orang lain tengok bola aku layan blog.

Rezeki, jodoh, kejayaan – rahsia DIA sebenarnya.

Aku tak tahun nak mula di mana entry kali ini.
Mungkin sebab excited nak sharing story kot, dan ini bukan news tau.

image

Jumaat, 13hb Jun 2014 aku memang kena ambik cuti sebab ada press nite MoA atau Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Acctually, selit cakap London sikit, bukan sebab majlis sangat tetapi sebab Kak Dini, Setiausaha Akhbar Menteri yang jemput dan kebetulan dah lama tak jumpa dia.

image

Dah berapa kali aku tulis tentang Kak Dini atau Datuk Ruhaidini Abd Kadir dalam entry sebelum ini, hubungan kami bukan sebagai media tetapi lebih kepada kekeluargaan yang memaksa aku merancang cuti.
Kalau tak pi, mau aku kena sound atau bebel macam terompet Jepun.
Oklah, aku ajak Wan Ichigo dan Kak Ina sekali untuk mewakili Sinar Harian.
Oklah juga event tu…
Mulanya nak jadi cerita, kami sampai lewat dan majlis dah nak mula.
Usher terus bawak kami ke depan sekali, sebab nak penuhkan ruang.
Sekali pusing, alamak…
Aku punya CEO duduk kat main table utama.
Mau berpeluh aku. Nak makan banyak pun malu sebab bos nampakkan. Tapi CEO aku ok, cuma kami yang bawahan bie rasa kerdil sangat apabila duduk dengan bos.
Apa lagi, langkah pertama bila majlis makan mula, aku cabutlah cari meja lain.
Lagi satu kenapa aku nak datang press nite nie adalah dapat jumpa kawan-kawan media lain. Masa ini kami ala-ala mini reunion katanya.
Nak-nak pulak aku la nie dah jarang keluar, hubungan pun semakin kurang. Jadi masa nie lah nak eratkan sesama kami.
Pastu pendekkan cerita, menteri pun visit setiap table, jadi aku nie orang kampung dapatlah salam dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Selfie ja tak sempat lagi.
Nak jadi cerita, lepas habis majlis masa nak balik, Kak Dini ajak temankan dia makan di Concorde KL. Manalah aku nak reti makan tempat-tempat macam-macam tu, ye lah orang kampung kot.
Jadi, aku pun hantar Wan dan Kak Ina balik Shah Alam dulu dan ke KL semula.

image

Tak ada apa, sambil makan kami dihiburkan dengan live band, tak pasti pulak dia tu Filiphina atau mai dari mana, tapi lagu dia memang best.
Penyanyi pun boleh cakap Melayu sikit-sikit.
Dok ralit punya best layan, tetiba depa nyanyi lagu birthday kat aku.
Birthday ke 30 pulak tu.
Kek pun sampai sebiji untuk potong.

image

Adoi, blushing, nak kuar ayaq mata pun ada, tapi dasar jantan. Ego kena tinggi dan cover macho.
Lama juga dia nyanyi, entah skrip buat sendiri kot.

image

Ada juga malam tu, geng MoA selain Kak Dini, Datuk Ariff, Tksu; Mat Noor; Salina.
Pastu ada juga Datuk Rahman Perkasa; Chairman Lembaga Pembangunan Nenas, Datuk Samsolbari Jamali yang juga Adun Air Hitam; Along Tengku Khalidah; Roslan Shah, artis tu; Kak Noriah Metro dan ada beberapa lagi nama aku tak kenai. Huhuu…

image

Dah mengantuk sangat, nanti aku sambung posting.
Nway memang terharu, dan nak ucapkan terima kasih pada semua.
Kadang kala kita tak sedar, ini dikatakan persahabatan, ia datang dengan sendiri.
Begitu juga dengan rezeki dan jodoh, semua rahsia NYA

Bila nak makan nasi minyak?

