VVIP bertongkat, rupanya Tuanku Raja Perlis

image

Pakcik tak kenai siapa dia, tapi selalu tengok dalam tv dan surat habaq.
Orang kata dia raja.
Tak tau pakcik raja mana, tapi tengok ramai orang salam dengan dia masa dia turun kereta.
Aku musykil, seperti kebiasaan, kiranya jika tuanku datang ke mana-mana majlis mesti penuh dengan protokol waima mencemar duli.
Langsung tak nampak barisan motosikal escort yang kebiasaannya hingga 10 biji mengiringi raja.
Sebaik memasuki perkarangan Masjid Mahmudiah, Bukit Keteri aku ternampak sebuah Proton Inspira polis.
Sebuah sahaja.
Kemudian baru aku terpandang Proton Canselor Merah, no plat ‘DYMM Raja Perlis’.
Oh, rupanya raja yang dimaksudkan pak cik itu adalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis.
Menjengah ke dalam masjid ternampak baginda duduk atas kerusi pada saf depan sekali.
Ya comform, Tuanku Syed Sirajuddin.
Adalah kebiasaan baginda, mungkin masalah kesihatan sebagaimana makmum lain.

Tanpa protokol
Wah, jauh bezanya seorang raja. Tanpa sebarang protokol dan kawalan keselamatan sebagaimana majlis rasmi.
Ketika aku bersembang dengan ADC MB, ini adalah rutin Tuanku setiap jumaat.
Baginda akan ke pelusuk negeri untuk solat Jumaat bersama rakyat jelata.
Wah, sungguh tanpa protokol.
Rupanya masih ada Tuanku raja seperti ini.
Selalu kita dengar, sebut saja raja, mesti ada karpet merah atau kuning, meati ada moto escort dan kanopi besar.
Tetapi bagi Tuanku Syed Sirajuddin tidak sama sekali.
Ini aku lihat dengan mata dan kepala sendiri.
Cuma sayangnya, masa solat tadi tak bawa hp untuk bergambar.

Jalan bertongkat
Mungkin mengalami masalah kesihatan, baginda mengenakan tongkat ketika berjalan.
Seperti orang biasa, pegawai kerajaan biasa atau orang kampung.
Jauh sekali Tuanku Raja, ketua pentadbir agama Islam.di setiap negeri Tanah Melayu.

Selalu mencemar duli

image

Pernah juga aku jumpa Tuanku Syed Faizuddin di Kuala Perlis membeli ikan kering.
Dan, ikan pekasam yang aku beli dan jual juga sering menjadi pilihan kepada Tuanku.
Aku mendapat tahu hal ini ketika Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Nota: Tertiba aku teringat pepatah terdahulu: “Raja adil disanjung, raja zalim disanggah”.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s