About fazlizainul

Penulis merupakan budak kampung yang dibesarkan di Padang Besar, Perlis. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Besar (U), Perlis pada 1991-1996, kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Kaki Bukit, Perlis dari 1997-1999, sehingga tingkatan 3. Dia kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang teknikal pada tahun 2000-2001 di Sekolah Menengah Teknik Kangar, Perlis dalam jurusan kejuruteraan elektrik. Dua tahun tinggal di asrama, ketika itu adalah saat perpisahan anak manja dengan keluarga. Kehidupan berdikari bermula. Oleh kerana keputusan SPM nya kurang baik dalam bidang kejuruteraan atau teknikal, dia kembali ke sekolah asalnya memasuki tingkatan 6, pada 2002-2003 mengikuti kelas sains sosial. Alhamdulillah, mendapat 4P dalam STPM dan berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. UPM, 2004-2007 dia melanjutkan pelajaran dalam Bacelor Komunikasi atau Ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Sekali lagi bersyukur kepada ALLAH, berjaya menamatkan pengajian dan konvokesyen pada 28 Ogos 2006. Dia bukan budak pandai, hanya berjaya mendapat ‘Kelas Kedua Atas’ sahaja. Itu cukup menggembirakan dan hadiah fasa pertama buat mak dan abah. Pengembaraan bermula menjadi seorang anak bujang juga bermula saat ini. 16 Julai 2007 – secara rasminya menjadi warga Sinar Harian, terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Interview ketiga dan yang pertama menawarkan pekerjaan. Bermula dengan wartawan meja jenayah, penolong ketua meja jenayah, ketua meja jenayah, ketua meja nasional dan ketua wartawan..... kini menjadi penolong editor Sinar Harian edisi Utara. Pernah menjalani praktikal bersama akhbar Utusan Malaysia – 2006. Perantauan meninggalkan kampung juga sudah menghampiri 10 tahun. Aku tetap aku, Usaha Doa Tawakal 15 Disember 2013

Bermadilah dengan tenang Almin…

Almin Lee, selepas beberapa hari hang tak sedarkan diri, akhirnya hg pergi jua. Bersemadilah dengan tenang sebelah pusara papa hang yang beberapa bulan meninggalkan keluarga lebih awal akibat serangan asma dan jantung.
ALLAH lebih sayang hang, ALLAH tak bagi hang derita lama, ALLAH tak mau bagi ibu, abang dan adik-adik susah hati lama.
Pagi itu, pak ngah dapat video dan gambar yang sedang menerima rawatan di tepi jalan raya…. ALLAHUAKBAR, hang dah tak sedarkan diri.
Ada kata hang alami pendarahan di kepala dan dalam perut.
Ibu dan adik-adik mendayu-dayu minta hang bangun, tapi hang dah tak sedarkan diri akibat rempuhan Perodua Alza itu.
Pak ngah ingat lagi, masa kecik-kecik dulu hang budak pandai, selalu dapat nombor kurang daripada lima dalam kelas.
Hang juga sandaran kepada keluarga selepas papa pergi terlebih dahulu.
Kebun papa, ibu dok harap hang dan abang saja usahakan. Tapi lepas ini abang saja kena uruskan.
Papa hang sebatang kara kat Malaysia ini, dia warga Korea yang berdagang kat negara ini. Papa hang, abang Rizuan tu amat gigih bekerja untuk membesarkan hampa dan semangat itulah yang ada pada ibu dan hampa semua.
Teringat pakngah bagaimana papa hampa tanah pokok anggur sekeliling rumah ketika tanaman berkenaan belum popular di Perlis kira-kira 30 tahun lalu.
Ketika tok ngah buat kenduri, pasti kelibat hang dan adik-adik akan sampai di rumah untuk menjamu selera. Tak awal, lambat mesti ada.
Almin, pak ngah minta maaf Almin, ketika perjalanan terakhir hang, pak ngan tak dapat bersama masa itu Pak Ngah di pejabat. Hanya Al Fatihah Pak Ngah titipkan kepada hang dan papa.
Insya-ALLAH, nanti bila balik kampung, pak ngah akan singgah pusara hang.
Almin, damailah hang di sana, doakan kami untuk berjumpa di pintu syurga.
Al Fatihan buat anak menakan Pak Ngah, Almin Lee.

Advertisements

Najib lawat Anwar di HKL, apa kata anak lelaki tunggalnya Ihsan

Wan Azizah, Anwar, Najib dan Rosmah ketika di HKL petang tadi.