image

Alhamdulillah, 11 Jun 2014 genap aku 30 tahun.
Diputerakan 11 Jun 1984 di Kangar, Perlis.
Syukur ke hadrat NYA diberikan rezeki, pekerjaan, kesihatan, sahabat, peluang dan sebagainya yang positif.
Nak sebut nama nanti ada tercicir mesti kecik hati.
Terima kasih Ya ALLAH, terima kasih mak dan abah serta keluarga yang tidak pernah menghalang sebarang harapan dan impian aku selama ini, malahan memberikan galakan walaupun impian aku kadang kala bertentangan dengan impian mereka.

image

Seperti biasa, ulang tahun keputeraan saban tahun, aku mesti mengisytiharkan cuti untuk diri sendiri, takkan nak kerja kan.
Sejak jarum panjang dan jarum pendek bertemu pada kedudukan 12, hp aku bertali arus berdering hari ini, mengucapkan selamat disamping mendoakan kesejahteraan.
Ada Whatsapp, ada fb. Baik pelbagai bangsa, kami bersahabat. Ada seorang dari Singapore, chinese yang langsung tidak pernah lupa wish aku.

image

Untuk wish di fb, Insha-ALLAH aku akan reply satu per satu, hari ini saja ignore. Poyokan.
Sebenarnya aku sibuk ari ini, banyak selesaikan urusan peribadi dan drive seharian. Bukan sengaja tak nak respond. Kalau baca depan pc ok sikit kan nanti.
Dalam banyak-banyak panggilan,  ada dua panggilan akak angkat yang membuatkan aku speechless. Panggilan yang memberikan harapan yang amat besar untuk aku jawab.

image

Ya ALLAH, sekali lagi aku tak boleh buat keputusan. Aku faham hasrat dan niat suci mereka itu.
Bukan mudah, walaupun ia sekadar ia atau tak.
Apapun akak, kita jumpa Jumaat nanti dan buka citer lain ya. Plzzz…
Boleh peluh dalam aircond tau nanti.

image

Dalam masa sama, terima kasih tak terkira pada geng futsal, yang buat acara potong kek lepas main tadi.
Teruja, dah 30 pun potong kek, terharu dengan kawan-kawan.
Dan…. rasanya soalan yang bermain lagi yang tak sudah-sudah, BILA NAK MAKAN NASI MINYAK?
Yang aku boleh jawab, jodoh pertemuan ditangan ALLAH, begitu juga rezeki dan kesihatan. Kita kena usahakannya untuk mengecap sesuatu.
Jadi aku minta tolong kawan-kawan doakan ya apa yang terbaik buat aku nie.
Satu lagi, kalau ada salah silap, terlebih terkurang, dalam sedar atau tak aku minta maaf.
Kalau ada hutang, minta habaq ya.
Lebih kurang kita halal.
Ameen…

Nota kaki: Tk akak bagi hadiah in advance, kalau nak hadiah lagi boleh tak, huhuu…

Apa sebenarnya Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Tim Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Tim Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Bantu kami untuk bantu mereka…

Mereka tidak minta duit dari kita walau 10 sen atau sekupang.
Mereka hanya minta baju baru untuk disampaikan pada yang memerlukan.
Jangan tanya bagaimana kos mereka menguruskan usaha ini, kerana mereka tidak perlukan bantuan kita.
Jangan tanya masa mereka korbankan.
Mereka hanya perlukan prihatin kita berikan ‘Sehelai Baju Untuk Menyapu Si Air Mata’.
Mereka perlukan set persalinan baharu untuk disampaikan kepada rumah kebajikan terpilih seluruh negara.

Kenapa mereka mahukan baju baru?
Secara logiknya, sedekahlah kita barangan yang kita sayang atau barangan baharu, jangan barang yang kita tidak mahu dan buruk kepada orang lain.
Bayangkan kalau kita juga berada di tempat itu, menerima barangan yang hampir nak buang?
Jelas surah al-Baqarah, ayat 267 – “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”

Fb: https://www.facebook.com/sehelaibaju