Zairie, kau telah pergi

image

image

image

image

image

image

image

Sungguh mengejutkan berita yang kami terima hari ini.
Zairie, hang telah pergi buat selamanya.
Bukan meninggalkan kami, malahan keluarga dan dunia ini.
Zairie, aku banyak salah, dosa dengan hang, usikkan aku terhadap hang tidak lebih dari kita sebagai keluarga.
Tanggal 11 March 2015, rupanya DIA telah ambil hang yang dipinjamkan dari kami.
Ketawa hang, marah hang, merajuk hang tiada lagi dengan kami. Kini hanya doa kami titipkan untuk hang Zairie.
Damailah hang di sana, syurgalah tempat hang bersama para ambia’.

Derita dalam diam
Dua bulan hang derita, langkah tidak bermaya, nafas tersekat.
Langsung kami tidak tahu.
Bulan lepas, aku call hang ketika aku lalu UPM, macam biasa pasti kita bertikam lidah, tapi hang tak cakap hang sakit.
Kita tak sempat jumpa sebab masing-masing sibuk, melainkan beberapa bulan sebelum itu, kita minum dengan Zailani di Sanggar Bahasa FBMK, UPM.
Kita bincang tentang reunion.

Mula tahu hang sakit
Pagi Khamis, 5 March 2015 – Sally call aku jam 7.57 pagi. Tapi aku tak pick up, entah kenapa. Aku return call Sally tidak berjawab, rupanya dalam group kita dia minta kami carikan ustaz untuk hang.
“Kawan-kawan, tolong carikan ustaz untuk Zairie, dia sakit teruk.
“Kalau tidak, pujuk Zairie balik kampung, dia sakit. Klinik sudah pergi, namun tiada keputusan,” kata Sally.
Ya ALLAH, kami semua terkejut tengok gambar hang yang dikirimkan Sally, kami sayang hang Zairie.
Sally cakap dia sudah tidak sampai hati tengok hang, pi kerja sekadar punch in, lepas tu tidur berbekalkan kain pelikat.
Kenapa Zairie?

Syukur, tapi…
Kemudiannya sekali lagi Sally beritahu, keluarga hang nak datang ambil, bawa hang berubat petang itu juga.
Kami tidak sangka, sebenarnya itu petanda perjalanan hang.
Hang dimasukkan ke ICU, Hospital Temerloh.
Terus tidak sedar, hang bergantung dengan mesin talian hayat.
Badan hang dikatakan dimasukkan dengan morfin untuk ditidurkan bagi mengurangkan sakit.
Darah hang diambil untuk ujian, tetapi beberapa hari tanpa petunjuk.
Cuma, jangkitan kuman pada paru-paru.
Katanya, hang juga tidak diberikan ubat, menanti keputusan darah. Ya, bukan menyalahkan hospital, tetapi kajian untuk hang perlu dilakukan.
Enam hari saja hang bertahan sebelum meninggalkan kami.
Hang dipinjamkan seketika saja, 30 tahun.

Orang pertama
Zailani, kawan kita yang pertama melawat hang, beberapa kali dia pesan kepada aku, “palie, tengok la Zairie, aku tak boleh cakap apa, hang pi lah tengok”.
Bukan sekali Zairie, beberapa kali Zai ingatkan aku, tetapi aku tak boleh tinggalkan kerja aku.
Esoknya sekali lagi Zailani ingatkan aku, “palie, aku lima ke enam jam ke Temerloh dah sampai, hang yang dua jam belum lagi, nanti hang jangan menyesal!”.
Ya, perasaan terkilan aku datang, kata kita kawan baik, tapi aku tak ada masa hang perlukan sokongan.
Aku terkilan Zairie.
Tadi, dua jam sebelum hang pergi, sekali lagi Zailani ulang benda sama.
Zailani kata, hang sedar dia datang, nak salam dengan dia dan cakap sesuatu.
Esoknya, Sally pula datang, hang nak tulis sesuatu, satu perkataan ambil masa lama.
Hang sangat derita, akhirnya hang pergi jua.
Rehatlah Zairie, damailah hang kat sana.
Doa kami diiringi hang.

Maaf
Ingat tak, hang sangat marah aku bila aku marah hang tentang lesen moto.
Dua tahun L hang tak test, expired begitu saja.
Aku sangat marah pada hang dan hang merajuk.
Tapi kami tegur hang sebab sayangkang hang Zairie.
Hang ingat tak mula-mula dulu, bilik aku tempat kita masak stimboat dengan Epol, Saad, Hasif dan Zailani.
Hang ingat tak kita naik motosikal pusing UPM.
Hang minat sangat teater, dengan Sally, Mira, Yaya sampai la nie hang masih aktif teater.
Kita semua berkelah dekat Sungai Congkak, naik kereta ramai-ramai.
Hang ingat tak Zaliza, Ima, Nurul, Tini, Ayu dan Jumida.
Begitu juga Wandi, Nizam, Huda, Nurul, ramai lagi kawan kita.
Ingat tak hang juga dok ajak kami semua masuk QKB Budaya 010/011.
Walau sehari kami rindu hang Zairie, mulut becok hang, merajuk hang, mewarnai hidup kita selama tiga tahun di UPM.
La nie semua jadi kenangan Zairie, hang pergi dulu dari kami, hang dah tak ada lagi.
Zairie, kami tau dosa kami banyak dengan hang, banyak Zairie.
Kami minta maaf kalau ada apa-apa.
Kami maafkan hang Zairie, tiada sekelumit kami simpan marah pada hang.
Kita kan kawan, kita kan sahabat, kita kan keluarga.
Damailah hang di sana Zairie.

AL FATIHAH
ZAIRIE BIDIN
29 Mac 1984 – 11 Mac 2015

– palie, Kampung Melayu Subang
2 am, 12 Mac 2015

Posted from WordPress for Android

Advertisements

14 thoughts on “Zairie, kau telah pergi

  1. pali, sedih aku bc.. wlu aku xkenal sgt arwah ni, tp aku tau dia baik.. lemah lembut orgnya.. sgt polite bila berckap.. mmg terkejut dgr berita kematiannya semalam.. alfatihah..

    ko pegila ziarah kubur dia pali..

  2. Palie,sedih aku baca. Dah 2 bulan zairie sakit rupanya… Terkejut ak tgk fb hg semalam. Allah lebih sayangkan dia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s