Dedikasi untuk mak, happy birthday

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 58 Mak.

image

Mak dengan Khalis

Alhamdulillah mak masih dikurniakan kesihatan pada tahap usianya.
Tiada sakit kronik sebagaimana rakan seusianya yang lain, cuma sedikit darah tinggi.

image

Mak, Khalis dan Abah.

Mungkin tekanan kerja sebelum pencen dulu, ya la mak kena buat daily roster kepada hampir 80 anggota di Balai Polis Padang Besar.
Jawatan terakhir mak adalah sarjan di cawangan trafik Padang Besar (U) Perlis.
Itu hampir dua tahun dulu, la nie mak dah pencen dengan pangkat terakhir iaitu sarjan selepas lebih 30 tahun menunaikan tanggung jawab sebagai penjawat awam.
Mak sebenarnya adalah polis yang pencen pada usia 56 tahun.
Kini mak lebih banyak menghabiskan masa dengan pokok bunga sekitar rumah kami saja.
Itu aktiviti mak selain membantu abah di kebun yang juga belakang rumah.
Selain itu, mak juga banyak meluangkan masa dengan cucu tunggal buat masa ini, Mohd Khalis Izzuddin, anak menakan kami.
Cucu lain, tak nampak gaya lagi, sebab antara kami tiga beradik, adik yang kawin dulu.
Apa yang kami harap, mak jangan tanya tentang cucu lain, tak nampak jalan lagi tau mak, hehehe.
Apabila mak dan abah pencen, kami tak mau minta apa dengan mak dan abah, melainkan mak dan abah jaga kesihatan elok-elok serta mendoakan kami selalu.
Doakan kesihatan, rezeki, ketenangan dan kerahmatan dunia dan akhirat.
Sebelum itu, saya nak share sikit tentang mak. Mak sebenarnya tidak banyak bercakap seperti abah.
Mak agak pendiam, tetapi jangan bagi mak marah, kalau mak marah itu adalah petanda marah tahap gaban.

image

Tok Yam yang membesarkan mak, alhamdulillah.

Dalam adik beradik emak yang enam orang itu, mak juga sering dijadikan rujukan dalam apa-apa masalah.
Malahan, selepas pencen ada juga orang kampung menjadikan mak sebagai kamus undang-undang sekiranya mereka menghadapi masalah.
Jadi rumah kami tidak pernah sunyi dengan kunjungan tetamu.
Alhamdulillah, tetamu itu adalah rezeki.
Ada juga anak buah mak ketika bertugas dulu masih menziarahi mak, sebab dulu depa juga menjadikan mak sebagai rujukan, sebab mak lebih berusia daripada mereka.
Itulah tentang mak.
Kami sayang mak dan abah.
Selamat ulang tahun kelahiran mak.

23 Mei 1957, 58 tahun.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Kisah Kak Dini, happy birthday

Datuk Ruhaidini Abd Kadir, namanya bukan asing dalam dunia media, bermula kerjaya dengan Kumpulan Media Karangkraf (dulu Karangkraf) sebelum meneruskan karier sebagai wartawan di Utusan Malaysia.

image

Ketika aku praktikel di Utusan Malaysia pada 2007 lah aku mengenalinya kerana menyelia aku sebagai pelatih Meja Jenayah.

Mesra dengan panggilan Kak Dini, kemudiannya dijemput menjadi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan ketika mula menjadi menteri, sebelum menteri KPDNKK dan kini menteri MOA.

Menyahut cabaran baharu, Kak Dini meninggalkan Utusan Malaysia selepas 17 tahun dengan akhbar yang memperjuangkan suara Islam dan Melayu suatu ketika dahulu.

SMSnya kepada aku ketika itu antara lain berbunyi, “Adik selepas 17 tahun akak di ‘Universiti Kehidupan’ Utusan Malaysia akak akan menjadi SUA kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakod di KBS’.

Semasa pratikel itulah aku mengenali Kak Dini dengan mendalam selepas mengenali keluarganya, Abang Zaharudin Abd Hamid (suami), Amirul (anak sulung) dan Aiman (anak bongsu).

Kak Dini pernah bagi aku peluang dua kali join dia berniaga ketika aku di semester lima dan enam semasa di UPM, tetapi aku tak join sebab masa itu student, manalah nak berani sangat.

Dari situlah aku dan keluarganya semakin rapat, pernah juga dia ke rumah aku di Perlis untuk berhari raya, cuma tahunnya terlupa.

Melihat kehidupannya, siapalah aku untuk bersama mereka, tetapi bagi yang tidak mengenalinya….memang sukar untuk memahami.

Sangat sibuk, tetapi mereka terlalu baik….

Bagi aku, dia bukan hanya seorang SUA dan Sifoo, tetapi seorang kakak yang banyak mengajar erti hidup.

Malahan hidup aku pun hampir ‘dikenenkan’ olehnya, hehe.

Kalau ke rumahnya, perkara yang paling sukar bagi aku adalah untuk melepaskan diri untuk balik.

Kalau tak makan apa yang dimasak, kena ikut dulu dia ke mana-mana yang dirancang, itu mesti.

Ayat Kak Dini dan Abang Din, “tok sah cakap banyak, bilik ada kat atas, pergi tidur, esok baru balik, balik malam ini pun bukan ada apa kat rumah.”

Kak Dini terus memberikan peluang kepada aku untuk bersamanya di kementerian, tapi …. entahlah aku pun tak tau.

Setiap kali aku ke pejabatnya, acara wajib adalah jumpa dengan bosnya, Ds Ismail Sabri.

Dalam pada itu, hubungan kami terus berkembang dan menjadi rapat seperti dengan Along, Kak Naziemah, Mat Noor, Salina, Rashidah, Jevaratnam (PTD di pej KSN) dan beberapa nama lagi tak boleh nak sebut sebab ramai sangat.

Itu serba sikit sejarah aku bersama keluarga Kak Dini, apa-apa pun, happy birthday akak.

Semoga ALLAH terus memberikan kita kesihatan, keihklasan, keberkatan, kemurahan rezeki dan semua yang positif.

Posted from WordPress for Android