ZIARAH DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

Bagi pihak keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas ziarah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. Perdana Menteri dan isteri sempat menziarahi ayah kami, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sekarang sedang menjalani rawatan selepas pembedahan bahu, yang kecederaannya menjadi semakin parah akibat pemenjaraan dan kemalangan bulan lepas semasa dalam jagaan Kerajaan Malaysia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon supaya Kerajaan Malaysia mempertimbangkan agar ayah kami dibenarkan berada di kemudahan perubatan di luar penjara untuk menjalani rawatan, selama mana yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya seperti yang dicadangkan oleh panel doktor yang merawat beliau.

Bagi pihak keluarga, izinkan saya melahirkan sepenuh penghargaan kepada pasukan pakar perubatan serta staf HKL beserta kakitangan penjara di atas rawatan dan pemulihan buat ayahanda kami. 

Saya berharap budi bicara yang ditunjukkan setakat ini turut dipanjangkan kepada permohonan untuk membenarkan ayah kami mendapat rawatan di kemudahan perubatan luar penjara untuk tempoh selama yang mungkin. 

Muhamad Ihsan Anwar

Ini kisah Jamal Md Yunos yang gila

WhatsApp Image 2017-10-16 at 10.00.29 (2)

Bersama Jamal ketika malam persiapan sebelum pembukaan Restoran Gabungan NGO 1Malaysia.

Jelas akhir ini, dengan kerja gila-gila yang dibuatnya membuatkan orang gelarnya ‘Jamal Gila’, ya la buat kerja yang orang lain tidak pernah lakukan terutamanya orang politik Umno/BN.

Sebenarnya Jamal telah berniaga sejak 30 tahun lalu, perniagaan kereta import, bagaimanapun namanya diperkatakan selepas beliau membuka lebih 10 Restoran Sekichan Ikan Bakar dalam masa setahun.

Ketika itu, Sekichan Ikan Bakar sering disebut-sebut seluruh Selangor dan Kuala Lumpur namun nasib Jamal tidak panjang dalam perniagaan makanan ini, apabila dia muncul penentang gerakan Bersih dengan membuat sidang media mengatakan akan menganjurkan Bersih 4, bisnes terus diserang.

WhatsApp Image 2017-10-16 at 10.00.29 (1)

Bahagian hadapan Restoran Gabungan NGO 1Malaysia.

Jamal juga pernah buat gila tawarkan Lamborghini Gallardo dan BMW 530 ketika mengetuai gerakan Bersih 4.

Tidak habis dengan kerja gila Bersih 4, dia buat gila lagi dengan gerakan baju merah, yang jelasnya Jamal nak against Bersih yang cuba mengumpulkan orang ramai menerusi perhimpunan haram di sekitar Kuala Lumpur.

Lagi pelbagai kerja gila dia buat sementara nak sampai masa perhimpunan haram Bersih itu. Ada yang bersilat, ada yang buat aksi berani pukul belakang dan ada yang protes jalanan berterusan.

WhatsApp Image 2017-10-16 at 02.18.51

Antara penduduk tempatan yang memberikan pandangan kepada Jamal ketika persiapan.

Akibat beberapa tindakannya itu juga, Jamal telah 17 kali keluar masuk lokap sejak lepas sekolah hingga hari ini.

Bukan tak percaya dengan polis mahupun pihak berkuasa, Jamal terus buat gila membuat serbuan di pusat-pusat judi sekitar Ampang dan Sungai Besar yang juga berakhir dengan kita dia tidor dalam lokap untuk beberapa hari.

Dalam gila-gila Jamal juga, dia banyak memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempatnya, misalnya di Sungai Besar, dia jadi orang tengah untuk memasarkan produk IKS, dia juga ada syarikat kanopi selain syarikat import eksport kereta sejak 30 tahun lalu.

Jamal yang dikatakan gila ini juga buka sebuat resort di Sekinchan yang diberi nama Sekin Hotel & Resort, ya ada lagi peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.

Sungguhpun Jamal ini dikatakan suka buat kerja gila, ada juga sisi baik si pemilik nama Jamal ini.

Akhir ini, aku ada beberapa kali berpeluang bersemuka dan berbincang dengannya, acap kali aku mengatakan Umno Selangor seperti ada dia seorang hero, di mana Pemuda Umno dalam membawa isu negeri selaku pembangkang, namun jauh sekali Jamal mendabik dada.

