Kapal selam Australia timbul di Pulau Pinang

image

image

Kecoh menjadi viral mengatakan kapal selam Australia timbul di Pulau Pinang.

Ya perkara itu benar berlaku, baca kenapa ia timbul.

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan,

1. Untuk maklumantuan/puan HMAS SHEEAN terlibat eksesais bersama KD TAR mulai 12 – 13 Oktober 15 di Kota Kinabalu.

2. Kehadiran HMAS SHEEAN di Pelabuhan Awam P.Pinang bagu memberi peluang kepada warga HMAS SHEEAN utk beristirahat dan kapal merancang untuk melaksanakan kunjungan hormat sahaja ke atas Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang.

3. Selesai eksesais di KK, HMAS SHEEAN akan kembali ke Fleet Base West, Australia.

Sekian, terima kasih.

Posted from WordPress for Android

Nira nipah, terbaik dalam Perlis

Nira nipah!
Kalau belum pernah rasa, baik mencubanya, kalau tidak anda akan menyesal.
Cuma ia agak manis sikit.
Nira nie ada dua jenis, kalau diasapkan baunya agak high sikit, kalau dalam plastik, ok lah.
Ikut anda nak cuba yang mana.
Lagi sedap minum ketika sejuk beku.
Aku memang rekmen pakcik nie, kalau korang nak cuba call dia, no ini – 049769897.

Ambil masa lama
Proses penuaian nira bukan mudah, kadang kala dijual sebungkus RM3 seperti tidak berbaloi.
Lokasinya di Bohor Temak Perlis.
Bukan apa, sehari menadah airnya seperti plastik kat bawah, untuk mendapatkan 1/2 liter pun susah sebenarnya.
Hanya warga emas mampu hadap bisnes sebegini.
Untung sikit, sabar kena tinggi.
Itu kisahnya.
Ini tak kira cara menjaga dan menuai, kerana semua tangkai yang berbuah bukannya sekadar tetak dan tadah airnya.
Tetapi ia perlu lalui proses yang amat panjang iaitu mengurut batang tadi.
Urut pula menggunakan kaki selama lebih sebulan, kiranya pokok perlu dibelai, dipujuk dan bercakap dengannya.

Risiko serangan
Selepas itu barulah boleh ditetak.
Kemudiannya pengusaha juga perlu berhadapan dengan risiko musang dan tebuan.
Musang akan cakar plastik sampai pecah, tebuan tebuk sampai bocor, itu cabarannya.
Lepas itu ada juga cabaran pencuri, ini paling bahaya, tiada maaf bagimu.

Menurut pakcik ini, pokok nipah yang sesuai dituai antara tiga ke empat tahun.
Barulah proses kematangan untuk menikmati hasil.
Ia boleh ditanam di persisir sungai dan kawasan yang airnya bertakung seperti paya.

Nikmatnya tak terkata
Nak cakap sedap pun tak berapa la, tapi dalam masa tiga hari nie aku dah 32 bungkus beli fengan pakcik nie.

image

Ladang nipah, ada dalam 200 pokok.

image

Dulu nira ditadah menggunakan buluh atau botol tang telah diasapkan.

image

Buah nipah yang belum sesuai dipangkas untuk mendapatkan niranya.

image

Buah nipah yang sedia untuk dipangkas.

image

Pengusaha nira sedang membersihkan dahan yang mengeluarkan nira.

image

image

Semangat, pagi-dah sampai.

image

Kalau berminat, call pakcik nie.

