Nira nipah, terbaik dalam Perlis

Nira nipah!
Kalau belum pernah rasa, baik mencubanya, kalau tidak anda akan menyesal.
Cuma ia agak manis sikit.
Nira nie ada dua jenis, kalau diasapkan baunya agak high sikit, kalau dalam plastik, ok lah.
Ikut anda nak cuba yang mana.
Lagi sedap minum ketika sejuk beku.
Aku memang rekmen pakcik nie, kalau korang nak cuba call dia, no ini – 049769897.

Ambil masa lama
Proses penuaian nira bukan mudah, kadang kala dijual sebungkus RM3 seperti tidak berbaloi.
Lokasinya di Bohor Temak Perlis.
Bukan apa, sehari menadah airnya seperti plastik kat bawah, untuk mendapatkan 1/2 liter pun susah sebenarnya.
Hanya warga emas mampu hadap bisnes sebegini.
Untung sikit, sabar kena tinggi.
Itu kisahnya.
Ini tak kira cara menjaga dan menuai, kerana semua tangkai yang berbuah bukannya sekadar tetak dan tadah airnya.
Tetapi ia perlu lalui proses yang amat panjang iaitu mengurut batang tadi.
Urut pula menggunakan kaki selama lebih sebulan, kiranya pokok perlu dibelai, dipujuk dan bercakap dengannya.

Risiko serangan
Selepas itu barulah boleh ditetak.
Kemudiannya pengusaha juga perlu berhadapan dengan risiko musang dan tebuan.
Musang akan cakar plastik sampai pecah, tebuan tebuk sampai bocor, itu cabarannya.
Lepas itu ada juga cabaran pencuri, ini paling bahaya, tiada maaf bagimu.

Menurut pakcik ini, pokok nipah yang sesuai dituai antara tiga ke empat tahun.
Barulah proses kematangan untuk menikmati hasil.
Ia boleh ditanam di persisir sungai dan kawasan yang airnya bertakung seperti paya.

Nikmatnya tak terkata
Nak cakap sedap pun tak berapa la, tapi dalam masa tiga hari nie aku dah 32 bungkus beli fengan pakcik nie.

image

Ladang nipah, ada dalam 200 pokok.

image

Dulu nira ditadah menggunakan buluh atau botol tang telah diasapkan.

image

Buah nipah yang belum sesuai dipangkas untuk mendapatkan niranya.

image

Buah nipah yang sedia untuk dipangkas.

image

Pengusaha nira sedang membersihkan dahan yang mengeluarkan nira.

image

image

Semangat, pagi-dah sampai.

image

Kalau berminat, call pakcik nie.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

2 thoughts on “Nira nipah, terbaik dalam Perlis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s