“Mereka ada, cuma mereka buat kerja di kawasan, saya buat kerja gila-gila macam ini, semua ada berperanan.

“Bukan bermakna saya seorang buat kerja dekat negeri pembangkang,” tegasnya.

Ini kelebihan Jamal, tidak tenggelam dek pujian, tidak melatah dek kecaman.

Baru-baru ini Jamal buat kerja paling gila adalah menjamu orang makan percuma di tapak Restoran Gabungan NGO 1Malaysia, Jalan Pahang.

“Setiap hari saya sediakan makanan untuk 1,000 orang, jemputlah datang.

WhatsApp Image 2017-10-16 at 02.18.51 (3)

Permantauan yang dilakukan sendiri Jamal.

“Ini adalah zakat saya dan arwah sahabat saya dalam perniagaan, Abang Soleh, ia sumbangan kami,” katanya.

Kedai makan berkenaan dibuka antara jam 11 pagi hingga 5 petang selama lima hari seminggu bermula Isnin sampai Jumaat.

Katanya, biarlah orang nak kecam, nak kata apa, tapi ini sumbangan saya kepada mereka yang memerlukan. Ia bukannya agenda politik nak mengundi.

Lebih menarik, ramai ramai yang menyumbang dan kedai ini mampu bertahan hingga tiga tahun, ikutkan sumbangan setakat ini.

Peluang melihat sendiri sehari sebelum restoran dibuka, Jamal, isteri dan anaknya berkampung di kedai hingga lebih 1 pagi (kenapa 1 pagi, sebab masa itu aku dah balik, tapi dia belum balik).

WhatsApp Image 2017-10-16 at 02.18.51 (2)

Kerusi yang mampu memuatkan 300 orang dalam satu-satu masa.

Bukan saja Jamal angkat dan susun meja, tetapi isterinya juga siap angkat tray dari atas lori dan lap sendiri tray untuk sediakan makanan keesokkan harinya.

Semoga usaha gila Jamal ini terus dipermudahkan ALLAH SWT, Insya-ALLAH.

​Selamat Jalan Datuk Maznah Hamid…

Gambar dirakam bersama Maznah ketika dalam sebuah majlis di Shah Alam.


MOGA syurga tempat insan yang baik dan jujur seperti datuk.

Walaupun hubungan kita tidaklah serapat mana, sekadar petugas media dengan seorang public figure milik orang ramai, datuk tidak pernah jemu nasihat aku agar berniaga, mulakan dengan kecil-kecilan buat apa saja asalkan tidak salah.

Dengan berbahasa mesra, “adik, kalau tak pandai berniaga, masuk program saya, Jihad Ekonomi Ummah”, itulah sumbangan besarnya kepada ummah.

“Saya nak kongsi pengalaman / kejayaan, bagi semua berjaya.”

Terkenal dengan panggilan Iron Lady kerana CEO kepada syarikat keselamatan Securiforce ulung dan juga telah aktif dengan syarikat pembangunan hartanah antara individu utama mendedahkan kepada aku kandungan sidang media yang menyatakan tidak lagi sokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.

Berkali aku sahkan, adakah bersedia menjelaskan perkara sebenar kerana kenyataan itu akan memberikan kesan kepada arwah dalam parti, Maznah Hamid berkata dia rela kerana bercakap atas kebenaran yang sebenarnya.

Sekeras-kerasnya Iron Lady, arwah juga kadang-kala tewas dengan dunia politik dan kerap kali bertanyakan pandangan aku bagaimana jika beliau melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno Kedah dan Exco Wanita Umno.

Banyak yang kami berbual dan berbincang, bertukar pandangan.

“Adik saya dah penat berpolitik, saya tidak suka cara depa main politik, saya nak fokus program Jihad Ekonomi saja, nak tolong orang ja lepas ini.

“Cukuplah, dah lama saya dalam politik nie adik,” terniang suaranya dari corong telefon.

Datuk, kini saya tiada lagi kata nasihat dari Datuk, tiada lagi perkongsian aktiviti menerusi WhatsApp dari Datuk, kadang kala sampai hal anak-anak pun Datuk kongsi, akibat terlalu sibuk, saya terlupa tanya khabar Datuk, kini tinggal moment manis kepada saya, terima kasih Datuk, nasihat Datuk akan saya simpan.

