Part 2: Cabaran lapan hari ke India, doakan kami

Bersedia nak berlepas dah.

LANGSUNG tidak pernah terfikir dengan keputusan yang dibuat pagi ini, di mana kami akan backpacks ke India dengan perjalanan menggunakan AirAsia AK11, 0605hrs dari KLIA menuju ke Chennai.Semua ini bermula Julai lalu apabila idea gila Bob Rawi memberikan cadangan ketika sedang meninjau tiket yang bersesuaian untuk bercuti.

Dan yang bestnya aku terus setuju tanpa fikir panjang, aku ajak sekali teman percutian kami iaitu Shanty dan Shamsul.

Baju tempah khas nak bagi seragam.

Yang best, depa pun menyahut ajakkan aku, dari sini lah episod perjalanan kami bermula.
Cuma seperti biasa, pakar R&D kami adalah Bob, Shanty dan Shamsul, aku penumpang yang setia saja ya.

Chennai yang mengambil masa hampir 3 jam 40 minit bakal melintasi Laut Andaman dan Teluk Benggal, doakan kami dipermudahkan.

Ketika di India, kami akan menggunakan jalan udara kerana hanya ada masa lapan hari untuk berada di negara Mahatma Ghandi.

Bermula dengan Chennai, kami akan terbang ke New Delhi dan bertukar pesawat untuk ke Srinagar. Untuk beberapa hari di Srinagar dan Kashmir semestinya tarikan kami ke Pahalgam, Sonamarg, Dal Lake dan tidur kami kemungkinan besar di house boat.

Kemudiannya akan kembali ke New Delhi untuk berehat semalaman dan ambil backpackers hotel.

Kami belum fikirkan lokasi shopping lagi, sebab mak kat kampung dan sound, jangan membazir sebab kata mak percutian bajet.

whatsapp-image-2017-02-12-at-18-47-19

Kali ini duit kena bajet betul-betul, sebab backpack tak stay kat hotel.

Dari New Delhi, kami akan menggunakan train menuju ke Agra dan Jaipur sebelum kembali ke New Delhi untuk balik ke KLIA2.

Taj Mahal tunggu aku datang ya, huhu…

Aku harap semangat aku tinggi kali ini, sebab ber backpackers di India nie bukannya mudah, mencabar sebenarnya.

Dengan pelbagai ubat sampingan juga kami bawa sekali, risau weh.

whatsapp-image-2017-02-12-at-18-47-19-1

Kadar tukaran 6.75

Ketika kami tukar duit, kadar tukarannya adalah 6.75, sorry la aku pun tak reti, semua Shanty yang uruskan.

Doakan kami selamat pergi dan balik ya….

ARTIKEL BERKAITAN:

Part 1: Bagaimana buat visa India

Advertisements

One thought on “Part 2: Cabaran lapan hari ke India, doakan kami

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s