Ingat SPRM bukannya maksum pun

Sebelum baca, lapangkan hati dari nafsu amarah, betulkan kalau saya salah

Paluan berundur

Paluan berundur

BETUL kita marah tamat kontrak KP SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; persaraan wajib TKP SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull dan TKP, Datuk Mustafar Ali serentak yang kononnya berkaitan dengan isu semasa negara.

Tetapi kena ingat setiap yang berjawatan akan habis, akan pergi.

AK - Abu Kassim, beliau seorang peminat badminton. Ajak saja bila nak lawan, pasti on.

AK – Abu Kassim, beliau seorang peminat badminton. Ajak saja bila nak lawan, pasti on.

Melihat kepada situasi AK, beliau membawa nama negara ke sebagai pakar jemputan International Anti-Corruption Academy (IACA) di Universiti Pencegahan Rasuah di Austria, di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Dalam masa sama, AK juga masih penjawat awam yang akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai pensyarah, penyelidik serta memberi khidmat rundingan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau juga masih pegawai SPRM yang mempunyai kad kuasa selaku penguatkuasa.

Untuk pengetahuan kita semua, jawatan KP SPRM adalah sama dengan jawatan KP agensi lain iaitu, ‘open post’ yang boleh diisi dengan mana-mana Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

Merujuk kes Shukri pula, sejak mengenalinya dengan akrab sejak lima tahun lalu, hari pertama lagi dia menyuarakan hasrat untuk bersara pada umur 56, katalah apapun kepadanya, nasihatlah bagaimanapun, dia tau, “cukup umur 56 tahun, saya nak pencen dah,” saya dah penat.

Masa itu 1MDB punya bayang pun tidak nampak lagi.

Shukri Abdull - Balik kampung berkopiah agar orang tak kenai.

Shukri Abdull – Balik kampung berkopiah agar orang tak kenai.

Berbalik kepada Mustafar, perpindahannya perlu dilihat secara positif dalam konteks hari ini.

Kesungguhan kerajaan dan SPRM sendiri membenarkan pegawai kanannya ditempatkan di GLC sebagai pegawai intergriti, ini juga adalah perkara hampir sama di apply kepada Mustafar, mungkin menjadi isu kerana pada masa ini dan SPRM terkena tempias sebab menyiasat SRC International dan beberapa kes berkaitan 1MDB.

Mustafar Ali, kiri sekali. Gambar bersama beliau tak jumpa pulak.

Mustafar Ali, kiri sekali. Gambar bersama beliau tak jumpa pulak.

AK dalam ucapannya pun berbangga dengan pencapaian SPRM dan mengiktiraf badan itu dengan mengambil pegawainya bagi mengetuai agensi lain.

Ketika bersembang dengan beberapa pengarah yang rapat dengan aku dalam SPRM semalam, mereka pun berpegang dengan kata-kata AK, jangan terlalu emosi, pemimpin datang dan pergi.

Sampai masa tetap pergi, tidak kira bagaimana.

Bantu pemimpin baru, kerana kalau diserang bukan pemimpin seorang tetapi satu agensi akan terpalit.

Jauh sekali AK atau mana-mana mereka memburukkan pengganti mereka.

NOTAK KAKI: Ingat mereka bertiga dan SPRM bukan maksum, tetapi sedang berusaha memperbaiki sistem negara mengikut acuan Perlembagaan. Kita jangan terlalu taksub hingga jatuh fitnah, dosa kering nanti.

Advertisements

Kami buang jauh-jauh pangkat, jawatan


Aku dan Nisha, kini ada bengkel kereta.

Masih ingatkah saat kita bersama dahulu,

Mengikat tali persahabatan dengan begitu erat..

Yang mungkin tak seorang pun bisa melepasnya,

Untuk memisahkan kita semua.

Namun detik demi detik kian berlalu,

Semua telah hilang di telan zaman,

Bagaikan dedaunan yang terurai tanah,

Yang tak bisa kembali seperti semula.

Saat hati ini teringat pada kalian,

Saat itu pula air mata ini keluar menetes,

Saat mata ini melihat semua kenangan,

Saat itu pula ku ingin bersama kalian.

Apakah kita masih mampu bersama..?

Bercanda dan tertawa seperti dahulu lagi?

Namun, apakah itu hanya sebatas angin yang kian berlalu?

Cuma waktu yang bisa menjawab itu semua… 

Tajuk: Waktu yang kan menjawab

Nukilan: Alyan Altra

Ada bawak anak, suami dan isteri.

Sebagaimana bait-bait diatas, Aidilfitri ketiga tanpa dirancang kami bersemuka.

Ada antara kami hampir 10 tahun tidak bersemuka, menegur sapa.

Namun, naluri persahabatan membuatkan pertemuan tidak dirancang berlaku.

Ya tidak dirancang, hanya 3 jam sebelum pertemuan, alhamdulillah.

Kami pernah bergaduh, 

Kami pernah berebut bas, 

Kami pernah tidak bertegur sapa,

Kami juga tidak pernah terfikir untuk bersama selepas 10 tahun.

Ada yang lebih jika meningalkan sekolah selepas tingkatan 3.

Semua kami dilahirkan 1984.

Pelbagai suka duka, kejayaan, kejatuhan kesengsaraan kami berkongsi dan kisah hitam.

Bukan bertujuan menunjukkan hang lebih, dia kurang.


Kami buang jawatan, buang pangkat, buang darjat, 

Matlamat kami hanya untuk duduk semeja bincang apa yang kami boleh lakukan untuk kami semua.

Siapa kita hari ini tidak penting, tetapi siapa kita pada masa depan.

Waima hari ini aku mempunyai majikan, masa depan belum tau.

Ada antara kami sudah mempunyai perniagaan sendiri, bengkel kereta.

Ada juga yang sedang memulakan perniagaan hister,

Dan ada yang memilih untuk menjadi suri rumah.

Tujuan kami untuk berkongsi, mungkin satu hari nanti kita memerlukan antara lain.

Kami tetapi kami yang dikenali 10 tahun lalu.

Ada antara yang kenal ketika sekolah rendah, bayangkan hubungan kami?

Lebih 20 tahun, ya lebih 20 tahun.

ALLAH pelihara hubungan kami.

Nota kaki: Takziah Munirah sekembalinya suami ke rahmatullah.