Rezeki, jodoh, kejayaan – rahsia DIA sebenarnya.

Aku tak tahun nak mula di mana entry kali ini.
Mungkin sebab excited nak sharing story kot, dan ini bukan news tau.

image

Jumaat, 13hb Jun 2014 aku memang kena ambik cuti sebab ada press nite MoA atau Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Acctually, selit cakap London sikit, bukan sebab majlis sangat tetapi sebab Kak Dini, Setiausaha Akhbar Menteri yang jemput dan kebetulan dah lama tak jumpa dia.

image

Dah berapa kali aku tulis tentang Kak Dini atau Datuk Ruhaidini Abd Kadir dalam entry sebelum ini, hubungan kami bukan sebagai media tetapi lebih kepada kekeluargaan yang memaksa aku merancang cuti.
Kalau tak pi, mau aku kena sound atau bebel macam terompet Jepun.
Oklah, aku ajak Wan Ichigo dan Kak Ina sekali untuk mewakili Sinar Harian.
Oklah juga event tu…
Mulanya nak jadi cerita, kami sampai lewat dan majlis dah nak mula.
Usher terus bawak kami ke depan sekali, sebab nak penuhkan ruang.
Sekali pusing, alamak…
Aku punya CEO duduk kat main table utama.
Mau berpeluh aku. Nak makan banyak pun malu sebab bos nampakkan. Tapi CEO aku ok, cuma kami yang bawahan bie rasa kerdil sangat apabila duduk dengan bos.
Apa lagi, langkah pertama bila majlis makan mula, aku cabutlah cari meja lain.
Lagi satu kenapa aku nak datang press nite nie adalah dapat jumpa kawan-kawan media lain. Masa ini kami ala-ala mini reunion katanya.
Nak-nak pulak aku la nie dah jarang keluar, hubungan pun semakin kurang. Jadi masa nie lah nak eratkan sesama kami.
Pastu pendekkan cerita, menteri pun visit setiap table, jadi aku nie orang kampung dapatlah salam dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Selfie ja tak sempat lagi.
Nak jadi cerita, lepas habis majlis masa nak balik, Kak Dini ajak temankan dia makan di Concorde KL. Manalah aku nak reti makan tempat-tempat macam-macam tu, ye lah orang kampung kot.
Jadi, aku pun hantar Wan dan Kak Ina balik Shah Alam dulu dan ke KL semula.

image

Tak ada apa, sambil makan kami dihiburkan dengan live band, tak pasti pulak dia tu Filiphina atau mai dari mana, tapi lagu dia memang best.
Penyanyi pun boleh cakap Melayu sikit-sikit.
Dok ralit punya best layan, tetiba depa nyanyi lagu birthday kat aku.
Birthday ke 30 pulak tu.
Kek pun sampai sebiji untuk potong.

image

Adoi, blushing, nak kuar ayaq mata pun ada, tapi dasar jantan. Ego kena tinggi dan cover macho.
Lama juga dia nyanyi, entah skrip buat sendiri kot.

image

Ada juga malam tu, geng MoA selain Kak Dini, Datuk Ariff, Tksu; Mat Noor; Salina.
Pastu ada juga Datuk Rahman Perkasa; Chairman Lembaga Pembangunan Nenas, Datuk Samsolbari Jamali yang juga Adun Air Hitam; Along Tengku Khalidah; Roslan Shah, artis tu; Kak Noriah Metro dan ada beberapa lagi nama aku tak kenai. Huhuu…

image

Dah mengantuk sangat, nanti aku sambung posting.
Nway memang terharu, dan nak ucapkan terima kasih pada semua.
Kadang kala kita tak sedar, ini dikatakan persahabatan, ia datang dengan sendiri.
Begitu juga dengan rezeki dan jodoh, semua rahsia NYA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s