Laksa paling best dan sedap di Perlis – Kak Su Laksa

Laksa Kak Su yang dihidangkan. – pic Internet

LAKSA UTARA memang menu amat polular di Perlis, boleh diklasifikasikan sebagai makanan utama negeri itu.

Oleh kerana keenakkannya, laksa utara begitu mahsyur sekali bertebaran di seluruh Malaysia. 

Bagaimanapun ada juga laksa Sarawak, laksa johor, laksa siam dan laksa belut. 

Untuk tempahan call la sendiri.

Bagi anda yang berkunjung ke Perlis, singgahlah di restoran Kak Su Laksa dengan tag line ‘laksa beras asli dan segar.

Kedainya terletak di Pekan Kuala Perlis, berdekatan dengan jeti feri ke Pulau Langkawi.

Harga laksa.

Hanya kira-kira 3km sahaja, kiranya kalau jalan kaki dari jeti tak sempat berpeluh la.

Kalau tak jumpa kedai, tanya saja orang tempatan, kat mana ‘Laksa Kak Su’ mesti orang tau.

Menu dijual

Selain laksa, menu utama yang dijual kedai kak su adalah pulut udang dan kuih spera, iaitu macam karipap cuma intinya kelapa goreng persis isi cucur badak.

Laksa biasa dijual RM4 semangkuk, kalau luar biasa, atau special RM5. 

Tapi tak tau apa bezanya special dengan biasa, semalam tak sempat tanya sebab orang ramai kat kedai dia.

Pulut udang dan spera pula dia jual 5 kupang (50 sen) sebiji.

Jual sekilo

Pernah tak anda terdengar laksa ikan sekoq (seekor), kat sini dia tak jual laksa ikan sekoq tetapi bagi nak bungkus dia tanya nak brapa kilo?

Mulanya kami ingatkan pelayan bergurau, rupanya betul.

Untuk tapau (bungkus) Laksa Kak Su dijual RM12 sekilo, laksa, kuah dan ulam sahaja.

Telur dijual berasingan atau boleh rebus sendiri kat rumah.

Kalau bawak balik, sekilo tu boleh la makan enam orang.

Cuma bagi aku bukan peminat laksa, aku memang tak makan semalam.

Aku rembat pulut udang saja, sempat lah merasa 10 biji pulut udang.

Pulut udang.

Sambal dia memang superb tapi pulutnya kurang padat.

Barangkali beras pulut mahal kot.

Kalau nak comparekan pulut udang arwah Pak Harun Padang Besar, memang jauh kena tinggal la.

Lokasi

Bahagian luar kedai.

Kedai ini terkedalam sikit, belakang Maybank Kuala Perlis, tapi jangan risau Waze dan Google Maps ada.

Bahagian dalam kedai.

Depan simpang nak masuk pun ada signboard dia.

Bahagian dalam kedai.

Alamatnya, Kak Su Laksa, No 97, Jalan Siakap 1, 02000 Kuala Perlis, Perlis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s