Seingat aku, walaupun memakai handbag berjenama, tapi mesti beg berkenaan dipenuhi dengan note pad dan pen Securiforce, sebab itulah yang Datuk Maznah akan berikan kepada sesiapa saja yang bertemu dengannya di mana saja.

Datuk, hari ini perjalanan terakhir Datuk, moga syurga tempat Datuk.

Amiin, amiin YRA

#MaznahHamid #JihadEkonomi

Bila semua berkumpul, makan-makanlah jawabnya kami

11

Jom makan ramai-ramai.

KEBETULAN abang dan akak balik beraya selepas orang lain beraya, aku pun ada kesempatan bercuti lagi sekali dan adik dan Ipin tak balik Sungai Tengi, makan kami pun buatlah acara makan-makan.

Plan asal nak buat shell out sambil makan atas daun pisang, tapi shell out terjadi petronas pulak dah.

2

Antara menu yang tak seberapa kami sajikan.

Dengan kuasa supersonic maka terjadilah menu udang, ketam, sosej, belangkas, sayuran, serawa durian dengan pulut, siakap, ikan kembung bakar (ikan mentah di sedekah oleh peniaga nat) dan beberapa lagi.

Oh ada kambing grill, marinate by Giant (sebab kekangan masa, sekilo RM36.99), lebih mahal dari Shah Alam tau.

3

Pasang dalam lima meja di foyer rumah.

Sebenarnya ini bukan penutup musim raya, tetapi sekadar suka-suka sambil berkumpul, sesiap nak beraya jemput lah mai tapi menu kuih raya saja.

Seperti biasa, geng mak-mak sibuk di dapur dan ayah-ayah dengan rokok masing-masing di penjuru rumah sambil berbual kosong.

Manakala si anak-anak pula meriah dengan bunga api, macam nak sambut raya plak. Anak cucu berkumpul kat rumah tok wan.

Ok lah, menu tak seberapa kami makan malam tadi berjaya kumpul famili besar kami, Pak Long, Pak Tam, Makcik, Abang Zul / Kak Zi, Abang Zul / Kak Ma dan famili Shahril.

4

Geng-geng veteran.

Orang kata, tetamu mai rumah bawa rezeki. Insya-ALLAH.

Bangkok: Robot jual kondom dalam tandas

Thailand antara negara yang bebas menjalankan industri seks walaupun beberapa tahun kebelakangan ini kerajaannya telah mengambil tindakan kepada industri tidak bermoral itu.

Terdapat petikan menteri berbunyi: In July 2016 it was reported that the Thai government intends to abolish the sex industry. Ms Kobkarn Wattanavrangkul, the tourism minister, said “Tourists don’t come to Thailand for [sex].”

Ketika ke tandas di Chatuchak Weekend Market, aku ternampak satu mesin ini, macam mesin air segera, bagaimama menjual kondom.

Wah, bagi aku bukan menggalakkan seks bebas, tetapi bagaimana mereka cuba menyelamatkan manusia seterusnyabdaripada dilahirkan dengan HIV.

Bukan mudah untuk mengubah budaya yang sekian lama di negara gajah putih itu.

Kita juga pernah adakah program pemberian metadon kepada penagih dan kondom percuma untuk tujuan sama, tetapi bagaimana kesudahannya?

Kedai makanan halal di Chatuchak Weekend Market, Bangkok

Chatuchak Weekend Market, kalau kat Malaysia macam Pasar Siti Kadijah di Kelantan dan Kompleks Arked Niaga di Perlis.
Tapi, dia buka Jumaat hingga Ahad sahaja, kalau hari lain kedai tutup.

Tetapi kat sini, kedai-kedainya beribu dan susunannya sangat menarik.

Abaikan kepala dan rambut yang senget itu.

Yang penting tahu Soi (barangkali lorong) dan Seksyen brapa, mesti dapat cari.

Contohnya, seksyen 1 jual hiasan rumah, seksyen 10 barangan pengantin, seksyen 11 ikan hiasan.

Antara barangan yang dijual adalan industri tempatan termasuklah dengan kraftangan, seperti kita tahu, Thailand memartabatkan industri kraftangan desa mereka.

Seharian kami berjalan menjamu mata, kami lupa untuk menjamu perut, jadi pilihan kami adalah warung wanita separuh usia Kah Jak sebab halal (aku rasa Kak Jah, sebab ejaan mereka janji ada bunyi saja).

Ok kedai dia di Soi 25, Seksyen 18.

Kak Jah yang separuh usia, tengah-tengah tu.

Bangkok, 5hb Mei 2017