Nasi Arab harga patut, cari D’ Arab Cafe

Actually aku bukanlah hantu sangat nasi arab nie, tetapi sekadar untuk bersosial saja.

image

Sebab kalau dijadikan makanan harian, mungkin gaji bulanan mampu bertahan sampai tengah bulan saja.

Bukan apa, menu dia semuanya cecah RM20 sekali makan, itu tak minuman lagi.

Kalau tanya di mana lokasi pilihan, semestinya Al Rawsa Kampung Pandan sebab mandy lamb dia memang power.

Tapi harga dia memang menangis juga bagi kategori aku, tak masuk lagi dengan minuman.

Al Rawsa ini ada dua lagi cawangan iaitu I-City Shah Alam dan Seksyen 7, juga di Shah Alam.

Pilihan kedua di In House, Publika KL. Boleh kata harga dia menangis juga, mungkin kawasan tumpuan.

Hari ini aku cuba makan D’ Arab Cafe. Nak kata tak sedap, not bad juga.

Kedai dia agak ekonomi, terletak di food court dan masjid sahaja.

Di Shah Alam yang aku tau, di perkarangan Masjid Negeri dan Anjung Seksyen 7 (lama).

Lepas tu tadi dekat Masjid Wilayah pun ada.

Menarik selain keenakkannya, harga juga berpatutan.

Paling bagus dan aku puji, air dia sangat murah dan boleh refil tanpa bayar. Semestinya teh arab purdina dan sirap. Kira oklah….

Sebab orang kita akan mudah terima dengan sedekah.

Kalau korang nak cuba, aku recomended kat situ.

Bagus sangat…

Sebelum lupa, makanan tengah hari kami di taja Azarul Hakim (baju putih) kerana meraikan Shahril Mahmod dari Perlis.

image

Azarul pakar Oracle (IT) kini sedang menamatkan Master kedua dan akan melanjutkan pengajian ke PhD.

Shahril bergelar guru kanan geografi MRSM.

Aku ja tetap macam tu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s