Cik, sakit… kata pegawai polis wanita yang maut dilanggar mat rempit

image

Inspektor Magaret Tagum Goen yang dinaikkan pangkat sebagai ASP.

Benar atau tidak penyebaran WhatsApp ini belum dapat dipastikan, tetapi ia luahan yang agak merobok hati.
Sedih tetapi itu berlaku kepada pegawai polis wanita yang dilanggar mat rempit mengakibatkan beliau maut di Johor.
Selepas beberapa ketika mendapat rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Inspektor Magaret Tagum Goen, 32.
Mati dalam tugas, mungkin dianggap gugurnya seorang wira.
Berikut adalah catatan WhatsApp yang dikatakan ditulis seseorang bernama, ‘Koperal Shaari Trafik’.

Seminit sebelum mendiang ASP Margaret ditimpa kecelakaan, saya sempat bergurau dgn mendiang ditempat operasi.
Masa itu mendiang sedang meninjau dalam parit tepi jalanraya. Saya bertanya, “Puan cari katak ehh” dia jawab “tak adalah cik…saya x makan katak” sambil tu dia cucuk perut saya dgn jarinya.
Saya tanya lagi “abis Puan cari apa” sambil tersenyum beliau menjawab “Cik saya dengar bunyi shit..shit..shit..
Ular kot cik” lepas tu dia berlari lari anak kearah saya sambil menolak bahu saya dan berkata ” Cik nak tau bunyi apa”.
Saya jawab “bunyi apa Puan?”
Dia menjawab “bunyi meter air cik….kena tipu saya,” katanya sambil ketawa dan menepuk-nepuk bahu saya.
Siapa sangka seminit selepas itu orang yang bergurau dengan saya tadi dirempuh oleh sebuah motosikal.
Saya lihat dalam jarak dua meter mendiang melambung ke udara dan berpusing lalu terhempas dalam keadaan terlentang dikaki lima jalan.
Saya terus mendapatkannya.
Saya masih ingat suara halus mendiang berkata “cik sakit cik….kat tangan kiri, pinggang, kaki kiri dan perut saya sakit cik”.
Tak sanggup lagi saya nak cerita bila seorang Pegawai Polis yang baik orangnya terbaring kaku.
Itulah gurauan terakhir mendiang yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila.

Wallahualam…

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s