Posted from WordPress for Android

Daging sejuk beku paling murah di Perlis

Kalau nak beli daging sejuk beku di Perlis, pi cari dekat pasar borong Kangar.
Kalau nak harga special sikit, sebut nama ‘palie’ tiga kali.
Insya-ALLAH dapat, sebab kawan aku yang jual.
Selepas beberapa tahun makan gaji kerja sebagai ejen forwarding, Ku Agil (kawan sekolah) buka perniagaan sendiri, kini jual daging sejuk beku.
Kalau nak daging untuk kenduri, katering atau beli untuk sedekah, call Ku Agil – 0194757633.
Alhamdulillah, good luck bro.

image

image

image

Posted from WordPress for Android

JADUAL NAT, PASAR MALAM DAN PASAR TANI DI PERLIS 2015

Ahad
Nat Pauh (Nat Pokok Getah)
Nat Mata Ayer
Nat Behor Lateh
Nat Kuala Perlis
Pasar Malam Titi Chai
Pasar Tani Taman Sena Kangar
Up Town Simpang 4 Syed Kassim
Pasar Malam Balai Baru
Pasar Malam Kaki Bukit

Isnin
Pasar Malam Abi
Nat Tambun Tulang
Nat Balai Baru
Pasar Tani Arau
Pasar Malam Jejawi
Pasar Malam Guar Sanji
Pasar Malam Kuala Sanglang

Selasa
Nat Pekan Simpang 4 Che Kassim
Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit
Pasar Malam Kuala Perlis
Pasar Malam Lubuk Sireh
Pasar Malam Bukit Keteri

Rabu
Nat Balai Baru
Nat Arau
Pasar Malam Kangar (di kawasan Bukit Sami sebelah Mini Putrajaya Perlis)
Pasar Tani Seriab
Pasar Malam Kok Mak
Pasar Malam Tambun Tulang

Khamis
Pasar Malam Anjung Keli
Pasar Malam Pauh
Pasar Malam Titi Chai
Nat Santan
Pasar Tani Pekan Simpang 4
Pasar Malam Taman Melati Indah
Pasar Malam Batu Bertangkup

Jumaat
Pasar Malam Arau
Pasar Malam Titi Tinggi
Nat Behor Lateh
Pasar Malam Pekan Simpang 4 Che Kassim
Nat Pauh(Nat Pokok Getah)
Pasar Malam Ngulang

Sabtu
Nat Balai Baru
Pasar Tani Taman Sena Kangar
Pasar Malam Jejawi
Pasar Malam Semadong

Sumber: Viral WhatsApp

Posted from WordPress for Android

Bila diva Azwan Ali in the house

image

Bos Datuk Abd Jalil Ali juga terjebak.

image

Azwan Ali, sangat diva.

Bila diva in the house, inilah jadinya.
Selalunya office kami sepi, kedengaran hanya keyboard menari-nari kala tengah hari tetapi tidak bagi semalam.
Kehadiran Azwan Ali cukup untuk memeriahkan hening seketika.
Itulah beliau, cukup propa dan ada juga cerita dari hati yang agak jujur.
Dari kisah keluarga, dirinya dan tindak tanduknya akhir ini.
Beliau juga telah lapan kali menunaikan umrah, katanya selepas menunaikan umrah kali terakhir beliau benar-benar berubah.
Azwan Ali juga telah deactive Twitter yang membuatkan beliau lebih tenang.
Kini banyak menggunakan Instagram.
Katanya, berkenaan sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dia tidak dibayar.
Komen abangnya Mohamed Azmin Ali  yang jadi MB Selangor pun dia ada cakap.
Mereka ok, family pun ok.
Macam-macam juga kami sembang, nak tau lagi jangan lupa singgah kat http://www.sinarharian.com.my ya.
Apa-apapun Azwan Ali sudah 27 tahun dalam industri hiburan.

Posted from WordPress for Android

Cik, sakit… kata pegawai polis wanita yang maut dilanggar mat rempit

image

Inspektor Magaret Tagum Goen yang dinaikkan pangkat sebagai ASP.

Benar atau tidak penyebaran WhatsApp ini belum dapat dipastikan, tetapi ia luahan yang agak merobok hati.
Sedih tetapi itu berlaku kepada pegawai polis wanita yang dilanggar mat rempit mengakibatkan beliau maut di Johor.
Selepas beberapa ketika mendapat rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Inspektor Magaret Tagum Goen, 32.
Mati dalam tugas, mungkin dianggap gugurnya seorang wira.
Berikut adalah catatan WhatsApp yang dikatakan ditulis seseorang bernama, ‘Koperal Shaari Trafik’.

