Apabila kita bersatu

Kami ketika mesyuarat perancangan gerak kerja Bersih 4.0.

Kami ketika mesyuarat perancangan gerak kerja Bersih 4.0.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kami sebagai pengamal media, apabila sesuatu event besar hendaklah merancang perjalanan tugasan bagi memudahkan Sinar Online, Sinar Harian dan Sinar TV berkongsi berita untuk disajikan apa yang terbaik kepada pembaca.
Alhamdulillah, kerjasama semua succes.
Tahniah untuk kita semua.

Pas tidak akan kerjasama dengan Umno selagi ada Najib

image

Selfie

Datuk Mustafa Ali, Pangarah Piliharaya yang juga bekas Setiausaha Agung Pas.
Ketika sesi soal jawab, beliau kata Pas tidak sesekali berhajat bersama Umno/BN.
Tetapi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya, baru boleh bincang untuk kerjasama.
Dalam masa sama, beliau juga ada menyebut nama seorang lagi pemimpin kanan Pas antara berhajat ke Harapan Baru, tetapi tidak jadi.
Berkenaan mereka yang beralih arah, katanya, apa boleh buat, sudah itu pilihan mereka, langsung beliau tidak memburukkan rakan-rakannya itu.
Soal undi tidak percaya, tunggu dulu apa percaturannya, cuma takut mereka boleh beli Ahli Parlimen sebab ada duit.

Lokasi: Bilik Berita Sinar Harian, Shah Alam
Tarikh: 27 Ogos 2015

Posted from WordPress for Android

Kita sembang, kita simpan rahsia

Terima kasih dengan perkongsian.

Terima kasih dengan perkongsian.

Walaupun suntuk masa, tapi dapat berbual dan bercerita isu keselamatan negara, politik dan dan raja-raja dengan orang nombor dua Perkasa, Datuk Rahman Bakar.
Mudah mesra dengan paggilan Cik kepada siapa saja tanpa hafal nama, haha.
“Cik, apa yang kami buat nie, bukan untuk pemimpin, tapi untuk anak cucu kita. Tunggulah 15 tahun lagi, tengok Islam dan Melayu apa akan jadi.
“Bukan untuk saya, saya dengan Tok Brahim (Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali) sama umur dan kami dah tak lama dah. Dia dah sekali belah dada, saya dah dua kali (buat bypass jantung) kalau hidup tiga kali raya haji lagi pun kira ok. Tapi kami buat semua ini untuk anak cucu kita.”

Dzofeer dan Khusairy, jika patah hilang sukar cari ganti

Kami selepas melawat rumah Khusairy.

Kami selepas melawat rumah Khusairy.

Kami setiap kali berjumpa umpama musuh, tidak sependapat perkara biasa. Kadang kala boleh terbalik meja, kalau orang tak kenai, kata kami gila.
Tapi kami dah macam adik beradik, susah senang bersama.
Kerja kontrak, public phone, kepala simpang mana kami tak duduk lepak.
La nie masing-masing dengan komitmen kerjaya dan mereka telah berkeluarga.

Berjumpa selepas 20 tahun, Ustaz Tuan Badrul Hisham

Tuan Badrul Hisham Tuan Soh

Tuan Badrul Hisham Tuan Soh

Last jumpa akhir 1990an, selepas beliau berpindah ke Bagan Serai, Perak pada lebih kurang 1993-94.
Kemudiannya berpindah ke Kelantan kerana mengikut keluarga.
Lepas tu hanya mengutus surat apabila beliau melanjutkan pelajaran di Darul Quran, Selangor dan kemudiannya ke luar negara.
Alhamdulillah, September ini Ustaz Tuan Badrul Hisyam akan menyambungkan PhD di luar negara lagi sekali dalam bidang ‘law + syariah’ kalau tak salah.
Dok janji nak jumpa sambil minum sebelum sambung PhD tapi tak menjadi-jadi lagi.
Akhirnya kami terjumpa di open house Menteri di JPM, Datuk Seri Shahidan Kassim…
Tahniah Syam, bangga hang dah jadi ustaz besar.

Kisah kami beraya rumah Sani

image

Lokasi, rumah Sani di Puncak Alam.

Hari ini kami beraya di rumah Ahmad Thani Hasbullah (baju Melayu) seorang yang berpandangan kontra dalam politik dengan aku.
Dalam group WhatsApp kami sering tidak sependapat, aku cakap dia hujah, aku hujah dia patahkan.
Begitulah kami, tetapi tidak menjadi halangan kami menjadi sahabat.
Itulah kisah kami, Bac Komunikasi UPM 2004/07.

image

Kisah kampus, bilik aku, 437 L1, Kolej 12 UPM menjadi bilik gerakan kami kalau ada apa-apa.
Reddy Risman Hidayat (berbaju belang) anak jati Jakarta Timur yang membawa kepada perkenalan aku dengan sahabat lain.
Hari kedua aku sebagai pelajar UPM 2nd intake, dialah orang pertama aku tegur sebaik turun bas di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM.
Aku: Assalammualaikum, kamu course apa?
Reddy: Bacelor Komunikasi (dengan telo pekat Indonesia). Kamu?
Aku: Saya komunikasi jugak, nasib ada kawan… Awak dari mana?
Reddy: Saya Jakarta Timur.

Kemudiaannya kami masuk kelas pertama, Bahasa Melayu Tinggi (BMT… lupa kod dia) di Dewan Za’ba.

Perbulan berkenaan juga menjadi sebutan kami hingga hari ini.

image

Fazrul Nizam Juhari atau Angah Bangi Car Rental (baju biru) pulak budak Bandar Penawar yang banyak belajar dari bawah yang susah payah dan tidak pernah mengalah.

#KamiSahabatUPM

Teringat arwah Zairie, Al Fatihah

Posted from WordPress for Android