Bukan dipaksa jadi polis, tapi anda yang pilih

image

Mereka yang memilih kerjaya sebagai polis atas kemahuan mereka sendiri adalah berserah kepada undang-undang yang berbentuk paksaan.

Dengan rela hati mereka mengetepikan hak untuk tinggal di mana mereka mahu, untuk berkata apa yang mereka fikirkan dan berpakaian sesuka hati mereka.

Dari saat mereka menjadi seorang anggota polis ia hanya memerlukan satu arahan untuk memindahkan mereka ke tempat lain, untuk memisahkan mereka dengan keluarga mereka dan untuk mengubah kehidupan normal mereka.

image

Apabila diberi sahaja arahan, mereka akan bangkit, berlari, berbaris, dan menempuh situasi buruk walaupun tanpa tidur atau makan.

Terasing di tempat yang jauh dan bekerja sehingga tidak terdaya.

Mereka tidak lagi jadi penentu kepada nasib mereka sendiri.

Jika mereka gugur semasa bertugas dan jika jenazah mereka disemadikan tanpa kalungan bunga dan iringan doa, itulah sebahagian daripada mereka.

SELAMAT HARI POLIS KE 208
‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’

Nota: Artikel copy / paste
Photo kredit: Twitter IGP

Posted from WordPress for Android

Zairie, kau telah pergi

image

image

image

image

image

image

image

Sungguh mengejutkan berita yang kami terima hari ini.
Zairie, hang telah pergi buat selamanya.
Bukan meninggalkan kami, malahan keluarga dan dunia ini.
Zairie, aku banyak salah, dosa dengan hang, usikkan aku terhadap hang tidak lebih dari kita sebagai keluarga.
Tanggal 11 March 2015, rupanya DIA telah ambil hang yang dipinjamkan dari kami.
Ketawa hang, marah hang, merajuk hang tiada lagi dengan kami. Kini hanya doa kami titipkan untuk hang Zairie.
Damailah hang di sana, syurgalah tempat hang bersama para ambia’.

Derita dalam diam
Dua bulan hang derita, langkah tidak bermaya, nafas tersekat.
Langsung kami tidak tahu.
Bulan lepas, aku call hang ketika aku lalu UPM, macam biasa pasti kita bertikam lidah, tapi hang tak cakap hang sakit.
Kita tak sempat jumpa sebab masing-masing sibuk, melainkan beberapa bulan sebelum itu, kita minum dengan Zailani di Sanggar Bahasa FBMK, UPM.
Kita bincang tentang reunion.

Mula tahu hang sakit
Pagi Khamis, 5 March 2015 – Sally call aku jam 7.57 pagi. Tapi aku tak pick up, entah kenapa. Aku return call Sally tidak berjawab, rupanya dalam group kita dia minta kami carikan ustaz untuk hang.
“Kawan-kawan, tolong carikan ustaz untuk Zairie, dia sakit teruk.
“Kalau tidak, pujuk Zairie balik kampung, dia sakit. Klinik sudah pergi, namun tiada keputusan,” kata Sally.
Ya ALLAH, kami semua terkejut tengok gambar hang yang dikirimkan Sally, kami sayang hang Zairie.
Sally cakap dia sudah tidak sampai hati tengok hang, pi kerja sekadar punch in, lepas tu tidur berbekalkan kain pelikat.
Kenapa Zairie?

Syukur, tapi…
Kemudiannya sekali lagi Sally beritahu, keluarga hang nak datang ambil, bawa hang berubat petang itu juga.
Kami tidak sangka, sebenarnya itu petanda perjalanan hang.
Hang dimasukkan ke ICU, Hospital Temerloh.
Terus tidak sedar, hang bergantung dengan mesin talian hayat.
Badan hang dikatakan dimasukkan dengan morfin untuk ditidurkan bagi mengurangkan sakit.
Darah hang diambil untuk ujian, tetapi beberapa hari tanpa petunjuk.
Cuma, jangkitan kuman pada paru-paru.
Katanya, hang juga tidak diberikan ubat, menanti keputusan darah. Ya, bukan menyalahkan hospital, tetapi kajian untuk hang perlu dilakukan.
Enam hari saja hang bertahan sebelum meninggalkan kami.
Hang dipinjamkan seketika saja, 30 tahun.

Orang pertama
Zailani, kawan kita yang pertama melawat hang, beberapa kali dia pesan kepada aku, “palie, tengok la Zairie, aku tak boleh cakap apa, hang pi lah tengok”.
Bukan sekali Zairie, beberapa kali Zai ingatkan aku, tetapi aku tak boleh tinggalkan kerja aku.
Esoknya sekali lagi Zailani ingatkan aku, “palie, aku lima ke enam jam ke Temerloh dah sampai, hang yang dua jam belum lagi, nanti hang jangan menyesal!”.
Ya, perasaan terkilan aku datang, kata kita kawan baik, tapi aku tak ada masa hang perlukan sokongan.
Aku terkilan Zairie.
Tadi, dua jam sebelum hang pergi, sekali lagi Zailani ulang benda sama.
Zailani kata, hang sedar dia datang, nak salam dengan dia dan cakap sesuatu.
Esoknya, Sally pula datang, hang nak tulis sesuatu, satu perkataan ambil masa lama.
Hang sangat derita, akhirnya hang pergi jua.
Rehatlah Zairie, damailah hang kat sana.
Doa kami diiringi hang.

Maaf
Ingat tak, hang sangat marah aku bila aku marah hang tentang lesen moto.
Dua tahun L hang tak test, expired begitu saja.
Aku sangat marah pada hang dan hang merajuk.
Tapi kami tegur hang sebab sayangkang hang Zairie.
Hang ingat tak mula-mula dulu, bilik aku tempat kita masak stimboat dengan Epol, Saad, Hasif dan Zailani.
Hang ingat tak kita naik motosikal pusing UPM.
Hang minat sangat teater, dengan Sally, Mira, Yaya sampai la nie hang masih aktif teater.
Kita semua berkelah dekat Sungai Congkak, naik kereta ramai-ramai.
Hang ingat tak Zaliza, Ima, Nurul, Tini, Ayu dan Jumida.
Begitu juga Wandi, Nizam, Huda, Nurul, ramai lagi kawan kita.
Ingat tak hang juga dok ajak kami semua masuk QKB Budaya 010/011.
Walau sehari kami rindu hang Zairie, mulut becok hang, merajuk hang, mewarnai hidup kita selama tiga tahun di UPM.
La nie semua jadi kenangan Zairie, hang pergi dulu dari kami, hang dah tak ada lagi.
Zairie, kami tau dosa kami banyak dengan hang, banyak Zairie.
Kami minta maaf kalau ada apa-apa.
Kami maafkan hang Zairie, tiada sekelumit kami simpan marah pada hang.
Kita kan kawan, kita kan sahabat, kita kan keluarga.
Damailah hang di sana Zairie.

AL FATIHAH
ZAIRIE BIDIN
29 Mac 1984 – 11 Mac 2015

– palie, Kampung Melayu Subang
2 am, 12 Mac 2015

Posted from WordPress for Android

Siapa mereka ayah?

image

image

image

image

image

Kadang-kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Kadang-kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang-kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Kadang-kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

Kadang-kadangĀ  sahabat yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing.

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
“Siapa mereka semua tu?”

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

“DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA.”

Posted from WordPress for Android