Seminit sebelum mendiang ASP Margaret ditimpa kecelakaan, saya sempat bergurau dgn mendiang ditempat operasi.
Masa itu mendiang sedang meninjau dalam parit tepi jalanraya. Saya bertanya, “Puan cari katak ehh” dia jawab “tak adalah cik…saya x makan katak” sambil tu dia cucuk perut saya dgn jarinya.
Saya tanya lagi “abis Puan cari apa” sambil tersenyum beliau menjawab “Cik saya dengar bunyi shit..shit..shit..
Ular kot cik” lepas tu dia berlari lari anak kearah saya sambil menolak bahu saya dan berkata ” Cik nak tau bunyi apa”.
Saya jawab “bunyi apa Puan?”
Dia menjawab “bunyi meter air cik….kena tipu saya,” katanya sambil ketawa dan menepuk-nepuk bahu saya.
Siapa sangka seminit selepas itu orang yang bergurau dengan saya tadi dirempuh oleh sebuah motosikal.
Saya lihat dalam jarak dua meter mendiang melambung ke udara dan berpusing lalu terhempas dalam keadaan terlentang dikaki lima jalan.
Saya terus mendapatkannya.
Saya masih ingat suara halus mendiang berkata “cik sakit cik….kat tangan kiri, pinggang, kaki kiri dan perut saya sakit cik”.
Tak sanggup lagi saya nak cerita bila seorang Pegawai Polis yang baik orangnya terbaring kaku.
Itulah gurauan terakhir mendiang yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila.

Wallahualam…

Posted from WordPress for Android

Sahabat yang tidak diduga

image

Ustaz kena paksa wefie, kanan sekali dari Bangkok, belum boleh cakap Melayu.

Siang tadi terima panggilan Ustaz Sal Kb Dl (Faison) yang kini sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir mengatakan nak minta masa aku 20 minit kerana tidak mahu ganggu aku sedang bekerja.

image

Ustaz Faison

Katanya sudah berada di depan tempat kerja saya di Sinar Harian.
Beliau datang ke Shah Alam semata-mata nak meraikan persahabatan kami yang bermula perkenalan kami di pondok Da’la, Patani, Thailand pada 2009.
Ketika itu kami bersama En Yunus Awang Mohamad dan Sir  Kultawat Vaijai dalam projek Task Force 2010 (Malaysia) dan Task Force 970 (Thailand).

image

Ustaz Faison (kanan) menunjukkan kesan tembakan pemberontak di pondoknya.

Lawatan dilakukan bagi meninjau kesan serangan pemberontak di Selatan Thailand.
Nak dijadikan rezeki beliau, bapa mentuanya yang juga pengasas pondok tradisional berkenaan telah mengarahkan dia menyambung pelajaran lebih tinggi kerana tuntutan kerajaan Thailand mahu pengendali sekolah pondok mempunyai kelayakan akademik.
Apa boleh buat katanya, kalau sudah arahan tok guru, ketika itu berat hatinya untuk ke bumi ambia bagi menuntut ilmu kerana ketika itu baru mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun digagahkan jua.
Alhamdulillah setahun sudah berlalu, hubungan kami menerusi email sahaja, tak sangka kad yang diberikan kepadanya disimpan erat.
Selepas kali pertama bertemu, beliau ada menghubungi mengatakan pondoknya memerlukan sedikit dana bagi membeli kitab lama.
Alhamdulillah dipermudahkan, dengan bantuan abang Ahmad Bin Sa’abun, sedikit dana diperoleh bagi meringankan mereka, cuma pemilik berkenaan tidak mahu namanya disebut, tetapi meminta untuk mendoakan dia dipermudahkan urusannya.

image

Geng ustaz dan baru nak start.

Sebelum ini ustaz juga pernah turun Shah Alam dan hubungi aku.
Terima kasih Ustaz dengan persahabatan yang dijalinkan ini, semoga ustaz dipermudahkan dalam segala urusan.
Esok beliau dan rombongan sudah nak balik Patani, Thailand.

Posted from WordPress for Android