Anak Tan Sri jual kek saja…

image

Anak Tan Sri jual kek saja…

Kawan saya anak seorang Tan Sri, baru pencen beberapa tahun.
Tapi bukan itu premis cerita, sebaliknya sikap boleh dikatakan zuhud dan rendah diri mereka.
Ketika pernah menjawat jawatan ketua satu agensi kerajaan yang diibarat petik saja, semua boleh dapat dengan kuasanya.
Pernah sekali saya ikut dia ke pejabat ayahnya, dia ikut peraturan parking di luar dan jalan kaki hampir 500 meter sebab arahan tak kasi kenderaan awam masuk.
Lepas tu dia juga tinggal hpnya di pondok pengawal, sedangkan ayahnya ketua agensi itu.
Saya tanya, kenapa tak jual nama ayah hang? (dalam hati, aku malas jalan).
Dia senyum saja, kami sama-sama berjalan naik tingkat paling tinggi.
Dalam level sama pej ayahnya ada juga pejabat menteri.
Dia pernah berazam menukar kereta (dia memang mampu), ayahnya melarang, elak membazir dan guna kereta apa yang ada, tak salah saya dia ada Perdana V6 (dibeli dari Spanco, pegawai kerajaan pencen ditawarkan membeli kereta), Proton BLM dan Proton Saga saja.
Tak ada Jaguar, tak ada, Mercedes mahupun BMW.
Setakat aku tahu kereta yang dibelinya.
Namun semua itu dia tidak pernah kecewa, sebaliknya menjadi batu loncatan kerjaya dan keluar dari kelompok selesa.
Akhirnya dia berhenti makan gaji dan memulakan perniagaan sendiri.
Bermula secara kecilan dia menjual kek kukus, car boot sale dan bidang kecantikan wanita (diuruskan isterinya).
Alhamdulillah berkat usahanya, kek kukus dia juga telah masuk pasaran Petronas dan musim perayaan memang dia tak menang tangan.
Sungguhpun bergelar Tan Sri, Tan Sri ini tidak malu untuk melihat anaknya berniaga kek kukus, malahan sentiasa memberikan sokongan berterusan kepada si anak.
Katanya kepada aku, “palie, aku amat bersyukur ayah aku sokong usaha aku dan aku hanya minta dia doakan apa yang aku buat berjaya”.
Kalau sesiapa teringin keknya, boleh beli menerusi FB Hana HumaiSarah atau Amsyari Ismail – 012 3648740

Posted from WordPress for Android

Advertisements

One thought on “Anak Tan Sri jual kek saja…

  1. Pingback: Jumpa anak anak Tan Sri yang jual kek | Mycerita@here

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s