Di Perlis kalau kenduri kahwin kena ada syarikat, baru jimat…


Gambar hiasan

BARANGKALI lagi lima tahun kita tidak akan merasai nikmat gotong-royong persiapan kenduri kahwin.

Ada tempat panggil kerja kahwin, dan ada juga kata rewang, tapi semuanya adalah bertujuan melakukan persiapan untuk kerja kahwin keesokkannya.

Kalau di Kuala Lumpur, kebanyakan kita telah menggunakan khidmat ketering, bukan apa lebih mudah kerana hanya bayar dan makanan disajikan dengan baik, kadang kala siap di serve sekali.

Cuma kalau bajet kita kurang selalunya kita akan pilih konsep buffet, itupun selalunya di KL, harga dah mencecah RM13 paling murah untuk sekepala.

Namum apakan daya, itulah hakikat kehidupan hari ini. Semuanya kena bayar, ya lah di KL orang terlalu sibuk, macam kat Jepun.

Semua nak cepat dan kerja keras setiap masa, jadi orang-orang untuk membantu kenduri kendara makin susah.

Tapi bukan itu aku nak ceritakan, sebenarnya aku nak share hal rewang kat kampung.

Makan buffet

Makan buffet

Sebenarnya nikmat kenduri di kampung adalah makan berhidang, kalau dulu meja akan susun panjang macam kantin sekolah kita dulu.

Tapi tak tau lah klu kantin korang memang duduk meja bulat atau berempat.

Lepas itu, kita akan makan berhidang, cukup saja orang, bentara (pelayan dari kalangan orang kampung) akan bawa nasi dalam satu mangkuk besar yang ditutup dengan empat pinggan nasi lain.

Paling best, bila lauk habis akan ada orang bawa baldi kecil untuk tambah, kadang-kala sampai kena halang tambah lauk kerana nak elakkan pembaziran.

Tapi kini, budaya itu dah berakhir. Kebanyakan kampung-kampung pun dah amalkan buffet, bukan apa orang muda yang nak jadi bentara pun dah bekerja luar jadi tenaga kerja pun dah tak ada.

Kena ada syarikat

Saya menulis ini merujuk kisah kampung saya, Kampung Padang Asam, Bukit Keteri, Perlis.

Actually, semua kampung di Perlis ini lebih kurang sama konsepnya.

Setiap penduduk kampung atau kawasan perumahan selalunya perlu sertai ‘syarikat kenduri’. 

Bunyi pelik, tapi syarikat ini tidak perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat ini lebih kurang macam persatuan penduduk la, tapi dia hanya mengurus hal ehwal kenduri.

Selalunya syarikat ini akan di lead oleh JKKK atau ketua kampung.

Selalunya yurannya hanya setahun sekali dan anda akan ditawarkan kemudahan pinggan mangkuk, periuk belangan, khemah, kerusi pendek kata, semua alatan kenduri.

Gotong-royong potong daging.

Jadi kos kenduri akan berkurangan, paling best semuanya akan dilakukan secara gotong-royong dengan ahli syarikat tadi.

Mesyuarat syarikat

Sebelum itu, selalunya sebulan sebelum kenduri akan ada satu mesyuarat pembahagian tugas.

Semestinya tukang masak tugas paling mencabar kerana seharian bermain api dan panas.

Tidak kurang juga tanggung jawab tukang masak nasi kerana team lain akan masak nasi dan team lain masak lauk.

Tukang masak lauk paling berat, sebab tugas dia bermula dari sehari sebelum kenduri. 

Malam tu dia dah mula mengelapai pasukannya, ketua tukang masak ini dipanggil ‘pengawas’.

Sebelum kerja tukang masak bermula, aktiviti lain dah bermula seperti potong daging dan cuci.

Goreng apa patut seperti ayam, pemati rempah dan sebagainya.

Paling rare, (tapi bukan di kampung aku lah) kadang kala mereka ini juga berdendam kalau time kenduri mereka kita tak datang tolong, alamat nanti standby anak beranak la buat kerja kat kenduri orang tu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s