Acik Ngaiman pernah terlibat Ops Tentera Merah

ACIK Ngaiman – Dia nie ex Unit Tindakan Khas (UTK) yang pernah terlibat dengan Ops Tentera Merah menawan Bangunan AIA Kuala Lumpur.

Tragedi pada 4 Ogos 1975 itu telah melonjak nama UTK sebagai unit elit PDRM apabila berjaya merampas kembali bangunan itu dalam drama tebusan selama 79 jam itu.

Sekaligus menumpaskan 10 anggota Tentera Mera Jepun (JRA) yang menahan 53 orang di dalamnya.

Ketika itu, terdapat Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden dalam bangunan berkenaan yang menjadi sasaran utama.

Punca berlakunya tawanan berkenaan adalah JRA menuntut Jepun membebaskan lima pemimpinnya yang dipenjarakan di Jepun dan Sweden.

Seorang timbalan menteri dan seorang KSU dicagarkan untuk mengiringi JRA membawa kepada pembebasan pemimpin mereka.

Insiden berkenaan berakhir tanpa pertumpahan darah.

Menariknya Cik Ngaiman nie bukan apa, sejak aku kenalinya lebih 15 tahun lalu, dia tidak pernah berhenti boleh dikatakan setiap petang.

Masa sekolah rendah dulu, dengan dia lah kami joging bermula lepas Subuh dan sebelah petang.

Ini antara aktiviti kami dengan Cik Ngaiman, masa tu dia OCS Balai Polis Padang Besar.

Tapi korang tau lah kan macam mana joging dengan ex UTK, memang tak reti penat.

La nie Cik Ngaiman dah pencen, jawatan terakhirnya adalah OCS Balai Polis Arau dengan pangkat Sub Inspektor.

Kedai tengah-tengah di medan selera menuju Kolej Matrikulasi, Arau.

Lepas pencen, Cik Ngaiman tak mau balik kampung asalnya di Johor, Cik Ngaiman dan isterinya, Acik Aisyah berniaga nasi ayam dan soto Johor kat Arau.
Memang sedap makanan kedai dia, aku pernah try Disember lalu.

Kalau korang tak caya, pi rasa sendiri…

Satu lagi, kenangan paling best adalah, KAMI semua macam adik beradik sangat, semua masalah diselesaikan bersama.

FZ: Salah satu telinga Cik Ngaiman dah tak brapa dengar sebab latihan menembak semasa UTK.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s