Rahsia Harum Manis yang orang tak cerita!

Harum manis kulit kuning.

image

Harum Manis, setiap April – Mei akan menjadi bualan kepada penduduk bukan sahaja Perlis, tetapi seluruh negara.

Sejak beberapa tahun lalu, raja buah ini telah masuk pasaran Jepun, bagaimanapum pernah dihentikan eksportnya kerana kekurangan stok.

Negara maju, manalah nak mau sekejap ada sekejap tiada. Depa mesti jaga market.

Tahun ini, 2015 bekalan sedikit berkurangan kerana musim panas yang panjang.

Tidak mustahil harga akan melambung dalam pasaran.

Teori ekonomi simple, bila demand tinggi, supply kurang, inilah akibatnya.

Pengguna akan tanggung masalah harga.

Itu tidak masuk GST lagi.

Penjagaan Harum Manis

Penjagaannya agak rumit, dari segi racun pada awal musim bunga, ketika putik dan vitamin bagi suburkan buah.

Apabila musim kemarau, petani perlu siram pokok lagi, setiap hari.

Kemudiannya buah perlu dibalut apabila buah berdiameter 5 cm, dan akan matang selepas dua bulan untuk dituai.

Trend sekarang ada dua kertas pembalut untuk menghasilkan warna menarik iaitu, brown bag (carbon dalam) dan white bag.

Itu part penjagaan, saya ringkaskan.

Jadi kalau dapat harganya RM25 itu, cukup murah bagi tahun ini.

Kulit kuning lebih sedap?

Ini tentang kulit, sebenarnya yang original adalah hijau, kuning juga dari variati sama.

Ada yang satu pokok kuning dan hijau sebab dibalut dengan dua jenis bag atau pembalut khas.

image

Yang membezakan warna kulit adalah cara balutnya.

Kertas apa yang kita guna!

Kalau brown beg, buah akan kuning. Sedangkan hijau adalah warna asalnya.

Mungkin inilah teknologi Jabatan Pertanian kaji.

Rahsia buah

image

Sebenarnya, sedap atau enak buah harum nanis bukannya pada warna kulit, tetapi adalah isinya.

Merah atau kuning, seperti kosmetik, merah kekuningan menjadi cantik.

Ada juga yang merah tetapi masam, itu perlu jaga-jaga.

Isi merah tetapi masam adalah kerana cara kita peram buah itu menggunakan kalbaid.

Buah yang dipetik sebelum tua menyebabkan ia menjadi masam.

Memang niaya, kesian kalau terkena, sudah la beli mahal.

Berat dan harga

Secara puratanya, sekilo buah adalah RM25 dipasaran.

Manakala di ladang adalah sekilo RM20.

Dikira saiz, begantung besar atau kecil.

Beratnya kadang-kala tiga biji sekilo, tapi susah nak dapat, selalunya dua biji sekilo atau lima biji dua kilo.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s