#TubeStay Jugra, tidur dalam ‘kok’

whatsapp-image-2017-01-18-at-20-18-10SEPANJANG umur la nie, langsung tak pernah terfikir nak tidur dalam ‘kok’,  ya lah masa budak-budak dulu benda alah tu jadi tempat persembunyian masa main perang.

Itu pun kalau ada lori tinggalkan depan rumah sementara nak perbaiki longkang.

whatsapp-image-2017-01-18-at-20-18-08

Ataupun tempat cari ikan haruan bila air kering.

whatsapp-image-2017-01-18-at-20-18-09-1

Tapi beberapa hari lalu berpeluang tidur dalam kok, tapi nama moden sikit adalah TUBE yang dikendalikan beberapa anak muda.

whatsapp-image-2017-01-18-at-20-18-11

Depa bagi nama #TubeStay di Jugra, lokasi betul-betul depan kaki Bukit Jugra tempat orang dok terbang pakai paragliding  tu.

Hanya RM120 semalam tidur dalam tube tu.

Kira ok la, ada air cond semuanya. Cuma toilet tempat mandi diluar.

15977142_1656357021324866_418381049169307944_nSesuai lah untuk kegunaan geng backpackers.

Tempat solat pun di luar, tapi cukup selesa.

Menurut Facebook TubeStay atau website #TubeStay, mereka juga tawarkan aktiviti Fun Trike RM30/person dan Paragliding RM200/person, bagi mereka yang berani sahaja lah.

whatsapp-image-2017-01-16-at-23-20-14

whatsapp-image-2017-01-18-at-20-18-10-1

whatsapp-image-2017-01-18-at-20-17-57
whatsapp-image-2017-01-18-at-20-18-07

whatsapp-image-2017-01-18-at-20-18-09

Part 1: Bagaimana buat visa India

indi-mmap-md.png

Namaste India

JIKA anda nak bercuti ke India, jangan lupa anda kena apply visa. Kerana ia merupakan perkara wajib selain tiket penerbangan.
Visa hendaklah di isi online menerusi https://indianvisaonline.gov.in/visa/index.html jangan dok pi tempat lain.
Kemudiannya lepas ini online make sure kena print borang permohonan itu, kalau tak reti boleh terus ke alamat di bawah, cuma kena charge RM20 untuk tukang key in data.
Kemudiannya pastikan bawa dokumen seperti berikut:
1. Pasport
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan tiket penerbangan
4. Iternary lengkap dengan hotel penginapan sebab pada visa dia nak tulis tempat tidur kita
5. USD48 untuk fi proses, kalau ringgit jatuh, mahal sikit.
6. Dua keping gambar latar putih, saiz 2 x 2.

Setakat ini , dekat Malaysia ini hanya ada tiga tempat sahaja mengendalikan visa iaitu:
1. KUALA LUMPUR
Pusat Global Visa India IVS, G -01, Bangunan Straits Trading, No 2, Lebuh Pasar Besar , 50050 Kuala Lumpur.
2. PULAU PINANG
Pusat Global India Visa IVS, No 105, Lebuh Chulia , 10200 Pulau Pinang.
3. JOHOR
Pusat Global India Visa IVS, Unit M-03, Mezz Floor (Ground Floor) Menara Tjb, No 9, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru, Johor.
Dalam masa tiga hari anda dah boleh collect visa berkenaan antara jam 4 petang hingga 5.30 petang.

Kos
1. Visa – RM190
2. Upah – RM20