Kerana kau SAHABAT…

Dari kiri: Sufi, Aku, Jan dan Shahril...

Dari kiri: Sufi, Aku, Jan dan Shahril…

Ia sebuah perjalanan yang panjang,
Terjadi dari dalam hati yang sangat dalam,
Seperti akar tunjang yang menusuk bumi,
Dibadai ombak mahupun ribut ia tidak tumbang.

Ia hadir tanpa paksa,
Tetapi dipasak padu antara kami,
Kami berkumpul untuk semangat kamu,
Untuk perjuangan kamu.

Seluas langit dan bumi doa kami,
Agar tidak sesekali kamu gugur dalam perjuangan ini,
Insya-ALLAH, kita bersolidariti,
Terus memberikan sokongan untuk sebuah perjalanan…

Kerana kau SAHABAT…

Nota: Abaikan dengan baju feveret itu.