Siapa Penulis

20131109_084121Penulis merupakan budak kampung yang dibesarkan di Padang Besar, Perlis.
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Besar (U), Perlis pada 1991-1996, kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit, Perlis dari 1997-1999, sehingga tingkatan 3.
Dia kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang teknikal pada tahun 2000-2001 di Sekolah Menengah Teknik Kangar, Perlis dalam jurusan kejuruteraan elektrik. Dua tahun tinggal di asrama, ketika itu adalah saat perpisahan anak manja dengan keluarga. Kehidupan berdikari bermula.
Oleh kerana keputusan SPM nya kurang baik dalam bidang kejuruteraan atau teknikal, dia kembali ke sekolah asalnya memasuki tingkatan 6, pada 2002-2003 mengikuti kelas sains sosial.
Alhamdulillah, mendapat 4P dalam STPM dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia.
UPM, 2004-2007 dia melanjutkan pelajaran dalam Bacelor Komunikasi atau Ijazah Sarjana Muda Komunikasi.
Sekali lagi bersyukur kepada ALLAH, berjaya menamatkan pengajian dan konvokesyen pada 28 Ogos 2006. Dia bukan budak pandai, hanya berjaya mendapat ‘Kelas Kedua Atas’ sahaja. Itu cukup menggembirakan dan hadiah fasa pertama buat mak dan abah.
Pengembaraan bermula menjadi seorang anak  bujang juga bermula saat ini.
16 Julai 2007 – secara rasminya menjadi warga Sinar Harian, terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Interview ketiga dan yang pertama menawarkan pekerjaan.
Bermula dengan wartawan meja jenayah, penolong ketua meja jenayah, ketua meja jenayah, ketua meja nasional dan ketua wartawan….. kini menjadi penolong editor Sinar Harian edisi Utara.
Pernah menjalani praktikal bersama akhbar Utusan Malaysia – 2006.
Perantauan meninggalkan kampung juga sudah menghampiri 10 tahun.

Aku tetap aku, Usaha Doa Tawakal
15 Disember 2013

Advertisements

36 thoughts on “Siapa Penulis

  1. hye,

    pe kaba? lame x dgr cite psl ko…last skali jmpe pn ms jamuan raye qkb ari 2 la..2 pn x smpt nk sembang lame2 sb ko blk awal sgt..mantap ko skarang..dh berkarier la katakan compare dgn ktorg yg x hbs2 study lg ni..huhu. ko ad byk connection x? ak pnye projek master kne gne human blood sample..psl cardiovascular disease…kne jd drakula la plak lepas ni sb nk amik darah..sudi x ko jd subjek ak?…hehe

    truly,
    fatin

  2. salam hormat. saya nadzirah daripada UM. saya cuba mendapatkan nombor telefon abg daripada sinar harian. tapi masih belum dapat lagi. sebenarnya saya sangat memerlukan nombor telefon yang boleh saya hubungi untuk jemput ras adiba untuk 1 projek. dan apa yang saya baca, abg ada contact number ras adiba. so kalau boleh saya dapatkan number tu dri abg?

  3. Salam En Fazli.
    Saya darpd Uniten. Pihak kami ingin menjalankan satu program dan ingin menjemput Cik Ras Adiba Radzi untuk membaca puisi.
    Saya ada terbaca post En Fazli tentang Ras Adiba, dan saya ingin mintak tolong jika En Fazli dapat bantu saya menghubungi Ras Adiba.

      • Tc pun dh x ingat ….kepada sesiapa yang pernah kena rotan zaman psekolahan sudah pasti menjadi kenangan yg tidak boleh dilupakan smpai bila-bila.(Cgu yang merotan sering lupa).Hari ini,Tc sangat bangga dgn kejayaan yang Fazli capai sekarang & didoakan semoga terus cemerlang.Keep up the good work.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s