Hanya Tinggal Kenangan,…

Hanya tinggal kenangan aku dengan motosikal ini,.
Dia yang membawa aku menuntut ilmu selamt tiga tahun di UPM, dia juga yang membawa aku ke tempat kerja selama tiga tahun.
Kini, selepas enam tahun diperbatasan, dia kembali ke kampung halaman ku,.. Minggu lalu awal November, abah mengirimkan aku sebuah motosikal baru.
Honda EX5 Wave 125 yang akan digunakan ke tempat kerja. Terima kasih abah dan emak kerana memberikan aku motosikal berkenaan.
Kepada motosikal Honda EX5, RE5926, aku mengucapkan terima kasih kepada kamu kerana menjaga aku sebaik mungkin.

06112009012

hanya tinggal kenangan

Selamat Pengantin Baru

Seorang kawan baik aku, Nur Firdaus akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya yang dikenali, alamak aku lupalah,..
Apapun aku mendoakan mereka mendapatkan kebahagiaan yang sempurna,..
Lupakan segala kisah lama yang telah berlalu, insyaallah akan ku kirimkan salam dihari persandingan mu,…
Selamat Pengantin Baru

DSCN9095copy

semalam adalah kenangan dan pengalaman

Ras Adiba Radzi yang aku kenali

DSC_0423

paper cutting Pancaindera Mingguan Malaysia

Aku mengenali Kak Dib kira-kira enam tahun lalu 2007, iaitu aku di semester dua pengajian di UPM.
Dia yang aku kenali memang mudah didekati walaupun tidak dikenali pada awalnya.
Teringat pertemuan pertama kami (bukan bercinta) di Rumah Pena, Jalan DBP. Ketika itu Perhimpunan bulanan golongan pemuisi, Jumaat pertama awal bulan.
Teringat aku majlis berkenaan dirasmikan Rais Yatim, aku dh lupa dia menteri apa sewaktu itu.
Ras Adiba pula dijemput mendeklamasikan puisi. Sewaktu itu, secara rawak dia memilih salah seorang rakan aku untuk ke keretanya bagi memilih pakaian yang bersesuaian.
Aik, berani betollah dia nie aku kata kepada rakan aku kerana memberikan kunci, kalau kita melakukan sesuatu bagaimana.
Pendekkan cerita masa itu aku ke sana bagi memenuhi undangan Dr Lim Swee Tin (lebih mesra dengan aku En Lim) membuat pameran SENI FOTOGRAM.
Berbalik kepada cerita aku tadi, kak dib memang lah mudah didekati oleh sesiapa saja walaupun baru didekati,..
Hari ini aku terbaca artikel tentang Ras Adiba Radzi, maka teringatlah semula aku dengan perkenalan aku dan kak dib,..

ROSMAH MANSOR

Aku tertidur petang tadi akibat keletihan tak cukup tidur semalam, jadi malamnie tak boleh lelapkan matalah nampaknya.
Aku menghabiskan masa meng explore Youtube, terjumpa satu video yang pernah menggemparkan MALAYSIA.
Video ini mengisahkan FIRST LADY berkenaan hidupnya.
Cuma aku tak pasti tujuannya untuk kebaikan iaitu memaparkan kebenaran atau memburukkan ROSMAH.
Anda nilailah sendiri,….





Bekas Mufti ditahan Jais

dr_asri

Dr Asri


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan sepasukan Jais berikutan menyampaikan kuliah tanpa kebenaran.
Kejadian berkenaan berlaku ketika beliau menyampaikan kelas agamanya di sebuah rumah kenalannya.
Asri yang sentiasa bersikap profesional masih mampu tersenyum dan melayan kerenah media.
Dia melahirkan rasa kecewa sebagai bekas mufti, beliau tidak diiktiraf dan tidak mempunayi tauliah untuk mengajar agama di Selangor..
Majlis berkenaan dihadiri MP Ampang dan Adun Hulu Kelang.
Akhirnya, selepas ditahan kira-kira sejam, beliau dilepaskan dengan jaminan polis oleh kedua-dua yb berkenaan.