Kita ikat sampai mati ya…

image

Shahril Mahmood, cikgu MRSM.

image

Dzofeer (kiri) dan Jan, pengusaha bundle.

image

Lalaa, black maria kat belakang.

Dok pikiaq-pikiaq, rupanya dah hampir 10 tahun tak main bola sepak padang.
Kini kami sedang mencari syarikat korporat untuk menaja saya.
Segala pembayaran elaun dan gaji boleh bincang lagi.
Antara rakan sepasukan dan lawan kami ketika di tengah padang, kami bertemu petang semalam.

###

Kompleks Mahkamah Sg Petani menjadi saksi kami bergelak, menangis, senyum, sebak, duka.
Walau tembok batu, jeriji besi jadi pemisah.
Bukan penghalang persahabatan kami.
Mungkin mati menjadi saksi yang bersemadi.

### Tali persahabatan yang kita ikat sampai mati.

Posted from WordPress for Android

Apa salah aku dihukum begini!

image

Honda Wave 125 ini digunakan sepanjang tiga tahun sebelum beli kereta.

Hari ini aku ke pejabat naik motosikal kapchai Wave 125 sebab ada kursus dua hari.
Jalan jem, kebiasaannya perjalanan 20 minit boleh membawa kepada sejam.
Masa nak balik tadi hujan lebat, jadi aku singgah di Hayaki Seksyen 13, Shah Alam.
Dekat dua jam juga tersangkut, nak balik tak boleh.
Hampir dua jam itu, mujurlah ada kawan hantar plastik untuk isi beg dan kasut kulit.
Kalau bukan kerana kasut, aku redah.
Nak jadi cerita aku buka kasut dan ambik moto yang diparking.
Sebaik tarik ja moto, alamak tayar depan boyor.
Ya ALLAH, ujian apa ini.
Dengan berkaki ayam dan tayar depan bocor aku redah juga menunggang motosikal hampir 7km.
Syukur selamat.
Masa paling mencabar apabila traffic light merah.
Erk,… pelan-pelan aku tarik visor tutup muka…
Malu…
Tapi ini mencabar, teringat selepas tiga tahun kerja baru aku beli kereta.

Posted from WordPress for Android

Anak Tan Sri jual kek saja…

image

Anak Tan Sri jual kek saja…

Kawan saya anak seorang Tan Sri, baru pencen beberapa tahun.
Tapi bukan itu premis cerita, sebaliknya sikap boleh dikatakan zuhud dan rendah diri mereka.
Ketika pernah menjawat jawatan ketua satu agensi kerajaan yang diibarat petik saja, semua boleh dapat dengan kuasanya.
Pernah sekali saya ikut dia ke pejabat ayahnya, dia ikut peraturan parking di luar dan jalan kaki hampir 500 meter sebab arahan tak kasi kenderaan awam masuk.
Lepas tu dia juga tinggal hpnya di pondok pengawal, sedangkan ayahnya ketua agensi itu.
Saya tanya, kenapa tak jual nama ayah hang? (dalam hati, aku malas jalan).
Dia senyum saja, kami sama-sama berjalan naik tingkat paling tinggi.
Dalam level sama pej ayahnya ada juga pejabat menteri.
Dia pernah berazam menukar kereta (dia memang mampu), ayahnya melarang, elak membazir dan guna kereta apa yang ada, tak salah saya dia ada Perdana V6 (dibeli dari Spanco, pegawai kerajaan pencen ditawarkan membeli kereta), Proton BLM dan Proton Saga saja.
Tak ada Jaguar, tak ada, Mercedes mahupun BMW.
Setakat aku tahu kereta yang dibelinya.
Namun semua itu dia tidak pernah kecewa, sebaliknya menjadi batu loncatan kerjaya dan keluar dari kelompok selesa.
Akhirnya dia berhenti makan gaji dan memulakan perniagaan sendiri.
Bermula secara kecilan dia menjual kek kukus, car boot sale dan bidang kecantikan wanita (diuruskan isterinya).
Alhamdulillah berkat usahanya, kek kukus dia juga telah masuk pasaran Petronas dan musim perayaan memang dia tak menang tangan.
Sungguhpun bergelar Tan Sri, Tan Sri ini tidak malu untuk melihat anaknya berniaga kek kukus, malahan sentiasa memberikan sokongan berterusan kepada si anak.
Katanya kepada aku, “palie, aku amat bersyukur ayah aku sokong usaha aku dan aku hanya minta dia doakan apa yang aku buat berjaya”.
Kalau sesiapa teringin keknya, boleh beli menerusi FB Hana HumaiSarah atau Amsyari Ismail – 012 3648740

Posted from WordPress for Android