Khairul Azizi, damailah kau di sana… Al-Fatihah

Arwah, barisan belakang, dua dari kiri ketika bergambar dalam program Lawatan Sultan Kelantan ke Kumpulan Media Karangkraf.

Arwah, barisan belakang, dua dari kiri ketika bergambar dalam program Lawatan Sultan Kelantan ke Kumpulan Media Karangkraf.

Walaupun sudah 24 jam berlalu…
Aku masih terbayang-bayang kelibat Khairul Azizi Alam, 39, Penolong Editor Sinar Harian Esidi Johor yang dijemput NYA semalam, kira-kira jam 5 pagi, Selasa, 1 Julai bersamaan 3 Ramadan 1435.
Masih tak mampu mengetuk papan kekunci komputer.
Ya masa dia sudah berlau, bagaimana dengan kita dan bila?

Isteri arwah kelihatan tenang.

Isteri arwah kelihatan tenang.

Arwah mendapat serangan jantung pada awal pagi yang kemudiannya menghembus nafas terakhir di Sentosa Medical Centre, Klang.
Peribadinya sungguh mulia, jauh sekali culas jemaah di surau kami.
Mengeluh jarang sekali, jauh pula memburuk seorang sahabat lain.
Arwah yang aku kenali juga seorang pendiam, ketika stress dengan mengedit, dia akan ke bawah bangi menghirup angin segar.
Cuma di tangan arwah pastinya ada BB dan sebatang cigar. Boleh dikatakan arwah perokok tegar.

Arwah duduk kanan, kami geng minum petang.

Arwah duduk kanan, kami geng minum petang.

Sebenarnya arwah ada sejarah yang cukup menarik, sebelum bekerja dengan Sinar Harian, dia merupakan penulis di sebuah akhbar kalau tak salah.
Kemudiannya tak ingat juga diberhentikan sebab VSS atau minta berhenti, tetapi yang pastinya dengan bos dia memandangkan seorang loyal.
Mereka kemudiannya bersama mengusahakan syarikat barangan lusuh.
Katanya, dia pernah bawak lori jual dan beli besi buruk di merata tempat dan menjualnya kepada kilang untuk dileburkan.
Banyakkan seorang yang berpendidikan tinggi ketika itu sanggup membawa lori besi buruk, demi loyalnya kepada seorang bos.

Pernah dia kata kat aku, “PALIE, AKU TAK KISAH KERJA SETERUK MANA SEKARANG INI, DULU LAGI TERUK, CUMA APA YANG PENTING SEKARANG INI AKU NAK BELA ANAK BINI. AKU DAH PERNAH KERJA LEBIH TERUK SEBELUM INI”.

Kata-katanya terngiang-ngiang hujung telinga aku.

Akhir ini, ada juga arwah menceritakan tentang khariat kematian yang dibuat oleh rakan MRSMnya melalui aplikasi whatsapp.
Kata arwah, dia nak keluar group tu, tapi admin tak bagi.
Tapi dia ambil sikap diamkan diri.

Akhir ini, arwah juga kerap kali turun main futsal dengan kami, dia pasti membawa anaknya.
Cuma game terakhir kami, arwah tak turun.
Game last sebelum tu, arwah balik awal dengan anaknya.

Arwah dengan anak-anaknya.

Arwah dengan anak-anaknya.

Kalau di office, selepas meeting jam 3 petang, arwah juga menjadi tumpuan kalangan kami, kerana ada kereta Exora yang boleh kami tumpang minum petang.
Senang satu kereta ja bergerak, langsung tak berbunyi arwah.
Mengeluh jauh sekali.

Semalam,… semua itu telah menjadi kenangan buat kami di Sinar Harian.

Posting anaknya menggunakan FB arwah.

Posting anaknya menggunakan FB arwah.

Khairul Azizi Alam telah dijemput Maha Pencipta.
Sekujur jazad dibawa ke Surau Kumpulan Media Karangkraf, bersalut kain putih.
Kami menjadi pilu.
Seperti tidak percaya, seorang sahabat dijemput ILAHI.
Meninggalkan seorang balu dan empat anak yang masih bertatih.
Tapi itulah realiti.
Masanya telah terhenti, kekal abadi.
Hanya kita masih belum mengerti.
Damailah Khairul Azizi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s