Penjara juga sebuah universiti

image

Ramai orang anggap penjara sebenarnya adalah berakhirnya sebuah kehidupan seseorang.
Ya la, segala perhubungan terputus.
Tiada lagi kebebasan, ke sana ke sini. Apatah lagi media sosial yang menjadi kegilaan banyak pihak seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter.
Rasanya tidak perlu diceritakan, Instagram la, Telegram la dan juga Lime dan sebagainya.
Boleh dikatakan kesemua kita ada telefon pintar atau smart phone, berada luar kawasan liputan separuh hari cukup memeritkan, kononnya tak tau perkembangan.
Tetapi tidak, kita tidak sedar sebenarnya ia baru bermula sebuah kehidupan.
Itu yang hendak aku ceritakan dalam entry kali ini.

Sebaliknya adalah kisah dalam penjara yang melibatkan antara orang yang paling rapat dengan aku.
Ketika itu, jam lebih kurang 3 petang 24 Disember lalu, kami berempat mengunjungi Penjara Alor Setar.
Ketika melangkah masuk, hati aku sangat berdebar, sayu, sebak dan sugul.
Masakan tidak, seorang sahabat yang pernah membesar meringkuk dalam sangkar besi itu yang hanya mampu melihat langit.
Impian melihat luar sebalik dinding besi jauh sekali, melainkan ketika mengikuti perbicaraan kesnya di mahkamah.

Hanya 45 minit diberikan bagi setiap sesi.
Selepas hampir dua tahun tidak jumpa, ini kali pertama kami bersemuka empat mata setelah empat bulan dia di dalam tembok itu.
Dinding kaca memisahkan kami, hanya tiga ganggang telefon menyambung suara kami, satu untuknya yang berada di dalam dan dua kami di luar.
Senyumannya masih sama, cuma badan agak berisi.
Sebak, ketika itu…

Katanya, sementara menanti hukuman, mereka seperti di kuarantin tidak dibenarkan keluar daripada dorm yang menempatkan seramai 40 individu.
Hanya ketika lawatan keluarga seminggu sekali memberikan dia keluar dan kita boleh mengirimkan duit untuk membeli barangan keperluan lain serta menikmati sedikit makanan lain di kantin.
Harganya tidak perlu tanya, sebungkus mee segera menjangkaui RM1.

Panjang juga perbualan kami, menjurus kepada memberi semangat kepadanya.
Dia kuat dan tabah untuk berada di sana kerana kesalahan yang dilakukannya.
Cuma beberapa kali yang dikhuatirnya ialah kesihatan si ibu.

Jelasnya, kehidupan dia lebih terurus kerana lebih mengenali Pencipta ketika berada dalam penjara.
Tikar sembahyang semakin menjadi penemannya, solat menjadi senamannya.
Alhamdulillah…

Akhir perbualan kami dia ada berpesan agar kami tolong tengok-tengokkan maknya.
Itu yang paling dirisaukannya.
Tentang dirinya, tidak perlu dirisaukan, dia semakin sihat.
Dia juga banyak menyebut nama-nama kawan rapat tiap seorang dan menyampaikan salam.

Bagi aku, sesiapa yang berkesempatan, pergilah melawat dia, bagi sokongan dan kekuatan kepadanya.
Cuma setiap lawatan hendaklah dikakukan sekali dalam seminggu dengan ditemani waris.

#Tujuan aku menulis ini bukan untuk membuka pekung seorang sahabat, sebaliknya bagi menjawab perosalan yang kawan-kawan lain ingin tahun perkembangannya dan dok tanya aku.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s