Doa kami, harapan kami tak pernah berubah…

Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,
Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti) Lebih Berat 1971,
Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan
Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Cukuplah, apa hukumannya jika diadapati bersalah tak sanggup aku tulis…

Kenduri kahwin Khusairy di Kg Kastam Klang.

Kenduri kahwin Khusairy di Kg Kastam Klang.

Empat kertas siasatan dibuka…
Nauzubillah, itulah ujian nyang paling berat hang hadapi wahai sahabat.
Sungguhpun ini berlaku kepada hang, harapan kami untuk melihat hang berubah langsung tidak pernah padam walau sedetik.
Apa yang berlaku ini adalah pengajaran untuk hang dan kita semua.
Telah berapa kali kami nasihat, tinggal-tinggal-tinggal.
Tetapi jalan ini juga hang telah pilih, kini selangkahpun tidak dapat berundur.

Namun…
Doa kami tetap bersama, insha-ALLAH.
Sungguhpun hang tidak dapat membaca coretan ini, aku tetapi mencoret suara hati kami yang dari kecil membesar bersama.
Selepas hampir seminggu kejadian, barulah aku mampu mengetuk.
Sepanjang itu, papan kekunci menjadi berat untuk diketuk, membayangkan muka mak hang, ‘Makcik Pura’ yang aku kenal.
Sebak hati usah dikata, hampir 24  tahun kita mengenali.
Usah ditanya tentang persahabatan kita, kami tetap menyokong hang walaupun kita akan dipisahkan sebalik tembok.
Itu pasti….

Gambar selepas SPM.

Gambar selepas SPM.

Cakap saja, apa kita tak buat bersama, kepala simpang mana kita tak jadi penunggu, kerja kontrak tanam tiang lektrik lepas SPM, kongsi makan, kongsi pinggan, kongsi bantal, kongsi pengalaman suka-duka sentiasa bersama.
Rumah hang, rumah aku, rumah depa adalah rumah kita bersama.
Betapa akrab kita pada masa itu.
Tetapi itu dulu, sebelum hang kenal dunia ini.
Dunia yang merobek persahabatan kita.
Langsung tidak menyangka hang terlalu jauh sampai begini.
Tetapi kami tidak pernah putus bincang masalah hang.
Kenapa hang jadi begini?
Hang yang kami kenal bukan macam ini?
Kami percaya, siapa kawan hang akan membentuk hang!

Sungguhpun perkongsian aku tidak sebanyak dengan kawan-kawan lain, sumbangan aku juga tidak sehebat mereka, tetapi kita tetap bersama.
Dzofeer, Jan, Sufi, Suradi, Pendi, Hazriq, Eju, Khusairy, Mijon, Bangcik, Firdaos dan ada lagi, kami tetap bersama.
Padang bola Kem UPP Padang Besar, Petronas, public phone menjadi saksi persahabatan kita.

YA ALLAH…
Kepada DIA kami panjatkan doa.
Kepada DIA kami berserah.
Kepada DIA juga kita berharap.

Kuatlah hang untuk hadapi hidup ini.
Hidup yang akan memberikan sinar baru, ibarat dilahirkan semula.
Perancangan NYA maha hebat.

Tidak guna aku ungkit tentang nasihat.
Tidak guna aku cerita tentang kita.
Tidak guna cerita kenapa berlaku.
Semuanya sudah berlalu.

Hanya semangat perlu kuat, tabah.
Kami doakan hang tabah hadapi ujian yang sangat besar ini.

…dari seorang sahabat…

Advertisements

2 thoughts on “Doa kami, harapan kami tak pernah berubah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s